10 tahun 10 pengurus 10 piala - Happy 10th Anniversary Roman Abramovich!

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 04, 2013

Pada 1 Julai 2013, genap 10 tahun Chelsea di bawah pemilikan Roman Abramovich.

Secara ringkasnya, Roman Abramovich membeli Chelsea dari Ken Bates & beberapa pemegang saham lain pada 1 Julai 2003. Beliau mengambil alih Chelsea ketika berumur 36 tahun. Dalam usia yang muda itu Roman datang & kemudiannya mengeluarkan modal yang cukup besar, terutama membayar hutang kelab, membangun pusat latihan baru & membawa pemain2 bintang ke Stamford Bridge. Hasilnya ia berjaya mengubah The Blues menjadi salah satu kuasa besar di Eropah.

Di bawah empayar Roman, Chelsea telah mengeluarkan banyak wang untuk membeli pemain. Bahkan kita dianggap antara kelab yang paling boros dalam transfer window. Selama satu dekad, Roman sudah membelanjakan 874 juta pound (RM4.21 billion) membeli 72 pemain. Berpuluh-puluh pemain yang datang ke Stamford Bridge, sebahagian berjaya, sebahagian yang lain gagal.

10 pembelian pemain termahal:
Fernando Torres (Liverpool) £50 juta
Eden Hazard (Lille) £35.2 juta
Andrey Shevchenko (AC Milan) £30 juta
Michael Essien (Lyon) £24.4 juta
Juan Mata (Valencia) £23 juta
Shaun Wright-Phillips (Manchester City) £21 juta
Didier Drogba (Marseille) £24 juta
David Luiz (Benfica) £21 juta
Ricardo Carvalho (Porto) £19.85 juta
Oscar (Internacional) £19.3 juta

10 penjualan pemain termahal:
Arjen Robben (Real Madrid) £21 juta
Yuri Zhirkov (Anzhi Makhachkala) £13 juta
Claudio Pizarro (Werder Bremen) £10 juta
Shaun Wright-Phillips (Manchester City) £9 juta
Eidur Gujhonsen (Barcelona) £8 juta
Asier Del Horno (Valencia) £7 juta
Tiago (Lyon) £6.8 juta
Ricardo Carvalho (Real Madrid) £6.7 juta
Scott Parker (Newcastle) £6.5 juta
Robert Huth (Middlesbrough) £6 juta

Pembelian terbaik bagi aku ialah Makelele, Ashley Cole, Cech, Drogba & Mata. Paling berbaloi of course Cech kerana kekal konsisten sampai sekarang. Worst buy ? Shevchenko, Kezman & errrrr Torres. Mereka ini bukannya tak bagus tapi perform tak bersesuaian dengan harga. Seperti Torres, kita semua expect more from him kerana apa yang dia lakukan di Liverpool. Torres belum justify nilai 50 juta itu dari segi scoring ability. So far, belum boleh dikatakan berbaloi lagi.

Berbalik kepada Roman Abramovich. Beliau juga dikenal sebagai pemilik kelab yang kejam. Kerap kali memecat pengurus yang dianggap tidak konsisten dalam menangani pasukan. Lihat nasib Ancelotti yang telah memberi dua gelaran di musim pertama tapi kemudian dipecat pada musim berikutnya. Begitu juga dengan Roberto Di Matteo yang mempersembahkan trofi Liga Juara-Juara pertama untuk Chelsea & kemudian ditunjuk jalan keluar.



Claudio Ranieri (2000-2004) 
Jose Mourinho (2004-2007)
Avram Grant (2007-2008)
Luiz Felipe Scolari (2008)
Guus Hiddink (2009)
Carlo Ancelotti (2009-2011)
Andre Villas-Boas (2011-2012)
Roberto Di Matteo (2012)
Rafael Benitez (2013)

Kejam tak kejam, 10 tahun 10 pengurus 10 piala. Jumlah pengurus yang kita miliki sama dengan jumlah trofi yang dimenangi. Ini semua hasil prinsip "kelab didahulukan piala diutamakan". Chelsea bukannya seperti kelab yang satu lagi itu menunggu 5 tahun baru dapat menang Carling Cup a.k.a Piala Mickey Mouse. Atau lebih teruk lagi mengharapkan seorang pengurus tua yang lebih dari 6 tahun tak menang apa2. Sejak berpincah ke stadium baru hanya mampu memenangi "piala" buatan sendiri.

