Review : Chelsea Raja Eropah

Posted by KampungChelsea On Monday, May 21, 2012

Pejam celik pejam celik, Chelsea sudah juara Champions League.

Macam tak percaya kan ? Tapi inilah hakikatnya. Penantian itu satu penyiksaan dan ia berakhir dengan kejayaan.

Mari kita imbas kembali perjalanan awal Chelsea menuju ke titian mahligai Champions League :


Di peringkat kumpulan, kita memulakan kempen dengan kemenangan mudah 2-0 ke atas Bayer Leverkusen.

Penyokong Chelsea menyambut baik kedatangan Michael Ballack di Stamford Bridge. Ballack sempat bermesra dengan AVB sejurus perlawanan tamat.

Fixture kedua, disudahkan dengan keputusan seri 1-1 di Mestalla dan Mata kelihatan tidak ceria dengan sambutan dari bekas penyokongnya sendiri.


3rd fixture, kita mengamuk dengan membelasah juara Belgium, Racing Genk 5-0. Abang nando menjaringkan dua gol & nyaris-nyaris nak score hatrik. Pergh !

Seterusnya di Kristal Arena, Chelsea seri 1-1. Pemain mereka, Kevin de Bruyne sah menjadi milik The Blues dengan yuran sekitar 7 juta pound.

Kalah 2-1 kepada Leverkusen dalam perlawanan ke-5 menyebabkan nasib kita dihujung tanduk. 2 menang, dua seri, 1 kalah menempatkan Chelsea di kedudukan ketiga.


Valencia memberi tentang sengit sebelum akur dengan kehebatan Chelsea. Kita menang 3-0. Dua gol Drogba dan 1 lagi gol disumbangkan oleh Ramires untuk membawa Chelsea melangkah ke pusingan kalah mati.

Di peringkat kalah mati, Chelsea diundi menentang kuasa baru Itali, Napoli.

1st leg kita tewas mengejut 3-1.

Berikutan kekalahan tersebut, AVB dipecat manakala RDM dilantik sebagai pengurus sementara sehingga akhir musim.

Pada ketika ini ramai yang membuat prediction Chelsea akan tersingkir. Sehinggakan pengurus City, Roberto Mancini berkata :

"Chelsea have problems, have not won a game for some time and it is clear that they are in trouble. At Stamford Bridge, Napoli would be lethal on the counter-attack."


Masalahnya di Stamford Bridge, Chelsea yang melancarkan counter attack dan menyingkirkan Napoli dalam satu comeback epic 4-1. Jangan heart-attack sudah ye Mancini.

Di suku akhir, kita diundi menentang Benfica yang merangkap bekas kelab kesayangan Ramires & David Luiz.

Tapi yang kelakarnya sebelum perlawanan bermula, rata-rata pemain Benfica menunjukkan sifat bongkak dan mengatakan Chelsea tidak mampu tumbangkan mereka.


Hah, amik kau 1st leg kalah 1-0 di tempat penyokong sendiri. Main kat Stamford Bridge, kalah juga 2-1. Paling best, selepas score gol, Meireles siap menganjing lagi penyokong Benfica.

Chelsea mara ke separuh akhir dan bertemu dengan musuh tradisi, Barcelona a.k.a UEFAlona. Kenapa UEFAlona ? kerana tragedi 3 tahun lepas kita tewas kepada mereka angkara keputusan pengadil botak bangang yang menafikan 4 penalti Chelsea.


Ini ujian terbesar Chelsea selain dari Napoli. Bukan mudah untuk menang dengan pasukan yang kuat berlakon dan mendapat sokongan padu dari pihak referee UEFA.

1st leg di Stamford Bridge, kita tumpaskan mereka 1-0 walaupun dalam perlawanan itu, Barca mendominasi hampir keseluruhan permainan.

Drogba, lagi sekali menjadi penyelamat dengan menjaringkan gol tunggal, yakni gol penting untuk dijadikan bekalan ke Nou Camp.

Di Nou Camp, kita diasak bertubi-tubi dan sempat ketinggalan 2-0. Paling menyedihkan, JT dilayangkan kad merah ekoran menyepak dari belakang lutut Alexis Sanchez.


Walaupun ketinggalan 2-0, namun semangat pemain Chelsea tinggi. Hasilnya, Ramires merapatkan jurang untuk kedudukan 2-1. Sebelum Abang Torres membuatkan penyokong Barca merana dengan jaringan solo membawa Chelsea ke pentas akhir Uefa Champions League.

