Sebagai peminat Chelsea, aku bersetuju jika Courtois kekal lagi bersama Atletico Madrid musim depan. Jika kembali semula ke Chelsea pun, dia hanya akan sekadar berada di bangku simpanan sahaja kerana Cech tetap menjadi pilihan utama. Jadi, Courtois boleh kekal lagi di sana untuk tempoh beberapa tahun akan datang & kembali semula bila Cech bersara.
Courtois ni boleh lah dianggap sebagai antara keeper muda terbaik di Eropah. Dia membantu Atletico meraih 3 gelaran (Europa League, Uefa Super Cup & Copa del rey). Aksinya ketika menewaskan Real Madrid dalam final Copa Del Rey sangat mengagumkan.
Bila Cech bersara (mungkin 4/5 tahun nanti), tak perlulah Chelsea bersusah payah nak pikir beli keeper baru kerana kita sudah ada Courtois !
thibaut courtois adalah antara isu yg bg aku adalah isu berat Chelsea. Mungkin org akan cakap, bagi loan je la kat mana2 kelab dulu. Aku tak nafikan mmg courtois msh muda n mmg Cech masih hot form lg.
Masalahnya disini adalah dgn taraf Courtois skrg yg hanya sbg player yg d loan tetapi dlm masa yg sama Courtois adalah penjaga gol antarabangsa Belgium yg mana Courtois skg adalah pilihan utama Marc Wilmots. Isu ini boleh meyebabkan seorang pemain mencari kelab lain atau meminta utk di jual kelab lain atau menolak utk sain semula kontrak.
Aku mungkin TIDAK check fakta sangat, tapi secara randomnya aku katakan hingga setakat ini, Thibaut Courtois adalah SATU-SATUNYA penjaga gol utama utk sebuah pasukan kebangsaan yg hanya memegang taraf sbg 'pemain loan di kelab lain'.
Ini bukan lagi soal player itu 'cinta'kan kelab tu atau tidak. Seorg player jugak memikirkan ttg kestabilan karier bolasepaknya sendiri. Harus ingat, kedudukan Courtois skg ni anytime je boleh ada permanent bid dr kelab2 besar serata eropah,khususnya di Sepanyol sendiri. jangan terkejut kalau berlaku sesuatu yg sama sekali di luar jangkaan.
To be top-key players & being respect as a legend to a club, kunci kejayaannya adalah kesabaran.
Courtois mesti bersabar sebab Chelsea bukan kelab yg hanya ingin dptkn Top4 atau nak kekal bermain di Eropah tanpa ingin memenangi piala, Chelsea are totally different-rich club yg pd aku, jelas Roman sendiri nak create history utk Chelsea.
Cuba tgk Branislav Ivanovic sendiri, bape lame xdpt main 1st eleven even dia dh cukup established-player sebenarnya? Chelsea kelab yang akan bermain lebih dr 45 perlawanan setiap season. Peluang tetap ada, cuma kesabaran & kesungguhan player tu sendiri penentu.
Sifat kesabaran pemain muda skrg dh xsehebat dulu, dgn agen yg mercenary, faktor itu-ini yg byk ganggu komitmen player tu gak, so if Courtois rasa dia lebih baik dr Cech, dia boleh ke kelab lain.
Tp sehingga hari ini, dia cuma ckp yg dia nak loan kat Atl.Madrid lg & nk cukup bersedia ambil alih tugas Cech dlm masa 3-5 thn lg. Maknanya, dia dh set up untuk kebaikan dia. Aku hrp dia kuat smgt & tabah. Selagi ada player Chelsea & manager Chelsea yg bijak & hormat player yg pergi loan tu semua, aku rs ms dpn Chelsea agak kukuh.
@farid fien
- apa yang kau cakap tu betul tapi kau harus ingat, Courtois tu masih under contract contract dengan kelab Chelsea. Jadi, jika dia nak keluar sekalipun, harus discuss dgn Chelsea dulu. Ia juga depend pada new manager chelsea musim depan sama ada nak terus loan-kan die di atletico atau tak.
Based on pada @maman cakap lah, Courtois kena bersabar. Kelabnya skrg ni Chelsea, european champions. So, dia harus bersabar untuk ambil peluang bermain 1st starter. Bukan senang nak ambil tempat Cech macam tu je. Cech dah nak hampir 1 dekad bersama Chelsea, so Courtouis perlu bersabar, ambil sedikit masa stay beberapa tahun lg di Atletico. So jika Cech dah nak umumkan persaraan nanti, dia boleh ready utk comeback ke Chelsea.
Ivanovic dulu masa join chelsea pada bulan Januari 2008, bukan terus2 je dapat main 1st eleven. Masa zaman Scolari hari tupun hampir nak dijual ke Ac Milan/Juventus. Tapi kerana kesabaran, bakat Ivanovic terserlah selepas dia menjaringkan dua gol penting masa chelsea kalahkan liverpool 3-1 di anfield (quarter final UCL). Masa tulah Chelsea lihat Ivanovic ni masih bernilai.
Zaman Ancelotti, baru Ivanovic kerap main dalam kesebelasan utama.
Kunci utama ialah kesabaran, seperti yang Maman cakap.
aku risau kalau2 mamat ni g kelab lain ;)
@farid fein, @KC, @Kalifah,...
Betul gak.. risau kalau2 dia mmg stay trus dgn Atl.Madrid sbb 3 tahun dh 3 piala (2 - UEL & Super Cup & 1 Copa Del Rey). Jd, dia mungkin xheran dah. TP aku hrp lepas Falcao blah, Atl.Madrid down, biar dia masih kuat smgt ke Chelsea. (Falcao dh sebelah "kaki" di Monaco - aduii..)
Ape pun, korg nanti xtgk Chelsea lwn Malaysia? Dgr khabar, JDT dpt pujuk Barcelona ajak friendly dlm bulan 8..? Wow.. Bagus la sbb kelab eropah sudi mai Malaysia. Atl.Madrid aritu lepak kat Singapore kan...