Sori lambat update !
Berdasarkan ape yang berlaku minggu lepas, Chelsea mencatat kemenangan dengan menghasilkan kenduri 5 gol di Reebok Stadium. Bolton hanya mampu membalas dengan 1 gol sagu-hati. Lampard hatrik dan 2 gol lagi dijaringkan oleh Sturridge.
Boleh diibaratkan match tersebut sebagai warm-up kerana Bolton tidak begitu memberi cabaran sangat kepada Chelsea. Kite berjaya menghukum kealpaan di barisan pertahanan mereka yang begitu lemah dan longlai. Keeper diorang dah macam keeper budak sekolah, tangkap bola macam tangkap ayam. Sudah bertahun lamanya, venue Reebok Stadium menjadi satu pentas mudah kepada Chelsea. Tahun lepas kalau tak silap aku, Chelsea menang besar juga. Begitu juga dengan tahun yang sebelumnya.
Sturridge memberikan gol pendahuluan buat Chelsea pada seawal minit ke-2. Die menanduk mudah selepas memanfaatkan corner kick Lampard. Tak sempat nak goyang kaki, kite dah dapat gol kedua. Sturridge membuat umpanan & kemudiannya disempurnakan oleh Lampard. Gol seterusnya pula menjelma pada minit ke-25. Sturridge sekali lagi mencemaskan pihak lawan dengan satu tendangan leret dari luar kotak penalty yang gagal ditangkap kemas keeper lawan.
Tak cukup dengan 3 gol, kite tambah 1 gol lagi pada 2 minit kemudian. Bermula dari snap-shoot David Luiz yang lagi sekali gagal ditangkap kemas keeper lawan sebelum Lampard menyudahkan bola rebound tersebut untuk gol keduanya dan gol ke-4 Chelsea dalam match ini.
4 gol di separuh masa pertama. Terkejut ? Bagi fans Chelsea, ia bukanlah satu kejutan kerana kita sudah biasa dengan keadaan tersebut. 4-0, apelah sangat.
Aggresif di separuh masa pertama, namun di separuh masa kedua, rentak permainan Chelsea menjadi perlahan. Mungkin sebab kite sudah terlena dengan defisit 4 gol. Tapi, tidak mengapa. Bolton tidak bangkit, mereka hanya mampu mencuri perhatian dengan 1 gol sahaja. Kite gagal clean-sheetpun disebabkan kurang peka dengan set-piece pihak lawan.
ini 3 ye
Hari terbaik buat Super-Frank kerana bukan selalu die dapat score hatrik. Kadang2 shoot berterabur, passing tidak mengena. Lampard is back ? Maybe yes, tapi aku lebih mengharapkan sumbangannya dari segi assist pula selepas ni.
Kemenangan 5-1 ke atas Bolton ini menempatkan Chelsea di posisi ke-3 liga dengan 16 mata.Manakala Bolton macam biase, kekal tercorot di tangga terbawah.
P/S : Line internet rumah aku ade problem skit. Itu pasal aku jarang update blog. aku akan update tapi tidak kerap, maybe seminggu hanya 1-2 post. Skrg nipun hanya online di kedai mamak.
0 Response to 'Bolton 1 Chelsea 5 (Abang Lampard hatrik)'