Tendangan ini lah yang telah menghasilkan gol & memberi 3 mata penuh untuk Chelsea.
Mengikut perspektif aku, Chelsea tidak bermain dengan baik dalam perlawanan ini. Bahagian serangan tidak efektif & ia sangat berbeza jika nak bandingkan dengan perlawanan mentang Aston Villa tempoh hari. Apa yang membolehkan kita meneruskan momentum kemenangan di Carrow Road ini ialah berkat dari kekentalan bahagian defensif. Ivanovic & Cahill sememangnya pemain terbaik perlawanan. Mereka berdua menjalankan tugas dengan cemerlang dalam mengekang asakan Norwich. Bukan mudah untuk meraih clean sheet di sana kalau defend tak power. Jadi kredit kepada bek2 kita.
Mikel pula bermain dalam perlawanan terakhirnya sebelum berangkat ke negara Nelson Mandela untuk saingan Piala Afrika. Dia bergandingan dengan David Luiz di bahagian defensif midfielder. Cakap pasal David Luiz, aku rasa dia perform bagus. Sedikit kesilapan ketika dia membuat sloppy pass itu mungkin boleh dimaafkan. Dia lebih baik beraksi sebagai pemain tengah dari pemain pertahanan. Ada ciri2 box-to-box midfielder aku nampak corak style permainannya. Cuma perlu lebih tenang sebab Luiz terlalu aggresif.
Torres kurang berfungsi. Tak nampak apa pun sumbangan yang dibuat. Mungkin alasan seperti tak dapat support itu aku boleh terima kerana Mata banyak shoot dari passing. Ada satu peluang itu dia patut passing kepada Torres. Cuma sebagai striker, Torres tidak harus mengharapkan support dari teammate sahaja, dia kena pandai cari bola, pandai rampas bola & sekali sekala perlu melakukan percubaan dari luar kotak penalti.
Mata memang terbaik. Musim ini sudah banyak kali juga dia menyelamatkan Chelsea dari drop point. So far, aku anggap dia pemain terbaik EPL. Jika Hazard functionnya lebih kepada assist, Mata pula key bagi gol2 penting. Sayang kita tak ada striker yang power. Kalau tidak, memang complete dah skuad Chelsea.
Apa pun kemenangan 1-0 ke atas anak buat Chris Hughton ini memberi amaran kepada MU & City bahawa Chelsea tetap akan fight untuk kejuaraan liga. Sekarang ini kita hanya beza 4 mata dengan City. Jika menang di Goodison Park nanti, perebutan takhta liga akan jadi lebih terbuka.
Soal masa depan Lampard & Ashley Cole itu akan diulas dalam entri yang lain.
ya game smlm kita main slow..striker mmg alone in the dark..semua player nak shoot terus...takde service utk torres
ketiadaan hazard mmg amat ketara d bahagian hadapan...moses dan cesar ada buat mencuba membuat hantaran tuk torrea tp syg x sampai hahaha
bahagian bawah da pulih..kendalian cole iva cahil cesar mmg mantap..david main DM blh bantu atas dan bawah
Torres mmg nk follow rapat,janji kite menang