1) Gaya permainan Hazard mengingatkan aku kepada Joe Cole & Cristiano Ronaldo.
2) Budak muda dari Burkina Faso, Traore menjaringkan gol ke-5 perlawanan dalam satu curling shot yang menarik. Dia juga setakat ini agak menyerlah dalam siri perlawanan pra-musim. Begitu juga dengan abang besar, Lukaku yang masih tidak boleh berhenti menjaringkan gol.
3)Ramires yang memakai jersi no 7, menjaringkan gol ke-7 dalam minit ke-57.
4)Kalas, pemain muda yang dipinjamkan ke kelab Vitesse musim lepas menghadiahkan gol sagu hati kepada pasukan tuan rumah.
5) Hazard,Ramires & Van Ginkel beraksi pada separuh masa kedua. Tapi jika ketiga-tiga pemain ini beraksi penuh 90 minit, skuad Indonesia boleh kalah sampai 15-1.
6) Harus diingat lagi bahawa ini merupakan skuad kedua Chelsea yang beraksi di Stadium Bung Karno & bukannya skuad utama. Kita masih lagi tanpa beberapa tonggak utama seperti Lampard, Mata, David Luiz, Oscar & Torres.
Indonesia All Stars 1 Chelsea 8
Harimau Malaya 1 Chelsea 4
7) Ada yang mengatakan bahawa pasukan Indonesia lebih bangang daripada Harimau Malaya kerana kalah lebih teruk kepada Chelsea. Sebenarnya pasukan Harimau Malaya boleh mengalami nasib yang sama namun ia diselamatkan oleh padang stadium Shah Alam yang sangat teruk. Jika ia dimainkan dalam permukaan padang yang rata & terbaik seperti di stadium Wembley mahupun stadium jalan besar Singapore, pasukan Malaysia boleh kalah lebih teruk dari skuad Indonesia. Jose Mourinho sengaja tidak mahu bercakap tentang perkara itu kerana tak mahu menimbulkan sebarang isu. Apa yang Mourinho kritik hanyalah mengenai beberapa pemain Malaysia yang banyak membuang masa di atas padang sepanjang 90 minit berlangsung.
8) Sekian terima kasih.
kelab antarabangsa mcm chelsea sebenarnya patut lawan kelab yg lebih power..kebanyakan team bola dr asia masih lagi d tahap paling bawah
apapun kelab besar biasa ke asia sbb peminat semata2 ...
apapun tahniah sbb kalahkan malaysia dan indonesia
Apepun, Indonesia lebih menyedihkan. Malaysia gol pun jaringan pemain Malaysia, Indon lak pakai imported player pun dpt own goal. Aku upset gila masa Chelsea official FB tu asyik Indon kutuk Malaysia je. Last2, lg la... terus jadi kepala bana. Cakap besar! Aku provoke abis Indon nye match results lak.
Sepatutnya, bila apa pun pertandingan, jgn libatkan la politik atau isu2 bodoh yg xberkaitan. Keruhkan keadaan, walhal kita semua seantero.
Mmg betul pun padang yg selamatkan maruah Malaysia tp pd aku, Malaysia patut gasak mereka dgn kebiasaan bermain padang mcm tu. Aku tgk live kt SSA, bila contoh mcm Kunanlan, Mahali atau MatYo buat larian & dribbling, defence Chelsea kucar kacir. Sygnya, byk simpan bola. Kalau keep shooting, ada peluang.
Aku betul2 impress dgn budak Betrand Traore tu, gaya ala2 Studge tp tak sombong, tak kedekut. Hazard is getting better & better, as well as Lukaku. Ginkel needs to tackle wise, jika x, mmg mudah sent off, tp vision game dia quite impressive. Kalas is our future Carvalho - fast & hati kering. Wallace ala2 Rafael ManU kot. De Bruyne mmg tgh in-form. Short or Long passing mmg mantep. Hopefully, Jose can sort it out sbb kte akan main byk game. Last season, Chelsea bermain lebih 60 games. Kalau kelab2 biasa EPL, baru around 45< games je. Pawerr...