Aduhai Torres. Akhir2 musim baru nak tunjuk belang. Kalau awal2 musim dia perform macam ini kan bagus. Tak adalah Chelsea nak fight untuk top 3 sahaja. Tapi aku faham, Torres ni akan perform bagus jika kita tidak meletakkan harapan yang tinggi kepadanya. Macam final Europa League lawan Benfica, aku tak expect pun yang dia akan score. Tapi benda yang kita tak expect tu lah yang dia akan tonjolkan kebolehannya.
Gol pertama dijaringkan oleh pemain terbaik Chelsea tahun ini, siapa lagi kalau bukan Juan Mata. Mata menyudahkan bola rebound selepas Tim Howard gagal menepis dengan baik rembatan Ba.
7 minit berselang, penyerang muda Everton, Steven Naismith mengikat kedudukan 1-1.
Kita terpaksa menunggu sehingga minit ke-76 untuk melihat gol kemenangan Abang Torres. Bermula dari umpanan Moses, Torres tanpa berfikir panjang terus merembat kencang menewaskan Tim Howard. Itu gol pertama Torres di EPL sejak tahun 2013. Dia menamatkan kemarau 18 perlawanan liga tanpa sebarang gol. Yang uniknya gol itulah yang membantu Chelsea meraih kemenangan & seterusnya mengekalkan kedudukan tiga teratas. Kalau perlawanan ini berkesudahan seri 1-1, alamatnya Chelsea terpaksa bermain play-off menentang Arsenal untuk decide top 3 spot.
Pujian buat pemain muda, Nathan Ake. Walaupun fizikal badan yang kecil namun gaya permainannya tenang & bersahaja. Dia juga memenangi anugerah Chelsea Young Player of the Year.
Jadi prediction aku tepat. Chelsea akhiri liga di top 3 & secara automatik beraksi di Champions League musim depan. Manakala Arsenal di kedudukan no 4 & terpaksa bermain play-off dulu sebelum layak secara sah ke liga berkenaan. Takziah buat Spurs kerana sekali lagi bermain di Europa League. Bukan nak kata yang mereka tak berhak untuk dapat slot UCL, cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka mengharapkan Arsenal kalah/seri tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau nak ikutkan pada 2/3 bulan lepas, Spurs sudah berada di kedudukan no 4, selesa mendahului Arsenal 5 mata di hadapan. Namun mereka kerap tercicir point, menyebabkan Arsenal bangkit dalam diam merampas balik kedudukan top 4 spot. Apa yang boleh aku katakan, musim ini Spurs tidak mengecewakan. Mereka push Chelsea & Arsenal sampai ke penghujung musim. Seperti yang aku katakan, jika beberapa bulan yang lepas Spurs lebih berhati-hati, mungkin mereka akan dapat tuntaskan objektif itu daripada Arsenal. So, they've only themselves to blame.
Sedikit fakta untuk dikongsi bersama :
# Kekalahan terakhir Alex ferguson bersama MU ialah tewas 1-0 kepada Chelsea
# Kekalahan terakhir David Moyes bersama Everton ialah tewas 2-1 kepada Chelsea.
Kepada Rafa Benitez, aku ucapkan terima kasih di atas jasanya membawa Chelsea menjuarai trofi Europa League & juga membawa Chelsea beraksi di Champions League musim depan. Oklah daripada tak ada trofi langsung macam Arsenal & Liverpool. Itu juga satu pencapaian yang impressive dari seorang pengurus yang berstatuskan interim manager. Walaupun satu demi satu piala terlepas, dan yang menang pun ialah trofi yang kita tidak jangka iaitu Europa League tetapi ini sudah dikira sebagai satu kenangan juga. Bukan mudah bagi seseorang manager yang sebelum ini tidak diberi sokongan oleh penyokongnya sendiri untuk menguruskan sesebuah kelab. Namun Rafa sudah melaksanakan tugas sebaik mungkin. Dalam keadaaan yang pressure, beliau mampu mentuntaskan KPI yang ditetapkan oleh board club. So kredit buat Rafa.
