Ini sebenarnya respons yang kita nak dari pemain Chelsea.
Ketinggalan 1-0, namun pemain tidak mudah berputus asa dengan menunjukkan strong character, determination & keazaman dalam menundukkan lawan yang kuat.
Everton pasukan yang bertuah kerana lebih dari 1 dekad mereka masih memiliki pengurus yang sama & melakukan perkara yang sama setiap tahun. Jadi kelebihan itu memudahkan mereka dalam menstabilkan corak permainan & juga chemistry yang kukuh di antara pengurus & pemain. Kita dapat lihat musim ini MU, Arsenal, Liverpool & Spurs gagal meraih kemenangan di Goodison Park. Hanya Chelsea, satu2nya top club yang berjaya memungut 3 mata penuh di sana.
Untuk meraih kemenangan di Goodison Park bukanlah satu kerja mudah kerana kita bukan sahaja perlu menghadapi persaingan dari pemain Everton, malah kita juga turut berhadapan dalam situasi yang tegang dengan penyokong mereka.
Berkenaan dengan apa yang berlaku dalam perlawanan ini, defensif Chelsea agak kelam kabut, terutama sekali pada 20 minit yang pertama. Memanglah Everton seperti yang dijangka akan melancarkan serangan bertubi-tubi, push up, memberi pressure namun gol dari Pienaar seawal minit pertama itu aku anggap gol yang terlalu mudah dibolosi. Tiada siapa yang marking Pienaar, cross Jagielka juga hanya mampu dilihat sahaja oleh Ashley Cole tanpa sebarang kekangan.
Chelsea menyamakan kedudukan 4 minit sebelum separuh masa pertama berakhir, menerusi Super Frank yang menanduk kemas ke gawang Tim Howard selepas memanfaatkan umpanan dari adik Ramires.
Lampard sekali lagi membuktikan kepada Roman Abramovich bahawa beliau masih lagi power walaupun berusia lebih dari 30 tahun, apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-71. Itu gol ke-192 beliau.
Dua gol penting dari Lampard ini jelas memberi mesej kepada board club & juga Pak Roman betapa kita masih memerlukan khidmat Super Frank. Kita patut rasa bertuah kerana memiliki kapten yang setia. Walaupun masih tidak diberi apa2 kontrak, namun Lampard tetap menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap Chelsea. Secara jujurnya, aku mahu Lampard bertahan, begitu juga dengan Ashley Cole. Mereka tulang belakang bagi skuad Chelsea. Aku tak boleh bayangkan jika Lampard beraksi di kelab lain. Chelsea masih menagih kudrat dari dua pemain veteran itu.
Kredit kepada Everton kerana tanpa Fellaini, mereka masih mempamerkan perfomance yang bagus. Chelsea bernasib baik kerana gawang kita kerap kali juga diselamatkan oleh tiang & palang. Mengenai kecederaan Cech itu, aku rasa ia tidak serius. Rasanya untuk game dengan QPR minggu depan, Cech sudah boleh beraksi semula.
Kemenangan comeback 2-1 ini merupakan penutup tahun 2012 paling bergaya. Kita cantas kembali kedudukan ke-3 dengan memiliki perbezaan 4 mata dengan City & 11 mata dengan MU. Tapi harus diingat, Chelsea masih ada 1 lagi baki perlawanan. Jika menang game itu, kejuaraan liga masih lagi terbuka.
Apa pun selamat tahun baru !