2 minggu, hampir 2 minggu EPL bercuti sakan. Al-maklum, ia bagi laluan kepada international-break yang menyaksikan skuad England macam biase layak ke pusingan akhir Euro 2012. Ape yang kesiannya ialah cerita yang sama berlaku kepada kem Scottish, setiap kali pusingan kelayakan tak kire ape jenis kompetitif sekalipun, mereka tetap gagal untuk beraksi di pentas yang lebih tinggi.Mengenai kegagalan itu, aku tidak mahu mengulas lebih lanjut, kalau hendak tahu, sila berhubung dengan Fergie. Orang scotland, sukses menguruskan kelab tapi negaranya tunggang-langgang.
Jadi, malam ni kempen EPL dibuka kembali dan pelbagai perlawanan menarik bakal disajikan kepada kaki tegar bola sepak terajang. Yang jadi tumpuan ialah team setan merah lawan team ayam merah. Seluruh dunia (terkecuali warga2 setan kondo) mahukan setan merah kalah, kerana jika setan merah kalah, itu peluang terbaik Chelsea untuk merapatkan jurang mata demi mata. Iye lah, malam ini kita akan menjamu Everton yang boleh dianggap sebagai kelab badi teragung kepada The Blues. Jika menang, kita gapai 3 mata penuh dan akan menggugat kedudukan pasukan kedua & pertama liga.
Statistik musim lepas menyaksikan, 1 seri, 1 kalah dan 1 tersingkir. Hah, memang badi sungguh kan Everton ni, hmmm.
Perlawanan kali ini sangat istimewa kepada JT, Ramires & seluruh warga singa London. JT akan membuat penampilan ke-350 EPL manakala penampilan ke-50 adik hitam manis, Ramires bersama kem kita. Selain itu, Chelsea memerlukan 4 gol sahaja lagi untuk melengkapkan koleksi 6 ribu gol dalam sejarah 106 tahun di Stamford Bridge.
Everton boleh dianggap kurang menyengat pada permulaan liga tahun ni. Minggu lepas kalah kepada Liverpool, minggu sebelumnya kalah kepada adik tiri MU iaitu ManchesterCity. Walaupun kurang menyengat, tetapi mereka masih ada bisa. Bisa mereka akan terserlah jika bertemu dengan kita. Itu pasal kenapa setiap kali Chelsea bertemu dengan Everton, aku dilanda kerisuan yang tidak diduga. Sejak dari zaman Jose Mourinho lagi, team yang diberi jolokan The Toffees asyik mencicirkan mata liga kita sahaja. Kalau tak seri, kalah, itu sahaja klimaksnya. Namun di era globalisasi AVB ni, aku mengharapkan akan ada kelainan, dari segi jalan ceritanya, suspensnya, dramatiknya, dan lebih penting corak permainan yang hendak dipersembahkan.
Tanpa Arteta, tanpa Yakubu, tanpa Beckford yang dijual secara terpaksa, aku yakin Everton masih ada kaki untuk menendang bola. Maksud aku, mereka masih boleh memberi cabaran getir kepada kite. Tak hairanlah Matapun berkata seperti yang aku kata :
“I think Everton is a difficult team to play against with strong players.The strikers are tall, they have good players and we have to be prepared with the crosses, which will make things difficult for us.”
Berkenaan dengan susunan line-up, aku tetap rasa formasi 4-3-3 masih lagi akan diteruskan oleh AVB. JT & Luiz akan menjaga di kubu tembok defensif dan untuk di bahagian tengah, tak salah kalau AVB sekali sekala menyenaraikan nama Mceachran & O.Romeu. Mereka masih muda dan beraksi cemerlang pada pusingan ke-3 Piala Carling menentang Fulham. Lampard berkemungkinan besar akan menerajui di bahagian tengah. Boleh dikatakan Super-Frank berada di landasan pretasi terbaik. 4 gol dalam 2 perlawanan terakhir. Lawan bolton, score hatrik. Di bahagian serangan, aku pasti AVB akan meletakkan Sturridge, Drogba/Anelka & Mata. Torres masih berada dalam proses penggantungan 3 perlawanan dan ini masa terbaik untuk tengok gandingan kopi & susu pula (Drogba & Mata).
rindu dengan zaman kepak Drog...
0 Response to 'Preview : Chelsea vs Everton'