Aku selalu berpesan, tak kira siapa yang melatih Chelsea, kita tetap kena memberi sokongan penuh kepadanya. Lupakan kisah silam, dendam tidak dapat memberi apa2 penyelesaian pun. Apa yang dikatakan oleh Rafa di Liverpool itu hanyalah satu ungkapan. Manusia tak mudah lari dari kesilapan. Kutuk mengutuk tu satu perkara biasa. Ia sudah menjadi lumrah jika manager itu hendak bermain perang psikologi dengan kelab lain. Bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Mourinho pun kerap kali mengeluarkan kata2 tidak enak terhadap pasukan lain. Itu perkara biasa. Orang cakap mind games. Tak syok kalau minat sesuatu team itu tanpa sebarang tekanan.
Jika kau orang baca entri2 blog kg chelsea sebelum ini, aku tetap memberi sokongan kepada Rafa. Cuma kritikan itu tetaplah harus dilontarkan jika beliau ada melakukan perkara2 yang tidak masuk akal.
Ini masa yang tepat untuk aku ucapkan selamat tinggal kepada Rafa. Semoga beliau berjaya di kelab yang seterusnya pula.
tahniah buat chelsea ;)
erm... aku tengok nathan ake ni teringat kt former player n manager chelsea.. ruud gullit.. cuba tengok gambar yg KC post tu.. sebijik cam dia kan....
tp aku tak kesempatan lg tengok dia ni main..
kita byk sia-siakan peluang kalau paling sedikit pun kita dpt gol ialah 3-4biji ....ba x menjadi langsung ........
torres ni pulak akhir2 byk membantu chelsea kalau dia perform macam ni selalu d awal musim kan bagus ;) ehheheh harap2 musim dpn dia teruskan macam ni....
apapun tahniah chelsea kerana berjaya ke ucl next season ....
tq rafa sbb berjaya membawa chelsea ke tahap ni ;)....
Brilliant ending!
Today's Petr Cech birthday of 31st. Legend! MOTM last night against Everton.
Spurs disappointed as Arsenal grab the last UCL spot.
@KC, you should mentioning Lukaku scored a hat-trick for Baggies to make a great comeback with thriller of 10-goals. 1 words to describe Lukaku is "Ohhseemmmm".
Anyway, 27th July 2013, our beloved Chelsea coming to Malaysia. KTBFFH!
yeah lukaku hatrick semalam ;) bagus utk dia ;) heheheh spur kena akur sbb ni dr kesilapan dorang sendiri
aku x dpt g nanti kalau chelsea dtg ke malaysia hehe aku duk jauh dr semenanjung ahhahahaha....kim salam dgn dorang kalau ada sapa2 yg g jumpa chelsea
@pohpaleh
- ha'ah muka sebijik macam ruud gullit. tu kira gullit zaman muda hehe. Ake main midfield, Gullit pun main midfield juga.
@ mannerohady
- hmmm ba memang tak menjadi. Dapat bola pakat shoot je tanpa tengok arah nak shoot tu haha.
tp first gol chelsea hasil daripada rembatan Ba. Kalau tak, Mata tak dapat buat follow-up.
@mista maman
- aku nak mention tapi last2 terlupa sebab banyak sgt benda yg bermain di fikiran aku.
dalam entri yg lain, aku akan mention juga pasal lukaku score hatrik lawan menyu tu.
Terbaik! Xpe @KC. Lgpun, Chelsea mmg byk turun-naik, inside-outside stories, mmg boleh missing out kat byk benda. TP, aku salute la entry2 ko. Brilliant piece, @KC. Keep updating the news of Managers & Players transfer in & out from Chelsea, ok. Hahahah
Perghhh smart gambar Torres!