Sekarang ini baru aku faham, kenapa Chelsea begitu berminat sekali untuk membeli pemain winger. Tahukah anda Chelsea beraksi di tahap terbaik ketika kita mempunyai pemain-pemain sayap seperti Joe Cole, Arjen Robben & Damien Duff. 3 pemain ini telah mencetuskan revolusi di zaman Jose Mourinho dan membentuk satu persefahaman yang baik di bahagian tengah. Tidak hairanlah gandingan mereka bertiga berjaya menghadiahkan dua trofi iaitu EPL dan Carling Cup. Kalau tidak kerana gol Luis Garcia yang belum melepasi garisan, mungkin kita sudah berada di Istanbul untuk final Champions League. Mungkin pada waktu itu juga kita dapat hadiahkan trofi UCL kepada Roman.
3 bekas winger The Blues itu lah yang telah memecah-belahkan skuad Catalan, Barcelona di Stamford Bridge dengan kemenangan epik 4-2.
Namun selepas ketiadaan mereka, kita tidak terlalu aggresif dalam menjana serangan. Bahagian tengah kurang tajam dan tiada dinamik. Senang cakap, kita tiada pemain yang pandai gelecek. Shaun Wright Philips & Malouda? mereka berdua tidak konsisten dan SWP kadang-kadang gopoh.
Malouda dalam tahun pertamanya di zaman CA sangat terbaik. Di tahun tersebut, kita menang kejuaraan liga disamping memecahkan new Premier League record dengan menjaringkan 103 gol. Tambahan pula, kita menang Piala FA pada waktu itu juga.
Deco, Ballack, Malouda, Lampard boleh dikatakan satu kombinasi tengah terbaik namun mereka gagal menterjemahkan perfomance hebat mereka di pentas eropah, selepas disekat oleh ex-team JM, Inter Milan.
Jadi, sebab itu Roman sekarang ini mahu beli banyak lagi pemain winger untuk Chelsea kembalikan semula nostalgia yang zaman dahulu kala itu supaya pasukan kita digeruni balik oleh musuh lawan. Roman mahu kita perform kononnya ala2 macam team Barca yang mengamalkan corak permainan one touch football. Masihkan anda ingat, kita unbeatable di Stamford Bridge lebih 4 tahun. Rekod itu sukar untuk dicapai oleh pasukan lain. Kita mahu cipta lagi sekali rekod tersebut di masa akan datang.
Pemain lama pergi, pemain baru datang. Ia sudah menjadi lumrah dalam dunia bola sepak.
Positifnya kedatangan Hazard ialah kerana gaya permainannya mirip kepada Joe Cole 5 tahun lepas. Manakala Marin mengingatkan aku kepada Damien Duff. Sekarang ini apa yang perlu kita buat ialah mencari seorang lagi pemain sayap yang memiliki keupayaan seperti Robben.
Mata mungkin akan rasa tercabar sedikit dengan kedatangan Hazard & Marin. Paling penting, kita sudah ada beberapa option di bahagian sayap dan tak perlu nak harapkan bantuan Mata seorang sahaja, seperti musim lepas. RDM pun boleh menarik nafas lega dengan kehadiran pemain-pemain baru ini.
Macam mana pula dengan Oscar ?
Oscar lebih kepada playmarker. Nak tahu perkembangan semasa Oscar, anda boleh tengok dia dalam sukan Olimpik London. Sudah banyak kali juga dia beri assist kepada gol2 Brazil.
P/S : Dengar khabar Chelsea sudah setuju untuk membeli Victor Moses, right winger kelab Wigan. Harga dalam sekitar 8-10 juta pound. Ada beberapa lagi pemain lain yang telah menarik perhatian Roman ialah Andre Schurrle (bayer leverkusen) dan Willian (Shakhtar Donetsk).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Tak sabar nak tengok improvement dan strategi baru dgn chess pieces yg ada sekarang .
Absolutely true! We were truly great in Stamford Bridge, definitely when we saw-off Barca during Ronaldinho's prime. I really miss the roar of Chelsea FC at that superb moments from 2004-2007. May Roman & CFC will come good & show to the world what we capable of. Love Chelsea FC!
Betul kata QUIETCATBOY
Tak sabar nak tengok improvement dan strategi yg baru setelah Chelsea diblasah 3-1 oleh Brighton & Hove Albion baru2ni..sedih ak tgok Highlights tu.....
Kita saksikan 1st game nie pada 12/08/2012 bertemu Man City. Mcm mane Chelsea menjalankan pemain baru dan corak baru..ape pun sudah tentu Piala Perisai ini akan berada di SB...