Sementara itu, Messi tetap dengan rekod bangangnya gagal menjaringkan sebarang gol dalam 8 pertembungan menentang Chelsea.

Lawan di final, kita berdepan dengan pasukan tuan rumah, Bayern Munich.

Sayangnya di final, kita beraksi tanpa beberapa tonggak utama seperti Terry, Ramires, Ivanovic. Terry kad merah & 3 lagi menerima kad kuning kedua di separuh akhir.

Bayern membuka jaringan menerusi Thomas Muller pada mini ke-83 sebelum Drogba menyamakan balik kedudukan 1-1 ketika perlawanan berbaki 2 minit sahaja lagi akan tamat.

90 minit berakhir dengan 1-1 dan perlawanan diteruskan dalam masa tambahan. Di masa tambahan,  kedudukan semasa tidak berganjak dan memaksa permainan ditentukan menerusi penalty-shoot out.

Mata gagal memanfaatkan penalty pertama namun David Luiz, Lampard & Ashley Cole berjaya menyudahkan misi masing-masing.

Kegagalan dua pemain Bayern, Ovica Olic & Bastian Schweinsteiger menyudahkan misi shoot-out mereka membuka peluang Chelsea untuk menjuarai UCL.


Drogba, menggalas tugas sebagai penendang terakhir mudah memperdayakan Neuer dan membawa pasukan kita merangkul gelaran Champions League buat kali yang pertama.

Roman tersenyum lebar kerana impiannya untuk melihat Chelsea juara UCL termakbul juga.

Statistik perjalanan Chelsea dalam saingan UCL sejak kedatangan empayar Roman Abramovich :

2003-2004 - Claudio Ranieri - Semi final tewas kepada As Monaco
2004-2005 - Jose Mourinho - Semi final tewas kepada Liverpool
2005-2006 - Jose Mourinho - Pusingan kalah mati tewas kepada Barcelona
2006-2007- Jose Mourinho - Separuh akhir kalah kepada Liverpool
2007-2008 - Avram Grant - Final kalah kepada MU
2008-2009 - Guus Hiddink - Semi final kalah kepada Barcelona
2009-2010 - Carlo Ancelotti - Pusingan kalah mati kalah kepada Inter Milan
2010-2011 - Carlo Ancelotti - Suku akhir kalah kepada MU
2011-2012 - ROBERTO DI MATTEO - JUARA UCL tewaskan Bayern

The Italian Stallion

Dalam masa 3 bulan sahaja, RDM berjaya membawa Chelsea meraih gelaran berganda. Mohon beliau kekal bersama kita lagi untuk musim yang seterusnya. Hidup RDM !

Tapi ada satu persoalan, jika AVB tidak dipecat dan masih kekal bersama kita lagi sehingga sekarang, adakah beliau mampu melakukan perkara yang sama seperti yang RDM buat ?

Renung-renung kan,hehe.

10 Response to 'Review : Chelsea Raja Eropah'

  1. Mista Maman Said,
    https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337592848498#c929754864467469994'> May 21, 2012 at 5:34 PM

    AVB xsalah...
    Aku rasa AVB buat bnyk perubahan kepada corak menyerang.

    Cumanya, Chelsea Oldies xnk berubah utk ke arah tu, sbb diorg dah sepantas dulu, cepat penat & mudah terkejut.

    RDM pulak kekalkan rentak lama, lebih menyayangi Oldies dari youngsters, bertahan..bertahan..counter..bertahan..counter.. dan ada game yg bertahan je smpi serangan Chelsea season antara yg terburuk pnh direkodkan.

    Cuma perbezaan yg ketara, AVB nak buat team dia, RDM lak biar JT & co yg tentukan... Aku syg Chelsea tp aku takut Chelsea akan hilang arah bila Oldies dah blah, youngster kte yg power2 pun main utk kelab lain, manager terbaek jd takut utk manage Chelsea, xde stability dalam kelab tu sendiri. akibatnya, boleh blah MR Roman nanti. Mampos mane nak byr hutang gaji overload semua.

