Lupakan kisah2 buruk yang berlaku pada match menentang Birmingham & Sunderland itu, esok bermulalah seperti biasa kempen UEFA Champions League (UCL).Dengan memiliki 12 mata, kite telahpun layak sebenarnya ke pusingan kalah mati.Cume untuk game esok dapat menentukan tempat pertama atau kedua dalam group F.
Kite akan melayan lawatan dari Zilina pada pagi esok di SB.Setakat ini peratusan kemenangan kite adalah 100% dengan memenangi semua game.Walaupun game esok xberape penting sangat, tapi ia dapat menjanjikan sama ada kite juara atau naib juara.Jika mahu juara, sudah pasti kite mesti menang dengan mereka pagi esok.
Aku selalu berbicara mengenai kecederaan semasa yang berlaku kepada trio2 utama iaitu Lampard,Terry,Benayoun.Kerana kite dapat lihat tanpa mereka, perfomance player2 kite yang ade sekarang ni agak hancur skit.Terbaru, Zhirkov mengalami sedikit masalah di bahagian kaki dan sah terlepas untuk game pagi esok.Alex juga direhatkan coz dia ade operation surgery untuk bahagian lututnya tu.
So dengan ini, kite pasti akan melihat muka2 younsgter perform pagi nanti.Yang menggembirkan bukan sahaja aku malah kepada die hard fan Chelsea yang lain, McEachran main 1st eleven.Terbaik atau tidak perfomancenya, kite same2 tunggu dan lihat.
Ape2pun seperti biasa, kite jangan memandang rendah keupayaan player2 Zilina.Walaupun kite dah beat diorang 4-1 hari tu, tapi ia tak mungkin akan berulang lagi sekali jika kite over-confident.Jangan over-confiden, nanti jadi plak cam match minggu lepas tu.Zilina dah konfem out for second round challenge tapi untuk game nanti, diorang pasti tak akan lepaskan peluang yang ade untuk menewaskan kite.Malam ni ialah malam pertunjukan our youngster.Bruma,Van Aanholtz, McEachran, Kakuta masing2 akan menunjukkan bakat mereka.Baik atau buruk, kite kena support mereka.Mereka masih muda dan bakal menjadi player masa depan.Keep the blues flying high.
P/S : Ops, lupe nak bagitahu.Game malam ni start kul 3.40 pagi.Live @ Channel 812.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Bertemu lagi dengan Zilina'