Namun yang membimbangkan Hiddink ialah penyerang unik Everton, Tim Cahill dan Hiddink merasakan dia bakal memecahkan benteng-benteng kuat The Blues.Hiddink mengatakan bahawa dia sudah cukup kenal dengan gaya permainan lincah dan unik oleh Cahill semasa dia membimbing pasukan kebangsaan Australia.
" Saya cukup kenal dengan Cahill ketika menguruskan pasukan Australia.Saya sangat suka bekerjasama dengan dia kerana Cahill sememangnya pemain yang sangat bersungguh-sungguh terhadap karier bola sepaknya.Tetapi untuk berjumpa dengan dia sebagai musuh, sememangnya sangat menyukarkan kerana dia seorang pemain yang sangat berbakat,berfikiran bijak dan agresif dalam kotak penalti.Dia mungkin akan memberikan cabaran yang hebat khususnya kepada benteng-benteng Chelsea nanti."
0 Response to 'Preview Final Piala FA Sabtu Ini : Mesti Awasi Cahil...!!!'