Masih dalam keadaan mood hari raya sekarang ini dan selepas lebih seminggu EPL bercuti dan malam ini seperti biasa, pentas liga terbaik di dunia ini dibuka semula.
Jika nilai di atas kertas, sudah tentu kem kite dianggap terlalu mudah untuk membenam cabaran West Ham di Upton Park malam ini.
Namun itu hanya di atas kertas, tapi di atas padang, lain cite.Bertemu plak dengan ex-manager kite pada era 2007/2008 iaitu Avram Grant sudah nampak menjanjikan perubahan dari segi corak permainan.
Grant yang seperti anda sudah tahu, merupakan bekas manager kem kite yang telah menggantikan Uncel Jose.Dia membawa kem kite mara ke final UCL buat kali pertama dalam sejarah bola sepak Chelsea.Namun dia telah dipecat ekoran dari kekalahan kepada MU di final UCL tersebut. Sebelum dia menjadi manager The Hammers sekarang ini menggantikan Zola, dia pernah membimbing kelab Portsmouth dan membawa Portsmouth melangkah ke final Piala FA season lepas.
So ape pointnya sekarang ini ?
Grant pastinya ingin mengelak dari bertemu kem kite.Ini bukan kerana dia merupakan ex-manager kite namun rekod pertemuannya menentang kem kite sangat teruk.Last season, dia membimbing The Pompey.Pompey telah kalah dalam semua match kepada kem kite(termasuklah di final Piala FA- tewas 1-0).Grant memang sudah serik untuk berjumpa dengan kem kite lagi.
Dengan The Hammers yang sekarang ini berada di kedudukan tercorot liga, segalanya sudah menampakkan bahawa Grant berada dalam keadaan yang sangat tertekan.Tewas sahaja lagi malam ini akan menunjukkan tanda jalan keluar dari Upton Park untuknya.
Perkembangan mengenai skuad The Blues menjelang match malam ini :
-Berita baik ialah captain jack sparrow kita, JT dikhabarkan sudah sudah sembuh dari kecederaan dan bakal mengetuai di jentera pertahanan kite malam ini.Berita buruk pula ialah Abang Frankie masih belum fit dan mungkin tidak akan bermain dalam match nanti.
-Jika Frankie tidak bermain, posisinya akan digantikan dengan pemain muda baru, Ramires yang menggalas tanggungjawab di bahagian tengah.
Barisan kemungkinan sama juga seperti line-up 2 minggu lepas.Cume yang bermain di fikiran aku sekarang ini ialah adakah Frankie akan bermain malam ini ?
Ape2pun harapan aku seperti biasa ialah melihat Chelsea mencatat kemenangan dan mengutip 3 mata berharga untuk terus kekal sebagai pendahulu liga.14 gol dalam 3 perlawanan, dan ia tidak mustahil untuk melihat kem kite berpesta jaringan gol malam ini pulak di Upton Park.Dengan Malouda,Drogba,Anelka yang berada dalam prestasi hot-form sekarang ini, segalanya mungkin untuk kemenangan ke atas The Hammers nanti.Jangan lupe game start pukul 10 malam(waktu Malaysia) di saluran Astro ESPN 812.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to 'Preview Match : Meet Uncle Grant'