Seperti dijangka Chelsea menang mudah 4-1. Gol pertama dijaringkan oleh Bertrand Traore selepas memanfaatkan hantaran lintang Kevin De Bruyne. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, Traore merupakan pemain muda dari negara Burkina Faso. Menyertai Akademi Chelsea dari kelab Perancis, Auxerre pada Ogos 2010.
De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 selepas melakukan tendangan voli menewaskan Farizal Marlias. Malangnya selepas menjaringkan gol cantik itu, dia terpaksa meninggalkan padang kerana cedera & kemudiannya digantikan dengan Islam Feruz.
Lukaku yang menjadi perancang untuk gol pertama Chelsea juga berjaya merobek gawang Malaysia untuk gol ke-3 perlawanan.
Moses melengkapkan kemenangan mudah Chelsea dengan menjaringkan gol ke-4 sebelum Malaysia mendapat gol sagu hati melalui pemain pertahanan, Mohd Fadhli Shas di masa kecederaan.
Satu keputusan yang sudah dijangka. Lawan dengan juara Eropah, konfem la kalah kan. Sudah tahu kalah, sepatutnya FAM aturkan perlawanan persahabatan menentang lawan setaraf seperti Bangladesh, Indonesia atau pun Myanmar. Sila contohi Thailand. Mereka guna pemain import dalam liga untuk lawan Chelsea, itu baru betul. Sampai MU pun kalah. Rajagopal cakap perlawanan persahabatan lawan chelsea ni sebagai persediaan untuk pusingan kelayan Piala Asia. Sepatutnya persediaan sebegini lawan dengan pasukan setaraf & bukannya dengan kelab eropah yang power. Baru kita dapat tahu tahap mana permainan bola sepak skuad negara. Tahu nak untung je FAM ini. Sudah lah kalah, ranking tak naik2 juga.
Itulah pasukan bola sepak negara kita sekarang. Tiada peningkatan. Dari segi permainan pula pasukan kita tiada identiti.Tak percaya, sila tanya penyokong Singapore, Thailand ataupun Indonesia. Apa kata mereka tentang bola sepak Malaysia. Kalau kau orang cakap masa ini lah kita nak bangkit & bangunkan semula bola sepak Malaysia. Ok teruskan. Aku tetap sokong apa2 yang positif untuk kemajuan bola sepak negara kita.
Ini kali lah..Pakar Experimen lawan Pakar Taktikal..dapat gol Last minit pun K.Rajagopal kata bagus,Setup Team Malaysia macam nak pilih Baju kt Shoping Mall "Pilih-pilih sampai letih",tak suka tukar mcm lori jual Tilam "Tilam Lama ganti Baru".Lagi baik game ngan Chelsea yang lepas,K.Rajagopal..Malaysia Boleh..Malaysia Boleh..
@SHAH345
- Rajagopal memang macam tu. Komen lepas kalah "Pasukan kita ada peningkatan"
"Pasukan kita telah bermain dengan baik, menyerang dengan baik, bertahan dengan baik"
blablabla... Kalah ke seri ke, ayat die macam tu lah. Saya kenal pemain saya, sampai matipun saya kenal pemain saya.
ayat last "kami dah buat yang terbaik".
Chelsea main rilek2 je, sebab semalam hanya pemanas badan. Last2 bolos juga sebijik nak kasi seronok player malaysia. Score sebijik riuh sekampung. Umpama 1 gol malaysia tu macam 4 gol chelsea.
@KC..
-Ayat mmg manis dari Rajagopal,mmg betul kata KC,HM dpt gol pun dah amat berbangga bg Mr.Raja.
-Chelsea main rilek..3 gol dr pemain muda yang jarang diketengahkan..ada pun sebab diketengahkan oleh team lain(LOAN).Sudah sampai masa JM bawa player muda main di SB.
Guys, Torres, Mata, Lampard semua boleh main di Jakarta. Tu xadil la kan...
Pasal Malaysia XI tu, sepatutnya dgn kelemahan pitch yg menyukarkan Chelsea aritu, digunakan sebaiknya. Chelsea pun xmampu nak main cantik sbb pitch mcm atas padang kt kawasan kampung. Masa gerakan MatYo tu semua, kelam kabut Terry & co., tp xnak shoot bila ada peluang, nak dribbling ke dalam, apa jadahnya. Aku tgk live ni, yg mmg main sedap MatYo, Aidil, Kunanlan, Mahali (on-off). Yg lain, biasak jek..
Aku bygkan kalau padang mcm Singapore nye ke atau rata, mmg kene kaw2 bolos.