Chelsea - European Champions & The History Maker

Posted by KampungChelsea On Friday, May 17, 2013

1. Syabas Rafa & Chelsea kerana memenangi trofi Europa League. Trofi Eropah berganda untuk dua musim berturut-turut. Pencapaian ini bukanlah semudah yang disangka. Jika trofi Europa League mudah dimenangi, kenapa MU tersingkir awal kepada A. Bilbao musim lepas ? begitu juga dengan City yang kalah kepada Sporting Lisbon. Juara bertahan, Atletico Madrid turut dimalukan oleh kelab Russia, Rubin Kazan pada pusingan ke-16. Dalam apa2 jenis kompetitif sekali pun, jika sesebuah pasukan itu mara ke final & memenanginya tetap akan dianggap satu sejarah.

2. Ya memang Benfica beraksi lebih baik dari Chelsea namun di penghujung permainan itulah yang menentukan segalanya. Chelsea memanfaatkan peluang tersebut sebaik mungkin. Jika hendak kata Chelsea menang nasib, tidak juga. Dalam perlawanan ini ia berlangsung secara adil & saksama. Tiada apa2 kontroversi. Kedua-dua gol Chelsea juga sah. Torres menjaringkan gol solo hasil daripada usahanya sendiri, begitu juga dengan gol kemenangan Ivanovic menerusi tandukan. Benfica pula hanya sekadar memperolehi gol melalui sepakan penalti. Jadi apa yang nasibnya ? Ini semua hasil titik peluh & kerja kuat Rafa & pemain Chelsea itu sendiri. Kalau nak ikutkan sepanjang 90 minit, percubaan yang dilakukan oleh Chelsea lebih berbahaya berbanding Benfica. Sayang percubaan jarak jauh Lampard terkena palang. Jika peluang itu berjaya diterjemahkan, mungkin Chelsea boleh finish game lebih awal. Apa yang aku nampak Benfica ini bagus dari segi teknik permainan, cuma kurang fokus di penghujung permainan. Agak malang untuk menerima nasib yang serupa ketika perlawanan menentang Porto 5 hari lepas. Mereka kalah 2-1 juga hasil daripada gol lewat pemain lawan.

3. Harus diingat, Chelsea telah beraksi sebanyak 69 perlawanan pada musim ini, lebih banyak dari kelab England yang lain. Ditambah pula jumlah skuad yang terhad & hanya boleh pakai 1 sahaja striker untuk kompetitif Europa League. Final semalam juga, Chelsea beraksi tanpa beberapa tonggak utama seperti Hazard, Terry. Moses pula belum fit 100%. Berbeza dengan Benfica, mereka serba serbi lengkap & tidak mempunyai apa2 masalah dari segi kecederaan jika nak bandingkan dengan Chelsea.  Tidak apa alasan, melainkan penyokong & pasukan mereka harus akur dengan kekalahan kepada Chelsea.

4. Untuk perlawanan semalam, 1st half Chelsea hambar namun kita perbaiki balik apa yang tak kena pada separuh masa kedua. Malam itu bukanlah prestai terbaik Chelsea. Tetapi ya lah, walaupun tidak berada dalam hot form pun Chelsea masih berjaya menewaskan pihak lawan. Sukar untuk bermain 69 game semusim & beberapa pemain yang beraksi secara kerap mesti akan mengalami keletihan. Menentang pula lawan yang kuat seperti Benfica bukanlah satu ujian mudah. Mereka mempunyai skuad yang lebih lengkap berbanding dengan Chelsea. Cuba tengok list di bench Chelsea "Turnbull, Ferreira, Ake, Benayoun, Mikel, Marin, Moses." Ini sahaja pemain gantian yang kita ada.


5. Paling kesian ialah Terry. Dia terlepas dua final eropah berturut--turut. Tahun lepas di Munich, tahun ini di Amsterdam pula.Walaupun tidak bermain, kapten marvel tetap dibenarkan untuk mengangkat trofi bersama pemain lain. Kalah menang bersama, & meraikan kejuaraan juga bersama. Kalau kau orang perasan, dua kali terry tak main final, Chelsea dua kali juara eropah. Kali terakhir dia main masa final Champions League di Moscow 2008, Chelsea tewas menerusi sepakan penalti kepada MU.

