Sekarang ni, Roman Abramovich(RA) dan pihak pengurusan tertinggi Chelsea bercadang mahu membina stadium baru dan menjual stadium lame iaitu Stamford Bridge(SB) ini.Cadangan ini dibuat kerana mereka menilai SB sudah terlalu tua dan agak kurang menarik lagi.
Ia mungkin hanya satu perancangan dan cadangan tapi dengan ape yang diberitakan oleh pihak2 Chelsea, RA dikatakan sangat berharap bahawa perancangan ini berjalan dengan lancar.
Menurut sumber2 yang diberitahu, stadium baru yang bakal menggantikan SB berlokasi di Earls Court.
Ape yang pasti mengenai stadium baru tersebut ialah, kapasiti serta kualiti pembangunannya jauh lebih baik dari ape yang ade di SB sekarang ini.Kapasiti SB hanya mampu menguatkan 60,000 kerusi sahaja sedangkan stadium baru itu dianggarkan boleh memuat sebanyak 80,000 kerusi khusus untuk die hard fan Chelsea.
Itulah sebabnya kenapa dan mengapa pihak pengurusan tertinggi Chelsea mahu kite berpindah ke stadium baru.RA sendiri mahu melihat kelab Chelsea kite ini dapat berhijrah ke satu pembangunan baru yang lebih dominan.SB sudah berumur 105 tahun dan korang faham2 sendirilah sebab ape RA mahu transformkannya kepada stadium baru yang lebih muda seperti player youngster kite sekarang ini.
Motif utama pembikinan stadium baru itu ialah dapat menjanjikan tempat2 yang selesa serta menampung jumlah kapasiti penonton yang berlipat kali ganda dari sekarang ini.
Bruce Buck, salah satu pihak pesuruhjaya tertinggi Chelsea juga bersetuju dan tidak membantah mengenai soal perancangan untuk membina stadium baru.Namun die menegaskan bahawa perancangan tersebut tidak akan dilakukan dalam mase yang terdekat ini.Mungkin memakan mase yang lame juga untuk merealisasikannya tu.Yelah, takkanlah stadium baru yang nak dibuat hari ni tu, esok dah siap, ye tak ?
Walaubagaimanapun, perancangan itu maybe akan menimbulkan beberapa persoalan dari die hard fan Chelsea.Jika perancangan itu telah berjaya dilaksanakan, ape akan jadi dengan SB ? dijual ? atau dibiarkan begitu sahaja ? Mungkin ade yang setuju dan mungkin ade juga yang tidak setuju mengenai perpindahan ke stadium baru itu kerana SB merupakan stadium keramat Chelsea.Banyak kenangan serta sejarah yang ade di sana.Takkan ia nak lenyap & pupus begitu sahaja selepas kite berpindah ke stadium baru nanti.Aku mengharapkan jika kite berpindah ke stadium baru, stadium lame nanti boleh dijadikan lokasi pusat latihan oleh player2 sekolah akademik kite.Tapi kalau tak jual stadium SB tu, mesti RA akan rugi plakkan dari segi kewangan dan duit bunganya itu.
Pendapat korang mengenai perkara ni ?
Jambatan baru sudah dicari & jambatan lame bakal dijual ?
Posted by
KampungChelsea
On
Tuesday, November 09, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmm.. nape x upgrade kn saje dulu stadium yang sedia ada? Kira if nk buat stadium baru, nk jadi cam arsenal la ek?
Ak x kisah, utk kebaikan kem kita, apa2 keputusan pn ak terima. Tp mmg SB adalah tempat keramat kem kita selama ini :D..
arsenal dan emirates stadiumnya itu ? haha, banyak sampah sarap dari trofi...rindu kat zaman higbury dulu coz kat situlah banyak legend2 main.trofipun banyak..
skrg ? sekian terima kasih...
p/S : love henry n lehman 4eva...
KC, ade pembetulan. kapasiti SB hanya 41,841. stadium baru nk buat kapasiti 60,000. ikut plan asal nk upgrade SB smpai kapasiti lebih 50,000, tp sbb kawasan sekitar yang sempit dan sbb2 keselamatan, cadangan tu x dpt diteruskan, sbb tu plan nk buat stadium baru ni muncul sbb fan base chelsea makin lama makin ramai dan makin lama makin susah nk tgk bola kt SB sbb permintaan tinggi. so kalau stadium besar lg, bole ramai lg masuk dan boleh buat duit jual tiket jgk.
KC : Tau xpe, Arsenal dulu kira lebih bagus dari skrg. Sejarah sbnrnya utk kita tahu dan belajar. Tp malangnya AW x nampak tu haha :D
Zafrie : Ooo.. cmtu. Ak rase klau berkenaan dgn fans, ak rase if nk tukar tu berbaloi. Biar saje SB ni jadi tempat warisan xpn bina benda lain utk akademi bola sepak.
Adam : rasa kalau nk pindah stadium tu lama lg kot. mungkin plg awal pn 5 tahun lg. stadium lama rasa die jual, sbb nk cover duit stadium baru satu, tah tah pasnie jd mcm highbury, diorg buat rumah kt situ.