Berhempas pulas juga Chelsea ketika menundukkan Reading pagi tadi.
Sebelum menang 4-2 tu, kita sempat ketinggalan 2-1. Tapi inilah EPL, liga bola sepak terbaik di dunia. Atas kertas nampak mudah namun di atas padang, lain pula jadinya.
Chelsea mendominasi perlawanan sejak dari awal permainan lagi. Bermula dengan satu gerakan cantik Torres yang mudah melepasi dua benteng pertahanan pihak lawan. Sayang abang jambu tak berjaya menyelesaikan peluang tersebut dengan baik.
Kita memperolehi gol pertama menerusi sepakan penalti Super Frank. Bermula dari pelanggaran Chris Gunter terhadap Hazard, pengadil Lee Mason tanpa ragu2 memberikan penalty kick kepada Chelsea.
Selang 7 minit berikutnya, Reading menyamakan balik kedudukan menerusi tandukan Pavel Progbenyak. Tersentak dengan gol penyamaan itu, Chelsea terus diasak bertubi-tubi dan kesilapan Cech menyebabkan gawang kita bolos buat kali kedua. Separuh pertama berakhir dengan Reading unggul dengan scoreline 2-1.
Tiada perturakan dari RDM utuk separuh masa kedua dan kita stick dengan pemain yang ada. Walaupu tiada pertukaran dibuat, namun Chelsea tetap menguasai permainan dengan melancarkan pelbagai serangan.
Solid nya defensif Reading membuatkan RDM mengubah sedikit strategi dengan mengeluarkan Mikel, Ramires dan memasukkan Sturridge dan Oscar. Selepas Mikel keluar, baru nampak bahagian tengah kita hidup balik.
Hasilnya, Chelsea menyamakan kedudukan menerusi gol lewat Cahill pada minit ke-69. Cahill melepaskan rembatan dari jarak 35 ela menewaskan Federici, penjaga gol Reading.
Asakan punyalah asak untuk mencari gol ke-3 akhirnya menjelma. Torres menyudahkan gol tersebut selepas menerima umpanan dari Ashley Cole. Gol ni memang offside tapi apa boleh buat kan, selagi Fifa tak rasmikan penggunaan goal line technology, memang akan timbullah kes2 seperti bola tak lepas line, offside. Ia sudah menjadi lumrah dalam bola sepak. Ikut hukum pengadil memang banyak tak kena sebab mereka tak banyak MEMBACA.
Sampai ke masa kecederaan, kita berhasil mendapat gol ke-4. Kredit buat Hazard kerana dia tidak tamak dan ketika berhadapan dengan bek lawan, Hazard memilih untuk melorongkan bola kepada Ivanovic yang berada dalam posisi yang lebih mudah untuk merobek gawang Reading.
Full-time Chelsea 4 Reading 2.
Secara keseluruhan, aku rasa Chelsea masih bermain dengan baik. Walaupun ada beberapa kesilapan pada separuh masa pertama namun ia dapat dibaiki balik pada separuh masa kedua. Cuma kelemahan Chelsea ialah menerusi set-piece pihak lawan. Sejak dari dulu lagi, kita sukar nak atasi kelemahan itu. Dan gol kedua Reading itu tak sepatutnya berlaku kerana Cech harus lebih peka jika nak kekang bola bawah. Yang bagusnya ialah kita sentiasa bergerak, melancarkan serangan walaupun kubu pihak lawan sangat kebal. Idea dan kreativiti sentiasa mencurah-curah. Kemasukan Surridge membolehkan Chelsea melancarkan serangan dengan lebih aggresif.
Pujian buat pasukan Reading kerana mereka juga beraksi dengan baik, mengucar-kacirkan bek kita. Mereka memanfaatkan sesuatu peluang dan menterjemahkannya dengan satu tempo yang tinggi. Kebiasaannya bila team yang baru masuk liga memang akan beri saingan yang sengit ketika bertemu dengan top team.
2+3=5. Minggu lepas dua assist, minggu ini 3 asssit. Dua game 5 assist. Itulah Eden Hazard. Hazard tampil dengan aksi yang cukup mempesonakan. Dia pandai menggecelek, bijak mengumpan serta melorong bola kepada rakan sepasukan. Senang cakap, Hazard memang terbaik. Berbaloi beli budak Belgium ni.
Satu lagi keputusan cemerlang untuk Chelsea. Reading memang betul2 bagi player kita "sesak nafas", namun kita harus ingat perlawanan yang seterusnya mungkin lebih sukar. Apa yang penting, kita perlu kekalkan momentum kemenangan dan bergerak sebagai pasukan yang konsisten. KTBFFH.
Quotes to RDM : Keep the head in the game , and Chelsea will gain more fame :)
Chelsea mmg tercabar pagi td , and tu tak buat kita gentar selagi the Blue Flag is Flying High . Haha . Harap lubang kelemahan dpt ditutup dan ulg balik kejayaan 3-0 lawan Newcastle nanti (maybe lg byk gol kot ? haha :p)
KTBFFH
kita boleh tengok game lepas mikel keluar memang best. janganla masukkan nikel. banyak pemain midfielder lampard, oscar, hazard, mata, meireles, essien. lampard xleh main lama dah 90 min. hazard memang terbaikla...next game lawan newcastle janganla masukkan mikel. plz... hahahha
Betul ! Mana pergi Romeu ek ?
Bro update new right back cesar, sama striker/ winger victor moses. Thank you
Bro update new right back cesar, sama striker/ winger victor moses. Thank you
Reading punye gol mmg unpredictable, tp comeback tu bertenaga selepas Mikel keluar.
Dah boleh agak, Mikel bukan pemain yg kte mahukan mcm the old Essien / Makelele, sebab dua legend ni main guna otak yg "cergas & cerdas".
Lampard should be benched again Newcastle, let him come in as subs. Kite kene shutdown Newcastle from the start, memandangkan kte kalah dgn Newcastle 2-0 atas jaringan yn mmg gempak & xdisangka2.
my formation will be this tonite, without captain marvel, JT;
------------------------Cech-------------------
Azpilicueta----Iva/Cahill------Luiz-------ACole
----------------------Ramires------------------
Moses---------Oscar-------------Mata-------Hazard
-----------------------Torres-------------------