    Aku hrp RDM kekal tp biar dia tambah serangan dalam taktik bertahan dia tu. Dulu zaman JM, kite power dari Midfield & wings, zaman Guus Hiddink, midfield & CF, zaman ancelloti, menyeluruh - defend ke midfield ke striker, zaman AVB pulak serangan best, bertahan pulak gampang, & RDM gunakan strategi bertahan, sehingga corner & serangan di bwh angka 10. Corak ni kat Europe boleh pakai, tp di EPL, elak kene rewang jela. Xkan nak lawan ManCity, ManU, Liverpool, Arsenal, Spurs, Newcastle dgn bertahan je kan, itu dah hampir tiru Stoke City.

    Aku hrp Drogba semua dah blah, lepas ni built team around torres.

    Utk ubah persepsi dunia terhadap Chelsea FC, formasi musim baru;
    --------------------Cech---------------
    Ivanovic----Luiz------------JT-------ACole
    ------------Mikel------------Lampard-------
    --------------------Mata---------------
    Hulk-------------------------------Hazard
    -------------------Torres--------------

     

  2. Mista Maman Said,
    https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337593251382#c8357850333220010780'> May 21, 2012 at 5:40 PM

    Atau;
    ---------------------Cech-----------------------
    Luiz---------Cahill---------JT-----------Betrand
    ------------Ramires----------Lampard-------------
    ---------------------Mata-----------------------
    Marko Marin----------------------------Hazard
    --------------------Torres----------------------

     

  3. Unknown Said,
    https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337609361086#c3420504159347655710'> May 21, 2012 at 10:09 PM

    ni pdpt aku yg tak menyebelahi mana2 pihak.berdasarkan fakta sebenar,so sape2 yg nk sembur aku balik,pikir2 kan lah kebenaran nya,
    1. Rdm adalah jurulatih yg dpt handle pemain senior yg tinggi ego nya kerana dia mmg lebih berusia dr mana2 pemain senior yg lain).
    2.AVB jurulatih yg gagal di Chelsea di sebabkan ego pemain senior(sbb sebaya atau pun lebih tua).

    3.Corak pmainan yg di terapkan oleh Rdm utk plawanan menentang kelab2 besar eropah yg lain(khususnya di UCL) dalah corak pmainan negatif(bertahan).di dalam pemikiran sstgh peminat@pengkritik bolasepak yg bekecuali,mereka akan mengatakan Chelsea adalah juara yg negatif(pengkritik2 bolasepak terkenal pun mengatakan taktik Chelsea 'merosakkan' permainan dan 'membosankan' untuk di tonton.Tetapi taktik bertahan ini telah berjaya menggapai piala tetapi dlm masa yg sama mengundang persepsi yg negatif yg mengatakan Chelsea 'juara yg bukan juara'.
    4.Sekiranya AVB masih kekal sbg pengurus pada waktu Chelsea mjulang trophy UCL pada waktu ini dengan corak pmainan menyerang yg menarik dengan anggapan semua pemain senior tidak sabotage AVB,maka peminat2@pengkritik yg bkecuali pasti akan mngatakan,that was the true champion..malahan tanggapan itu mungkin akan di stujui oleh 10% CFC die hard fans di England sahaja.90% pula mungkin mengatakan "as long as we got the results,who cares?"

    5.Masalah sebenarnya pada zaman AVB adalah,EGO PEMAIN SENIOR(TERUTAMANYA,LAMPARD,TERRY,DROGBA,COLE) EGO PEMAIN INI TIDAK PERLU DI TUNJUKKAN KEPADA PENGURUS sehingga mereka menunjukkan nya dlm pmainan.Sdgkan Rdm tidak menunjukkan ego nya walaupun dia adalah assistant kpd AVB pd waktu itu.

    6.AVB berjaya di Porto walaupun yg tertinggi hanya Uefa cup adalah sebab pemain menghormati pengurus.zero ego shown even if you're a senior or a star player.

