Kemenangan 2-0 Chelsea ke atas Blackburn semalam akhirnya telah mengakhiri karier Hiddink sebagai pengurus Chelsea di Stamfrod Bridge semalam.Walaupun masih tinggal satu sahaja lagi baki perlawanan menetang sunderland di tempat mereka minggu depan, pemain bersama penyokong setia Chelsea meraikan parti terakhir Hiddink di Stamford Bridge.Lambaian kegemilangan dan kecermelangan Hiddink dalam gambar kat ats ni jelas menunjukkan Hiddink berjaya membawa Chelsea mempamerkan permainan yang lebih efektif dan hebat berbanding dengan Luiz Felipe Scolari.Walaupun gagal membawa trofi Liga EPL dan juga trofi Liga Juara-Juara Eropah kepada Chelsea, namun penyokong dan pemain chelsea sangat berpuas hati dengan pencapaian Hiddink yang membawa revolusi baru di dalam dunia bola sepak Chelsea.Di bawah Hiddink, Chelsea masih belum kalah di tempat sendiri dan hanya kalah sekali sahaja di tempat lawan dengan Tottenham Hotspur.Di bawah Hiddink juga, Chelsea berjaya mengejutkan Liverpool 3-1 dalam quarter final Liga Juara2 Eropah dan membawa Chelsea melangkah ke semi final liga juara2 eropah tersebut.Chelsea juga berjaya menyingkirkan pasukan Arsenal dalam separuh akhir Piala FA dan membawa Chelsea mara ke Final Piala FA.Baru-baru ini juga Chelsea berjaya membelasah dan membenam arsenal di tempat mereka dengan 4-1.Chelsea juga berjaya menduduki tempat ketiga di belakang Liverpool dalam EPL.Walaupun hanya menjadi pengurus sementara Chelsea, pencapaian Hiddink bersamam Chelsea musim ini patut dibangga-banggakan oleh pengkritik2 bola sepak dan juga peminat2 bola sepak kerana dengan hanya temph 3 bulan sahaja Hiddink melatih Chelsea, dia berjaya membuat kejutan dan melakarkan kemenangan yang gemilang untuk Chelsea.Aku ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Hiddink.Jasa anda kepada Chelsea amat bermakna untuk kami semua.Walaupun aku dan juga semua peminat setia Chelsea berharap Hiddink kekal sepanjang zaman bersama Chelsea tapi keputusan anda untuk melatih kami hanya untuk sementara,kami tetap akan menerimanya juga.Semoga terus sukses bersama kelab yang anda pimpin nanti,Hiddink.Thanks n Congrats Hiddink.!
Penjaring Gol untuk Chelsea semalam iaitu Florent Malouda dengan jaringan tandukan yang sangat cantik pada minit ke 4.
Anelka menjaringkan gol kemenangan Chelsea dengan 2-0.Pada perlawanan ini juga, Anelka telah menjadi pemain terbaik perlawanan ini.Dan tidak lupa juga, Anelka sekarang ini masih merebut anugerah kasut emas atau penjaring terbanyak liga untuk musim ini bersama dengan Christiano Ronaldo yang masing2 menjaringkan 18 gol.Congrats Anelka.!
Lampard membawa 2 anak tercintanya itu dalam kenangan parti terakhir Hiddink di Stamfrod Bridge.
good win but sad cause hiddink will go
im so sad too,hiddink always make a best way with chelsea,this season chelsea become perfect team with hiddink,liverpool and arsenal lose with hiddink management,..i thin if hiddink still stay with chelsea nex season,he will beat MU in old trafford,we see.!
chelsea terukla season ni...season lpas no2.season lpas pegi final UCL tp season ni??yg tggl FA cup je?? league no 3.UCL pun semi je...ape yg improvenyer??
ler ko xleh salahkan chelsea macam tu,improvenyer pengurusan hiddink lagi baik dari scolari,cuba ko bayangkan kalau scolari still jadi manager skrg,bukan setakat no.3 je xdapat,masuk final piala fa pun belum tentu lagi,kira besyukur je lar,weh chelsea improve ler,cuba ko bayangkan klu hiddink strt je jadi manager chelsea dari awal musim,aku rase MU xkan jadi juara punyer,dgn tempoh yang singkat,hiddink berjaya membawa chelsea ke semi final UCl,final piala fa,tmpt ketiga dlm liga,kira ok ler tu...dia jadi manager sementara je,klu hiddink dari awal lagi strt jadi manager chelsea,aku rase carling cup,piala fa,liga,ucl akan jadi milik chelsea,kena salahkan scolari chelsea leh no.3msbb awal musim chelsea byk buang mata beb...
scolari cibaila..
kemana ntah uncle scolari pergi erk?
aku setuju...lagi2 malouda tu...aku ckup menyampah dgn mamat tu...bwk bola mcm arjen robben ok la jgk...tp dier bleh buat skill dribble kaedah cuba2...yg bestnya hiddink masuk...malouda mmg bgus..ahahahahahaha