Ya, kita kalah 4-1. Tapi kekalahan kepada pasukan yang berada di tangga ke-8 liga ini tidaklah begitu mengecewakan sangat. Kenapa ?
- Kerana match ini sekadar pelengkap jadual. Menang atau kalah, memang sudah disahkan Chelsea akan kekal di tangga ke-6 liga. Jika menang dengan Liverpool sekalipun, kalau Spurs/Newcastle menang minggu depan, tidak bagi makna apa-apa juga. Senang cerita objektif untuk capai top 4 spot sudah berakhir sejak minggu lepas lagi.
- Apa yang pasti kemenangan besar 4-1 Liverpool itu tidak menjamin mereka ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan, apetah lagi untuk menjuarai EPL. Sekadar berada di kedudukan ke-8 liga dan bersandarkan motto tiap2 tahun iaitu "this year is our year".
- Lawan Liverpool ini RDM menurunkan 2nd team sebab kita sudah tahu perlawanan ini hanya pelengkap jadual. Dua minggu lagi, kita akan ke final di Munich, Jerman.. jadi ape jadahnya nak guna 1st team ? Kita perlu fikir risiko kecederaan dan kecergasan. Terry & Ivanovic dimainkan kerana masing-masing tidak beraksi pada 19 mei nanti.
- Jika anda lihat dari segi line-up... daripada 11 pemain itu, 8 di antaranya ialah pemain simpanan. Turnbull, Ferreira, Malouda, Sturridge menggantikan tempat Cech, Mata, Ashley Cole, Mikel, Kalou, Lampard, Drogba yang telah direhatkan. Maka tanpa key player, peratusan kekalahan itu sudah pasti ada. Tidak termasuk dengan dua pemain power kita yang cedera iaitu David Luiz & Gary Cahill.
Cech direhatkan manakala Turnbull diberi main. Dan setiap kali Turnbull beraksi, ending nya mesti Chelsea kalah. Liverpool merobek gawang Chelsea sebanyak 4 kali dengan menewaskan keeper simpanan kita itu yang musim ni baru main dua kali. Jadi jangan hairan sebab apa kita mudah sangat bolos. Berbeza dengan apa yang berlaku pada minggu lepas, tandukan depan gol Andy Carrol pun berjaya diselamatkan oleh Cech. Kesimpulannya, Liverpool hanya mampu menang dengan skuad reserve Chelsea. Nak banding dengan apa yang berlaku pada final Piala FA dengan semalam bagaikan langit dengan bumi.
Berkenaan dengan apa yang berlaku pada perlawanan ini, aku hanya nak bagi 3 point :
1- Defend hambar
2- Keeper simpanan cuai
3- Terry tergelincir lagi (musim ni dah banyak kali juga dia split)
gol saguhati dari Ramires
Kemasukan Lukaku, menggantikan Sturridge membuktikan bahawa RDM menjadikan match ini sebagai training. Beliau memberi peluang kepada mana-mana pemain yang jarang diberi main 1st starter.
P/S : Macam yang aku beritahu sebelum ini, satu2nya jalan untuk Chelsea layak ke UCL musim depan ialah dengan hanya menumbangkan Bayern Munich. Itu sahaja. KTBFFH.
Turnbull lambat2kan permainan (macam Chelsea pulak leading 4 gol) pastu bab2 cleearance mmg gabra lebih, Terry buat mistakes byk sgt, jd yg lain pun dah terpengaruh, jd hambar, niat nak lawan balik pun xke mana dah.
Aku perasan Torres dah jangka dia akan dibuli teruk kat depan sebab Sturridge & Malouda mmg dah xde function, apa makan pun aku xtau. Romeu & Essien mcm kene cursed gak, sedih tgk cara Chelsea main. Aku tgk madah Chelsea main passing midfield pastu defender pastu keeper pastu defender balik, kat situ je, mmg xnk menang dah. Kenapa mesti kalah mcm ni? Gugup lebih, xkreatif, lembap nak training apenye.
Skrg ni RDM lak yg kene, walhal player2 yg nak main dah bg can tp sia2kan. Lampard, Kalou & ACole ketawa je tgk. Ape plan sbnr diorg ni pun aku xtau. Pd aku, utk season EPL kali ni, kekalahan dgn Hati_bodoh ni la yg paling teruk.
aku sokong pendapat admin.... at least kita bole tgk... apa kekurangan kita bila kalah mcm nie... kita twu ESSIEN skang bukak mcm Essien dlu... dia pun blur2, xde perancang....Malouda dgn Sturridge cm biasa FLOP lg.... torres mmg kental..... ramires mmg xde kenal erti penat.... credit untuk both player...... terry dgn iva.... aku rasa suda sampai waktu untuk direhatkan.... terlalu bnyak game.... terutama terry..... dia x sekuat dulu.... betrand dgn romeu perluka masa lagi...... turnbul bole balik jaga lembu.....
Hahaha.. Betul, @dato' haji din!!