Mengubah gaya bola sepak ke arah realistik

Posted by KampungChelsea On Friday, July 12, 2013

Dulu Mourinho sering dicemuh kerana menerapkan permainan bola sepak yang negatif.

Sebenarnya aku tak bersetuju tentang kritikan itu. Di bawah pimpinan Mourinho, Chelsea-Inter Milan & Real Madrid menjadi sebuah pasukan attacking football yang menarik.

Pada musim pertama Mourinho di Stamford Bridge, Chelsea telah memenangi Liga Perdana Inggeris dengan rekod 95 mata. Rekod itu sampai sekarang belum boleh dipecah oleh Manchester United.

Di bawah Mourinho juga, Real Madrid memenangi La Liga sambil mencipta sejarah baharu kelab tersebut dengan merekodkan 109 gol dalam satu musim.

Jadi itu dipanggil negative football ?

Sudahlah. Yang cakap taktikal Mourinho sampah, tak menarik, tak attractive, itu semua dakyah jahat konco2 Barcelona & sewaktu dengannya.

Kini Mourinho kembali ke Stamford Bridge buat kali kedua & telah berjanji untuk ubah style permainan Chelsea.

"I want to make the Chelsea fans happy - by results, by our playing style, by the mentality and the personality of the team,"



Maksud Mourinho untuk ubah gaya bola sepak Chelsea itu tak ada kena mengena pun dengan attractive football. Ia lebih ke arah menjadikan permainan itu realistik & mencapai objektif sesebuah pertandingan. Mourinho nak pemain Chelsea ubah mentaliti & corak bermain itu dengan lebih bijak & teratur. Bermain sebagai satu unit & ketika berada di situasi genting, mentaliti kena kuat.

Terpulang sama ada Chelsea ingin memainkan bola sepak menarik ataupun sebaliknya. Selagi kita terus memenangi trofi & meraih kejayaan, aku tidak ambil kisah dengan apa corak yang Chelsea pamerkan. Dalam memainkan bola sepak yang cantik, bahagian pertahanan harus solid, harus compact. Seperti di musim pertama Ancelotti, Chelsea bertahan dengan baik, menyerangpun dengan baik.

Tapi harus diingat, filosofi Mourinho ialah menjadikan permainan Chelsea lebih efisien & realistik. Bersesuaian dengan motto "kelab didahulukan piala diutamakan".

Dan sebut pasal gaya permainan bola sepak yang seksi secara tidak langsung mengaitkannya dengan corak "tiki-taka" yang dipamerkan oleh Spain & Barca.

Sistem tiki-taka berasal daripada sistem dan taktik yang diamalkan oleh skuad Belanda dan Barca era Johann Cruyff dan Rinus Michels iaitu Total Football. Namun Tiki-taka sedikit berbeza berbanding total football yang mementingkan pergerakan posisi pemain kerana tiki-taka mementingkan pergerakan pasukan secara total.

Dan tiki-taka yang dipamerkan oleh Barca sekarang tidak lagi unbeatable.

Kalau tiki-taka yang dipersembahkan oleh dua pasukan itu power, tak adanya sampai kalah teruk kepada Bayern Munich dengan aggregat 7-0 musim lepas. Begitu juga dengan pasukan kebangsaan Spain yang dimalukan oleh Brazil 3-0 pada final Piala Konfederasi baru2 ini.


Selepas pada itu aku mendapati bahawa Tiki-taka merupakan satu sistem yang membosankan.

Gaya bola sepak yang menarik, bukan terletak pada corak permainan sahaja, taktikalnya juga harus bijak. Cantik di luar cantik juga di dalam. Dalam mempamerkan bola sepak yang cantik, ia harus diselarikan juga dengan matlamat permainan. Contohnya bermain bola sepak untuk apa ? Untuk cantik sahaja ke atau untuk mencatat kemenangan ? Jika anda memilih lebih ke arah kemenangan, maka anda faham apa itu gaya bola sepak ke arah realistik.

Tidak salah jika sekali sekala menerapkan taktikal "parking bus". Kalau boleh "parking aeroplane" pun tidak mengapa. Jika menentang lawan yang kerap menguasai bola seperti Barcelona (possession), anda perlu lebih memainkan corak permainan bertahan & serang bila perlu. Jika tidak, bahagian pertahanan akan mudah dibolosi walaupun pasukan anda menyerang hebat mana sekalipun.

Ya memang attractive football menarik untuk ditonton, tetapi kalau endingnya berakhir dengan kekalahan, itu akan menjadi hal yang sia2.

P/S : Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca2 blog kampung chelsea.

1 Response to 'Mengubah gaya bola sepak ke arah realistik'

  1. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/07/style-permainan-bola-sepak-yang-sebenar.html?showComment=1373593784050#c7488337511359514257'> July 12, 2013 at 9:49 AM

    Sebenarnya, haters geram dgn taktikal Mourinho yg hebat dlm serangan balas. Hampir 70%-80% serang-balas yg dilakukan oleh pasukan kendalian Mourinho menjadi & bila menjadi, pasukan lawan akan mula buntu & gelisah sehingga tamat 90min. Parking bus spt Judo, pertahan dahulu kemudian menyerang habis-habisan bila diberi 'mandat' oleh pasukan lawan.

    Sbnrnya, jika player yg digunakan tu mmg talented & all-out utk Jose, contoh double winner EPL 2004/05 & 2005/06, wingers Jose bergerak sgt cepat & jitu bersama2 AMF & CF. Lihat permainan cantik antara Duff / Robben / Joe Cole / Lampard / Drogba. Kesesuaian taktikal tu sememangnya bergantung kpd player. Spt zaman Ancellotti, Malouda / Drogba / Anelka / Lampard - corak permainan mmg memerlukan chemistry & kefahaman yg jitu antara seluruh pemain. Jose bijak menggunakan seluruh tenaga seseorg player. Jika boleh dilihat, Drogba juga bantu bhgn defence dgn sempurna.

    Jd, aku xrasa Jose mengamalkan permainan negatif, cuma perang minda yg Jose tonjolkan kpd musuh mmg boleh tahap stress. Itu just kelebihan Jose. Tiada beza dgn Ferguson, cuma dia lebih menyerang referee & FA. Adakah Ferguson juga sentiasa memberikan impak positif dlm setiap game yg ManU ada, utk mendapatkan kemenangan? Hmmm... This modern football is beautiful, am I wrong? If you cannot see how beauty it is, it is you who are the real probs...

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png