Jadi, isu pengurus bersilih ganti tak lagi relevan & memberi apa2 kesan negatif kepada Chelsea. Malah pergantian pengurus secara regular membuatkan The Blues makin berkuasa.

Sejak ditakluki Roman Abramovich, Chelsea sudah memenangi 13 trofi (termasuk Community Shield). Dalam tempoh sedekad ini, hanya Manchester United sahaja yang telah melebihi prestasi Chelsea dengan 16 trofi. Disebabkan itu Arsenal cemburu pada Chelsea. Jika tidak kerana Chelsea, Arsenal pastinya kekal sebagai satu2nya kelab yang paling power di London.
  

  • Chelsea are the only London club to win the UEFA Champions League.
  • The only British club, to have won the three main UEFA club competitions.
  • The first club to hold two major European titles simultaneously.

Menurut sumber dari BBC Sport, jumlah pengeluaran Roman Abramovich selama 10 tahun dianggarkan sebanyak £683,75 juta

Berbelanja besar pastinya ada untung & rugi. Siapa cakap berbelanja besar hanya akan merugikan kelab. Selepas menjuarai trofi Liga Juara-Juara, Chelsea mengaut habuan £42 juta. Pada waktu itu juga, Liverpool hanya mampu meraih  £100,000 kerana menang Carling Cup. Ini beza menang piala berprestij dengan piala Mickey Mouse.

Rekod perolehan sebanyak £255 juta (AS$407 juta) meletakkan Chelsea antara kelab kelima terbesar dalam bola sepak Eropah.

Peningkatan pendapatan Chelsea yang luar biasa itu bukan sahaja disebabkan menjadi juara Eropah, tetapi juga faktor penjualan beberapa pemain.


Jose Mourinho & Roman Abramovich. Dua ikon penting dalam kejayaan sedekad Chelsea. Mourinho pengurus paling berjaya dalam sejarah kelab dengan membawa Chelsea merangkul kejuaraan liga buat kali pertama sejak setengah kurun yang lalu.

Namun sedikit pergolakan yang berlaku memaksa Mourinho meninggalkan Chelsea. Walaupun Mourinho menafikan konfliknya terhadap Roman Abramovich namun terdapat sumber yang mengatakan

Mourinho unexpectedly left Chelsea on 20 September 2007 "by mutual consent," although there had been a series of disagreements with Roman Abramovich.

Apa yang penting sekarang ini Jose Mourinho sudah kembali & Roman tentu mengharapkan Chesea akan mengecapi banyak kejayaan di bawah The Special One, lebih berjaya daripada period 2004-2007 ketika Mourinho pertama kali bekerja di Stamford bridge.

Kesimpulannya perubahan yang dilakukan oleh Roman Abramovich memang membuatkan Chelsea menjadi sebuah kelab yang lebih baik daripada sebelumnya. Mengubah Chesea dari sebuah kelab pertengahan liga menjadi salah satu pasukan yang paling digeruni di dunia.


 Kata Chairman Chelsea, Bruce Buck :

"Will Roman Abramovich become bored, having won all the major trophies? My answer is no. Can Jose Mourinho bring more success to the club? My answer is yes."

Pengambil alihan Roman Abramovich dari Ken Bates sememangnya memberi impak besar sehingga membuatkan ramai pengusaha mahu melakukan take over kepada kelab2 England yang lain. Yang terbaru Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis berminat untuk membeli kelab Crystal Palace.
 

Terdapat pro & kontra dalam pemilikan kelab oleh pengusaha asing. Pengambil alihan yang dilakukan oleh orang2 luar ini dianggap sebagai salah satu sebab mundurnya kualiti bola sepak England. Kemasukan pemain2 luar dalam jumlah yang besar membuatkan pemain local kurang mendapat kesempatan bermain.

Happy 10th Anniversary Roman!
 

0 Response to '10 tahun 10 pengurus 10 piala - Happy 10th Anniversary Roman Abramovich!'


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png