    7.Senang cakap nya,sekiranya Chelsea ingin satu pengiktirafan dan penghormatan yg cukup tinggi dalam dunia bolasepak,chelsea harus menukar corak pmainan negatif ini untuk musim depan kerana bolasepak bukan hanya ttg kputusan,tetapi ia juga ttg keseronokan dan seni yg ada di dalam nya dgn RESULT nya sekali.(AKU TAK NAK MANA2 FANS REPLY BALIK DENGAN CAKAP KALO NAK SENI,TENGOK LUKISAN@ DGR LAGU LA@KALAU NAK KESERONOKAN, G ENJOY KAT PUB LA)

    **Aku harap KC@mana2 die hard fans CFC boleh terima pdgn aku ni dari sudut positif.Jangan menyumpah seranah tak tentu pasal,nanti Tuhan marah:) Slmt bjaya utk Lukaku,de bruyne n Courtois..k peace

     

  4. https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337616171053#c7978014467644879293'> May 22, 2012 at 12:02 AM

    @ maman & far
    - salah satu faktor kegagalan AVB di chelsea ialah kerana dia tiada pengalaman... faktor usia bukan menjadi masalah kerana semasa ruud gullit tangani chelsea tahun 1995, masa tu dia baru berumur 32 tahun dan berjaya bawa chelsea jadi juara piala fa.

    scolari manager berusia + bertaraf dunia pun gagal di chelsea kerana dia tiada pengalaman... no experience in england..jadi soal usia, kita tolak ketepi.

    masalah sekarang ialah cara manager itu tangani chelsea macam mana... memang betul ada some senior player ego + tak hormat coach tapi kita harus tahu, ketika zaman JM, masalah itu JM dapat selesai dengan mudah...

    AVB tiada pengalaman..itu satu hal...kedua dia tak communicate dgn playernya... bekas pemain chelsea, alex & anelka sendiri yang cakap AVB tak berkomunikasi dgn player yg menyebabkan mereka berdua blah dari chelsea begitu sahaja.. player2 yg bermasalah dia buat tak tahu..sedangkan di zaman JM, JM amik tahu serba serbi tentang playernya.. dia dengar rintihan dan masalah player chelsea... itu yg menjadikan dia the special one... manager respek pemain, pemain respek manager...d situ ada chemistry.

    RDM berjaya kerana faktor pertama, dia ada pengalaman.. dia sudah pro di england.. lagi satu die berjiwa chelsea.. kata orang putih blues blood sebab sebelum ni, as we know, dia bekas pemain chelsea selama 6 tahun... jadi bila someone yang ada kaitan dengan chelsea, dia akan buatkan kelab itu jadi special.. macam pep guardiola..sebelum die coach barca, die beraksi di kelab tersebut lebih dari 10 tahun...

    RDM mempunyai hubungan yg baik dgn player chelsea.. dia dengar pendapat pemainnya, dan dia berkomunikasi secara terbuka dengan pemain... sebab itu pemain chelsea mudah buat keje di zaman beliau.. senang cakap ada chemistry... nampak ?

    soal main cantik, main buruk aku tak kesah..janji chelsea menang... kita kena tahu dalam skuad chelsea skrg rata2 pemain semakin berusia..key player pun player berusia..jadi bila sebut pasal pemain berusia, of course lah chelsea susah nak main cantik... tempo slow sebab pemain tua.. barcelona tak pe lah sebab pemain mereka kebanyakannya muda2 dan boleh bermain dalam tempo laju.... cube kalau messi umur macam drogba sekarang, boleh ke dia lari laju macam kudang belang tu ? sama2 kita fikirkan.. player bola sepak ada tahao limit nya.

    chelsea boleh main cantik, boleh beraksi pada tempo laju jika semua pemain muda2... AVB datang chelsea dan nak ubah sesuatu perkara yg mustahil... die lupa dalam skuad chelsea skrg banyak pemain old guard..old guard tak boleh main laju... jadi sebab itu strategi AVB tidak berhasil.. di porto dia tiada masalah kerana kesemua pemain mereka muda2 + ada seorang striker genius yang bernama falcao... liga porto tak same macam liga epl.. epl liga paling tough... kat portugal tak tough mane kerana kita tengok tiap2 musim yang berada di top 2 sama ada porto atau benfica je. there is no "manchester city" in portugal.

    RDM pentingkan taktikal dari main cantik kerana dia tahu dalam skuad chelsea skrg tiada pemain yang boleh create tenpo laju...kalau ada pun hanya mata seorang je.. sturridge tamak + main syok sendiri.

    zaman AVB, attacking bagus tapi defend haprak... tiap2 game bolos mudah je..lawan team lemah pun bolos.. lawan MU, leading 3-0, last2 MU dapat comeback 3-3... mentaliti pemain chelsea di zaman AVB tak kuat... bile RDM ambil alih barulah semangat juang pemain chelsea tinggi.. ini berlaku kerana mereka sudah jumpa coach yg sesuai dengan jiwa mereka.