6. Agak memalukan tiada sebarang gol dari Torres dalam saingan liga sejak tahun 2013. Namun di Europa League, dia telah menjaringkan 6 gol dalam 9 perlawanan. Semalam gol Torres pun sempoi, macam dia buat kat keeper barca, Valdes musim lepas. Melepasi bek2 lawan, kemudian gelecek keeper & score.


Ivanovic yang terlepas beraksi dalam final Champions League musim lepas menjadi man of the match dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan. Agak style gol kedua itu. Menerusi sepakan sudut Juan Mata, Ivanovic melompat & kemudiannya menanduk tepat ke bucu jaring lawan. Keeper Benfica hanya terpaku sahaja melihat tandukan "kereta kebal" dari Serbia itu.|

Aku confuse sama ada nak kata Ramires flop of the match kerana dia yang memenangi corner kick untuk Chelsea sebelum Ivanovic score. Azpilicueta ? hmm mungkin kerana handball nya itu yang membolehkan Benfica mendapat sepakan penalti & seterusnya menyamakan kedudukan.

Pujian buat Cahill untuk tackle last2 minit. Selepas Ivanovic score, Benfica ada melancarkan satu serangan balas. Kalau dia tak block shot Cardozo, mungkin Benfica akan mengajak kita bermain dalam extra-time.

7. Jika Mourinho sah menjadi pengurus Chelsea & Bayern Munich menjuarai Champions League, Uefa Supercup nanti pasti akan menemukan kembali Mourinho dengan Pep Guardiola. Mourinho vs Pep ? Pehhh.

CV Rafa Benitez
Valencia - Uefa cup 2004
Liverpool - Uefa Champions League & Uefa Super Cup 2005
Chelsea - Europa League 2013

8. Adakah Rafa telah mencapai KPI yang ditetapkan oleh Chelsea ? Ya. Top 4 spot & trofi Europa League adalah salah satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang interim manager. Cuba lihat rekod half season bersama Rafa :

Win: 28
Draw:10
Lose: 9
Menang : 28
Seri : 10
Kalah : 9

Kita tetap harus memberi kredit kepada Rafa. Menang dipuji kalah dikutuk. Itu satu perkara biasa. Penyokong pasukan lain pun janganlah menyelar sangat perbuatan penyokong Chelsea. Aku lihat penyokong pasukan lain pun kalau pasukannya kalah, mereka juga menyalahkan pengurusnya sendiri. Cuma situasi di antara peminat Chelsea dengan Rafa ini sedikit berbeza. Fans Chelsea sebelum ini kondem Rafa kerana komen yang dibuat oleh Rafa ketika di Liverpool sangat menyakitkan hati. Penyokong mana yang suka kalau pasukannya dikutuk. Cuma itu kisah lama. Bagi aku, ia tak menjadi satu masalah. Bagi fans Chelsea yang lain mungkin masih terasa tapi aku tidak. Aku lebih memandang ke depan, sentiasa look forward. Apa yang berlalu biarlah berlalu. Sekarang ini Rafa telah melaksanakan misi dengan cemerlang. Aku tetap kena beri pujian.

Terdapat jugalah pro & kontra semasa pimpinan Rafa. Sebelum rafa datang, kita hanya beza 4 mata sahaja di belakang pendahulu liga. Selepas Rafa ambil alih, kita 18 mata jauh tertinggal di belakang MU. Dan piala yang sepatutnya dimenangi seperti Fifa World Cup Club gagal dituntaskan selepas terkandas kepada kelab Brazil. Corinthians. Ditambah lagi selepas pada itu, kita tersingkir di semi final Carling Cup & Piala Fa.

Apa pun aku ucapkan selamat berjaya kepada Rafa. Selepas membawa Chelsea menjuarai trofi eropah kelas kedua ini, Rafa berhak dapat job2 besar. Mungkin PSG, Real Madrid, City atau Everton, siapa tahu kan ?

9. Stability penting, namun konsistensi itu lebih penting. Tiada guna kalau menang epl musim lepas, musim yang seterusnya tak menang apa2 piala. Jika anda seorang pengurus top club, dicurahkan dengan dana yang banyak, tapi anda gagal memenangi apa2 piala dalam satu musim itu, anda berhak dipecat.

