Italian job match.! Malam esok akan menyaksikan dua manager dari itali yang akan bertarung sesame sendiri bagi memberikan kedudukan terbaik untuk kelab masing2 di pentas liga kompetitif.CA Versus Mancini.
Dua2nya pernah menguruskan kelab Serie A yang mana CA melatih AC Milan manakala Mancini melatih Inter.Namun segalanya tidak menampakkan perubahan apabila kedua-duanya juga akan bertemu dalam kancah liga yang lebih sukar iaitu liga EPL dalam membawa watak penting bagi membangunkan industri kelab masing2.
Kem kite sekarang ini top of the league dan City berada di kedudukan ke-4 yang mana kedudukan ke-4 nilah yang menjadi tempat faveret Mancini untuk ManCity dalam meraih slot ke pentas UEFA CL.Jika kita drop points malam ni, mereka masih lagi berpeluang untuk berebut takhta liga.Tapi ape kate Mancini mengenai perkara ini,
"We will get in the Champions League this season.Chelsea will finish first."(Mancini)
??? Agak hairan jugak dengan statement dari Mancini ni coz biasanya beliau selalu membuat target besar dengan mengatakan bahawa City akan berjaya menjadi champions EPL musim ini.Tapi kenapa dan mengapa beliau mengatakan yang teamnya hanya mampu mengisi slot tangga ke-4 sedangkan tangga pertama liga masih terbuka luas ?
Nak main mind games ke ape Mancini neh...Jarang bebenor aku bace statement manager dari big club yang dah awal2 cakap kem kite konfem juara liga.Still ade lebih 30 match lagi, ape kejadahnya nak bagitahu kat team orang lain bahwa diorang sudah champions.Pelik betul pemikiran Mancini ni.Harry Redknappun sekarang ni still tak nak give up mengenai title race liga , ni apetah lagi manager seperti Mancini yang dah terang2 mengaku kalah.Agak2lah nak nak buat lawakpun, Mancini weh.
Dengan berbelanja lebih 80 juta pound pada musim ini, mereka hanya mampu target kedudukan ke-4 sahaja musim ini ? Mane lagi target besar anda Mancini ? Aku faham kerana Mancini mungkin sudah "insaf" dan sudah makan asam garam tahun lepas yang mana beliau yakin City mampu menjuarai liga tapi apekan daya, targetnya itu tersangatlah melencong ke dasar lautan pasifik.Tangga ke-4pun tak lepas, nikan pula nak jadi juara.Sendiri mau ingatlah beb.
Namun, manusia memang tak akan lari dari keegoaan dan keangkuhan.Mancini jugak yakin bahawa teamnya mampu memalukan kem kite di hadapan penyokong mereka dan mengatakan jugak kem kite tidak akan sukses menjaringkan sebarang gol pada malam ini.
"They have scored a lot of goals, but even when you score so many goals, the day always comes when you don't score. So I hope it's tomorrow! Why not? We know it will be a difficult game for us, but it is for them as well."(Mancini)
Kecederaan.Inilah "penyakit" yang sentiasa ada dalam dunia bola sepak.Walaupun ade penyembuhnya tapi kadang2 ia memakan masa yang lama.Lebih2 lagi corak permainan sesorang pemain itu juga akan berubah selepas die menerima kecederaan.
Mancini tak habis2 membuat complain mengenai player2nya yang mengalami kecederaan entah ape2 sekarang ni.
"I'm disapopointed because we need all the players who are injured, it's an important moment for us. But what can you do? I had to make changes in midweek also because we didn't have the players,"(Mancini)
Agak kelakar juga bile membace statement dari beliau.Untuk pengetahuan korang, musim ini CA hanya mampu listkan 19 orang player sahaja dalam satu skuad manakala Mancini telah membuat list sebanyak 25 player yang mana mereka mempunyai kuota pemain yang berlebihan dari kem kite.Tapi beliau still lagi mengadu mengenai masalah kecederaan player mereka.
Mesej untuk Mancini :
(Anda ingat hanya player anda sahaja yang mengalami kecederaan sedangkan pemain kami tidak ? Anda silap.Anda kena ingat, sekarang ini player2 kami juga banyak yang mengalami kecederaan.Ada di antara mereka yang cedera menjadi key player kami.Tapi tidakkah anda terfikir dan berasa hairan kerana kami hanya mampu membuat list sebanyak 19 pemain sedangkan anda membuat list sebanyak 25 pemain dan anda masih mengadu bahawa hanya team anda sahaja yang berada dalam dilema kecederaan."
"Our legends and best playmarker, Frankie still injured and impossible to play tonight.JT baru sahaja sembuh dari kecederaan dan berjuang untuk fit 100%.Kalou & Benayoun antara player back-up attacking kami yang baru sahaja mengalami kecederaan serius ketika menentang Newcastle.Our youngster, Kakuta mengalami nasib yang serupa seperti player2 senior lain yang injured.Tidakkan anda terfikir team kami hanya listkan 19 orang player sedangkan team anda telah listkan 25 player.Anda tidak sepatutnya berada dalam keadaan dilema kerana anda baru sahaja telah membina skuad baru yang tersangatlah fresh.Anda telah berbelanja lebih dari 80 juta pound musim ini dan kecederaan player anda, adalah tanggungjawab dan kesilapan dari anda.Senang cite, anda tidak pandai membeli pemain yang serba boleh seperti mana yang Uncle Jose Mourinho buat dalam mase 3/4 tahun yang lepas.")
Anyway, seperti biasa, kalah atau menang, kena rilek,steady dan jangan giler meroyan seperti sesetengah fans Liverpool yang sentiasa bercakap busuk dengan mengatakan bahawa bile Chelsea nak menang Piala Eropah.Agak kelakar jugak soalan kerana dia sendiri tidak sedar bahawa teamnya sekarang tersangatlah tunggang-langgang dan hancur di langgar ombak besar.Nak bercakap mengenai sejarah pernah menang trofi eropah yang lapuk itu sendiri telah menjelaskan bahawa dia tidak berfikiran matang dan professional.Nak bercakap mengenai trofi eropah sedangkan team dia sama sahaja seperti arsenal sudah lama tidak menggengam sebarang trofi setiap musim.Nak bercakap mengenai Piala Eropah, tapi Liverpool sudah lebih 4 musim tak menang piala itu ape cite bai ? Sekarangpun tengah kecut perut main liga ribena nak bercakap mengenai trofi UCL.Chelsea tak menang UCLpun takpelah every season masuk pentas UEFA CL dan every season jugak cium 1/2 trofi.Liverpool ? Sandarkan pada kenangan dan sekian terima kasih.
P/S : "Sejarah mungkin berulang" dari kumpulan New Boyz merupakan lagu faveret fans Liverpool.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Ni mind game je.. Lagipn cam ni le bagus, respek same respek.. Jgn cam Man U ngan Arsenal, manager masing2 maki hamun kutuk2.. Psiko la konon haha :D