     

  5. https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337618023172#c5913467114505739755'> May 22, 2012 at 12:33 AM

    masalah chelsea guna negative football itu tidak perlu dijadikan isu besar..motif bola sepak ialah kemenangan... tidak kisah main cantik atau buruk... chelsea bukanlah 100% team negative football... sebab ada juga some game yg kitaorang play cantik... lawan barca dan bayern, kita tak boleh main cantik kerana kemampuan kedua pasukan itu melebihi batasan dari kelab bola lain.. chelsea terap negative football dalam match itu kerana kita tahu susah untuk tewaskan team yg banyak control possesion... jika kita terap beautiful football lawan team macam itu, nescaya kita akan kalah... lawan kepada api ialah air.. tidak boleh hapuskan api dengan api..ada some game yg kita boleh main cantik dan ada some game kita kena guna taktikal parking bus...

    disebabkan mengagungkan permainan berseni lah, arsenal sampai sekarang tak menang apa2 piala..kata penyokong mereka, piala itu hanya kepuasan dan permainan kelab mereka lebih memuaskan...jadah ape tu ? apa guna main art, tapi hasilnya tak art ? untuk tontonan umum mahu melihatkan permainan cantik ? jangan jadi hipokrit..

    anda main bola sekadar nak tunjukkan kat org yg anda main cantik sahaja ke ? trofi itu satu kejayaan..dengan memenangi trofi lah baru dapat duit income...ini bukan sebab glory hunter, tp ini ialah hasil yang kita nak selepas sepanjang musim bertungkus lumus dan kerja keras... semua kelab sudah set dalam minda mereka yg mereka nak hasil setiap musim.. jadi tipulah kalau anda cakap anda tak kisah kalau team anda tak menang apa2 cup.. "piala hanya kepuasan, yg penting dapat hiburkan orang" ..itu ayat hipokrit.... ayat nak cover tak menang trofi..kan kan kan ? mengaku je lah..dalam hati sebenarnya panas tengok team lain menang double..

    kalau kita nak menang trofi yg power2, kita kena korbankan permainan cantik...kata torres "best team does not always win".. jadi permainan cantik tak akan dapat bagi kemenangan setiap masa. renung2kan.. nak main cantik, ikut game..ikut opponent yg ditentang.. every game kita takkan dapat hasil yang sama jika kita guna taktik yg serupa.

     

  6. elnino syed Said,
    https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337638058174#c6105814112997822987'> May 22, 2012 at 6:07 AM

    aku setuju sgt dengan kampung chelsea..sbb ape JM dipnggil special one?kelab ape yg JM pgang xprnh julng kompetitf cup?? porto?chelsea?inter?real? JM just tau teori dengan teknik motivasi dan psikologi yg die bljr bknnye xplayer mcm mjorty mngr lain...JM is pkr tktikal..game is about result not gameplay..ape gune gameplay cntik result lost..

     

  7. Unknown Said,
    https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337643164956#c3857300912502781698'> May 22, 2012 at 7:32 AM

    OK KC,i respect your finest view, mungkin aku tak buat kajian sepenuhnya la kalo bab AVB@Rdm tu.,tapi kemampuan sebenar AVB boleh di uji kalo betul la AVB nk jd pengurus kat salah satu kelab besar England(korg pun dh tau kelab mana rumour nya ni)..Tapi,aku tetap tunggu satu pmainan menyerang yg cantik yg cukup agressive dr Chelsea utk msm depan tak kira lawan kelab mana sekalipun walaupun Barca@Real@bayern..

    Selepas ni,kbnykn org akan mnilai khebatan Chelsea dr persembahan dlm liga utk musim depan berdasarkan kejuaraan UCL musim ni..Kejuaraan Liga musim baru adalah 'WAJIB' sbb dh mng UCL musim sblm nya..Kejuaraan UCL dh bg satu standard berat utk musim liga yg baru..

    Bg yg bkcuali,MU dh tolak tepi skit(bnyk sgt average player tapi mereka perform jgak),arsenal pun tolak tepi skit(tak konsisten),Spurs mmg msh blom dpt,Lvpool aku tak nk mention sgt pd waktu mereka tgh gelap.TETAPI Man City are really a serious contender for the Championship..scara kuasa ekonominya, MAN CITY ADALAH SETANDING CHELSEA..secara corak pmainan nya,corak pmainan man city lbh bgus dr chelsea..So sbb tu la aku bnar2 tunggu Chelsea betul2 up diorg punya AGRESSIVE BEAUTIFUL FOOTBALL WITH GOOD RESULTS utk musim depan..k peace..