10 tahun Chelsea di bawah era Roman Abramovich :
3x juara EPL
4x Juara Piala Fa
2x Juara Carling Cup
1x Juara Champions League
                                                                 1x Juara Europa League

Liverpool : 0 trofi
Chelsea : 3 trofi

11 trofi + 9 manager dalam tempoh 10 tahun. Walaupun manager bersilih ganti, Chelsea tetap gah mengisi setiap piala di kabinet trofi. Senang cerita, ada hikmah juga di sebalik setiap pemecatan yang dibuat oleh Roman.

10. Haters mungkin akan cakap Chelsea menang Mickey Mouse Cup. Apa pun ia tetap satu piala. Tak kira menang apa jenis piala sekali pun, ia tetap satu pencapaian yang hebat. Ok lah daripada tak menang langsung.

Sekali lagi ucapan tahniah dari aku untuk Rafa & semua pemain Chelsea. Wow Chelsea memenangi dua gelaran eropah dalam masa 12 bulan.

# Chelsea are the pride of England.
First English team to win the Champions League,Super Cup and Europa League
# First English team from London to win Champions League, Super Cup & Europa League.
# We make the English teams proud.

Berita gembira buat semua penyokong Chelsea. Terkini, Lampard telah menandatangani kontrak selama setahun. Wajar ? Ya ia lebih sekadar dari wajar. Seperti yang aku katakan sebelum ini, apa yang Lampard lakukan sangat mengagumkan. Menjaringkan 203 gol sambil melepasi rekod penjaring terbanyak, Bobby Tambling ialah satu pencapaian yang fantastik.

Jadi dia berhak memperbaharui kontraknya itu bersama Chelsea.

#legends #respect

9 Response to 'Chelsea - European Champions & The History Maker'

  1. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368743858783#c8547015633613655229'> May 17, 2013 at 6:37 AM

    Tu diaaa..Full page halaman sukan newspaper. ni baru seronok baca. scroll ke bawah mcm tak pandai tamat punya artikel.

    enjoy baca ko punye blog walaupun kdg2 tpaksa bertelagah pendapat ngn pembaca lain n mungkin gak dgn ko sendiri sbg admin. TAKPE, aku dudok tengah2 n adil dlm bagi pndpt apabila aku rasa perlu bg komen. aku boleh kritik org n org jugak boleh kritik aku balik n tu namanya 'accountability'. neutral je. takyah gaduh2. keep up a goodwork KC.

     

  2. ewanthology Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368758058900#c8333744685259958443'> May 17, 2013 at 10:34 AM

    yg penting tiap tiap tahun at least kena ada satu piala.

     

  3. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368762084796#c2265989948615335395'> May 17, 2013 at 11:41 AM

    tak sia2 aku berjaga kena bising dgn mak aku tengok live game ni..
    to be honest,aku memang berharap sangat chelsea menang,bukan sbb glory hunter.
    bg aku dgn usaha player2 chelsea sepanjang musim yg bg aku antara yg paling mencabar ni,mereka perlu dapat satu award sebagai 'booster' + menarik perhatian "to-buy-list player" utk meletakkan chelsea sbg club pilihan mcm apa yg hazard lakukan.
    bagi aku kemenangan ni,mmg satu kelegaan..dah byk kali tgk muka deject mereka musim ni..

    @farid fien..bg pandangan aku,artikel KC mmg tak pernah mengecewakan + percuma plak tu..
    tk mcm metro/kosmo,hangus duit singgit lebih aku baca artikel bola diorang yg fakta byk kelaut tu..
    kadang2 nampak mcm troll pun ada..haha..

     

  4. WH Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368763264295#c414935539312522178'> May 17, 2013 at 12:01 PM

    ni sape admin ni? best gila entri ni. puas hati baca. apa2 pun, sampai bila2 bangga dengan chelsea sebab perjalanan sebuah kelab bernama chelsea ni memang betul2 mencabar dari dulu sampai sekarang. pengaruh kelab chelsea maybe tak sekuat seperti kelab2 lain terutamanya 3 legasi merah; man united, arsenal and liverpool. tapi hari ini, ramai haters yg mula cemburu dengan chelsea. so chelsea's fans, we should be proud. KTBFFH.

     

  5. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368773943380#c7684851134212566106'> May 17, 2013 at 2:59 PM

    KC, Paolo Ferreira ko lupe letak. Great servant!

    Xpe.. Aku xrs ko nye post entri melemahkan syahwat, sbb aku rs blog ko sempoi. Just have fun with your own soul, right bro?