     

  8. Mista Maman Said,
    https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337652793428#c2015493662245819854'> May 22, 2012 at 10:13 AM

    Aku xnafikan Chelsea pnh bermain sgt mantop pada season winning double under CA. We scored a lotty of goals by all players indeed. That year people tipped us to lift up the EUFA Champions League, but what happen when we met JM's Inter? We lost home-away. We control the games, we hold the possession, we attacking like Bayern did againts us, but we got counter-attacked by Etoo, DONE!

    That moment really impressive records, 100+ goals tally. Score for fun, but that makes you more ego, trying to win any games without feeling afraid of lose.

    Aku tgk AVB & RDM dua2 cool tp kalau pasal communication, xkanlah nak kene go through one-by-one player, layankan nangis diorg, pastu taruk main 1 game, even main mcm harem - Malouda? Masa under AVB, Mikel main best ke Romeu lg best? Alex dgn Iva? Mane yg korg prefer? Lampard sit down deep in the midfield, kenapa under RDM boleh? Lampard ni pun tamak. Aku maybe rasa ape yg Roman rasa, if dia xturun Cobham & dressing room maki diorg ni sume, benda xkan jalan gak. Roman kene mencarut maki semua player sebab kalau xperform, boleh blah atau kene pecat gak. Lampard nak bonus loyal 5Juta Pounds, Drogba nak contract 2 tahun lg, Terry nak stay & nak sgt jd legend ABADI Chelsea, Acole pun gaji 120k kat Chelsea, Malouda tau kalau blah, dpt gaji ciput dgn kelab bodoh, sebab semua ni terang-terangan Roman nak tukar Chelsea ni.

    Jd, kalau nak jd permanent manager Chelsea, kene lead Chelsea smpi smua player tunduk. Player power skrg kat Chelsea xsehebat zaman AVB, tp ni pun pasal Roman campur tgn.

    Jd, if RDM dpt peluang ni, dia kene bw Chelsea mcm juara, serang/control/pertahanan dalam keadaan seimbang. Kalau x sdgkan org biasa mcm kite pun bosan dgn taktik lemah bertahan, lgpun pulak org yg tabur duit 1 billion pounds dlm Chelsea??

     

  9. https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337660955771#c7829876694924265180'> May 22, 2012 at 12:29 PM

    @ el nino syed
    - JM memang special one.. sebab ape die special one ? sebab dia manage mana2 club, konfem club tu akan sukses... dia menang 4 major league trophy with 4 different league..satu2nya manager yg dapat lakukan pencapaian tersebut. setiap musim bersama JM, chelsea at least akan dapat 1 trofi..

    rafa benitez hampir2 nak lakukan perkara yang sama macam JM, tapi dia tersangkut kat serie a dengan inter milan... sukses di valencia, sukses di liverpool tapi manage inter, hampeh dan bergaduh dengan owner club... macam alex ferguson.. tak boleh panggil die special juga sebab dia hanya sukses di 1 kelab... wenger pun same 2x5.. terkenal di satu kelab only.

    @ far
    - tak nafikan mancity sebagai kuasa baru dalam bola sepak skrg... tapi untuk setakat ini, ape yang aku nampak, mereka hanya mampu tunjukkan kuasa mereka dalam saingan domestik liga je... main kat UCL, groupstage pun tak lepas.. padahal kalau nak compare dengan gaji, duit, kualiti pemain city lebih power dari player bayern, villareal & napoli...

    cume kita lihat sahajalah next season macam mana...boleh ke tidak sukses macam chelsea... JM first year bersama chelsea pun dah bawa chelsea ke semi final.. but mancini ? first year tak masuk ucl, second year masuk, tapi tak lepas groupstage... sekarang kita dapat tahu sape yg betul2 special one dalam melatih kelab kaya..

    @ maman
    - ya betul cakap ko..mase zaman CA, season chelsea mmg fun..score lebih dari 100 gol, menang epl, menang piala fa dengan mempamerkan perfomance yg marvellous...

    tapi sayang kehebatan CA hanya terhad 1 musim je... masuk season kedua dia, jadi hampeh... malouda, drogba, lampard mengalami kemerosotan prestasi... masuk pula torres yang tengah lost. ending season berakhir dengan trophyless.

    bile kau sebut pasal game inter lawan chelsea mase zaman CA hari tu.. kau nak tahu sebab apa chelsea kalah waktu tu ?

    first sebab staf2 chelsea semua over confident dapat tumbangkan inter..termasuk roman yg bajet dapat malukan JM... tapi last2 JM juga yg mempermalukan kita semua.

    zaman CA, kita terap beautiful football..taktikal kita pinggirkan..sebab itu kita kalah dengan inter.... JM manage club berdasarkan taktikal dan bukan sexy football... kita lihat dalam game tu, 1st leg chelsea kalah, 2nd leg kalah 1-0...

    padahal mase tu kita perform cantik, serang tak henti2... dalam bola sepak, ia mengajar kita supaya menitik beratkan aspek taktikal dan bukannya semberono nak pamer corak permainan yang berseni.. JM guna aspek taktikal dengan menewaskan chelsea... chelsea waktu tu tahu nak play open.. kalau lawan barca, kita main open, mau kena belasah sampai 10 gol beb.

    gol pemusnah dari samuel eto hasil daripada counter attack inter... inter milan pada season tu lebih kurang macam chelsea skrg... 90% defensive, attack kadang2 je... chelsea tak terap taktikal macam tu..kesannya, chelsea early eliminated in knock out round.

    beauty football team vs tactical football team, the winners most of it ialah tactical team...

    that why aku cakap, tak semua game kita kena main cantik.. ada some game kita kena guna aspek tactical... JM & RDM succcess to make it because they focus on tactical, but CA failed to do it, also AVB.

    every manager ada method mereka tersendiri menguruskan team... kalau cara itu yg dapat bagi chelsea juara, why not kan ? hundred times aku selalu cakap, aku tak kesah kalau chelsea menang tapi main buruk.. janji menang... lantak orang lain nak cakap apa, who care ? this is football sport, not pom pom gurlz sports.

    chelsea kalau nak main cantik, mereka kena rombak semua player...player yg ade sekarang tak boleh main tempo laju sebab usia mereka.. but for this case bagi aku bukannya problem besar pun... main cantik ke main buruk ke bukannya boleh dijadikan isu rumit... most important, kita tuntaskan objektif bola sepak kita sebagai juara eropah... main cantik atau tak, kita boleh discuss lain hari.. alah banyak match yg kita boleh tunjuk kat orang yg kita perform cantik....bile main di final kena based on tactical la..

     

  10. Mista Maman Said,
    https://kampungchelsea.blogspot.com/2012/05/review-chelsea-raja-eropah.html?showComment=1337672919057#c7068084707577826385'> May 22, 2012 at 3:48 PM

    Aku faham KC.

    Aku cuma xmau la sampai bebile Chelsea main mcm tuh, debaran tu bukan sebab kte cari gol xdpt2, debaran tu kte takut dibolosi tu yg overfeel rasanya.

    Tp, mungkin boleh berubah jika Drogba keluar, sbb Lampard & Terry sebenarnya berharap sgt kpd Drogba. Diorg jd xconfident menang kalau Drogba xde dlm game penting. Sedangkan, ada Torres, ada Lukaku dan etc., kenapa xberjaya? Aku hrp player2 yg ada dpt terima semua player baru, sudah2 la mangsa mcm Sheva tuh. Luiz, Ramires & Torres kene jugak, tp masih terkawal la.

    Enough is enough la, elite club yg dah menang mcm2 ni, sepatutnya more organized, player power xde, & ada manager smpi habis season utk setiap season, baru stabil & dihormati kelab2 lain.

    Sekali lg, RDM hrp kekal & semua player yg ada buktikan betapa bagusnya sesuai dgn bayaran gaji & full of commitment. the oldies must change now, kalau x, xde star player nak masuk Chelsea & young talent blah. Josh Mcheachran tu beb, A.k.A Iniesta, rugi xpakai. Piazon lagi, bnyk youngster yg best2. Harapan aku tu jela, Chelsea terus maju jaya & menang byk trofi tp pada masa yg sama yg Chelsea itu sendiri mmg stabil & full of passion.

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png