    Ko pnh predict kan yg Chelsea masih boleh top3 EPL & menang UEL? Alhamdulillah, it happens.

    This transition season is "ohhsemm". Mmg mcm roller-coaster tp itu yg buatkan kte terus syg Chelsea through thick & thin.

    The 1st London club to win UCL & now 1st club to win double europe elite cups in 2 years. Amazing achievement really. Talk about the past is good but creating the history is great! Love Chelsea never fade.

    #KTBFFH #HistoryMakers #KingofLondon #EnglandProud #WorldBrandingClub #TheGiantOfUeropeNow

     

  6. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368804042875#c751944697616050832'> May 17, 2013 at 11:20 PM

    Time player chelsea naik stage, perkara aneh tjdi, entah cmner boleh terlepas. Aku tak kisah sgt walaupun pada mulanya pengamatan mata aku mmg pelik.Sorg budak kecik rmbut blonde dr Liverpool yg mana hero nya Fernando Torres,.siap handshake ngn Platini lg tu n then melompat keseronokan. Epic legend punya budak, mesti dia senyum sorg tengok kalau dah besar panjang nnti.

    http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=abuIe_9J2G0

     

  7. http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368811498424#c1408780384260155334'> May 18, 2013 at 1:24 AM

    - thanks bro for ur support.

    Aku ada nampak juga scene budak kecik (belakang Torres). Macam mana die boleh terlepas dr sekuriti haha. Tengok reaksi Platini pun agak terkejut.

    @the malay male
    - yup setiap musim wajib kena ada satu piala. Di kelab besar sprt Chelsea, piala memang menjadi keutamaan utama.

    @ kakak jahat
    - Thanks utk pujian tu.

    Ya betul cakap kau. Bukan sebab gory hunter ke ape ke, sesebuah piala tu penting utk tarik attention pemain lain join kelab Chelsea. Macam Hazard musim lepas,. Lepas Chelsea menang champions League, dia terus tweet "im going to play with Champions League Winner"

    @Why Farouk
    - Thanks atas pujian tu.

    Ya memang pengaruh Chelsea tak sekuat MU, Arsenal & Liverpool. Namun pencapaian Chelsea untuk 10 tahun terakhir ini jauh lebih baik dari Liverpool & Arsenal. Mungkin peminat Chelsea di Malaysia tak seramai fans Liverpool tapi kita lebih berjaya drpd diorg jika nak ukur pencapaian terkini.

    Macam MU, Chelsea boleh bagi pressure kepada mereka jika Jose Mourinho ada. Sejak Mourinho jadi manager pada tahun 2004, pengaruh Chelsea lebih kuat dari MU. Lihatlah dua kejuaraan liga berturut-turut pada musim 2004/2005 & 2005/2006. Mungkin sejarah chelsea tak sehebat MU, cuma untuk pencapaian terkini, tak salah kalau aku cakap, Chelsea lebih power. Tahun ni chelsea dah beat 3x MU. Nak lagi power, kena
    lantik Mourinho balik lah haha.

    @ Mista Maman
    - Oh ye lupa pula nak tulis penghargaan utk p.ferreira. Yup, "great servant". Hampir 9 tahun bersama Chelsea, tak pernah merungut walaupun tak bermain secara regular. Dia juga pernah menyatakan hasrat utk menamatkan kariernya bersama The Blues. Dia pemain pertama yg Jose Mourinho angkut dari Porto masa tahun 2004. Waktu tu, Ferreira antara left back paling konsisten di Epl. Sayang kontraknya akan tamat pada hujung bulan 6 nanti.

    #lupa pula nak mention pasal david luiz yg tak berapa nak celebrate sgt dgn kejayaan malam tu pasal nak show repsect kepada ex-club.

     

  8. Mista Maman Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368852756952#c6640611040782171944'> May 18, 2013 at 12:52 PM

    Best wishes, @KC.

    Last game against Everton, don't miss it out, @KC.

    #KTBFFH

     

  9. Unknown Said,
    http://kampungchelsea.blogspot.com/2013/05/chelsea-european-champions-history-maker.html?showComment=1368862812003#c2498527551671148917'> May 18, 2013 at 3:40 PM

    chelsea boleh,horreey...

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis AndrĂ© SchĂ¼rrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png