David De Gea...Do You Like It ?

Posted by KampungChelsea On Monday, May 31, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Betul ke tak, aku tak tahu...Cume aku boleh cakap satu news telah melaporkan bahawa MU dan kem kite sedang memantau perkembangan goalie muda Atletico Madrid, David De Gea.

Perfomance hebat De Gea telah membawa team Atletico menjuarai Liga Eropah pada musim lalu dan menyebabkan kem kite serta MU "jatuh hati" kepadanya.

Pihak dari Atletico khabarnya tidak akan melepaskan gaolie mude diorang itu kecuali jika ada kelab yang sanggup bayar dengan harga 30 juta pound untuk De Gea.Gile ke ape, 30 juta pound untuk De Gea yang baru berumur 19 tahun merangkap umur budak sekolah form 6 high.

De Gea juga telah mendapat kepercayaan di pentas antarabangsa.Dia telah masuk dalam list 30 pemain Sepanyol untuk Piala Dunia 2010.

Jadi, ape opinion korang ? David De Gea...Like it ?

P/S : Macam mana pulak dengan Joe Hart,Kasper Schmeichel dan Matej Delac ?

Didi Cool !!!

Posted by KampungChelsea On Monday, May 31, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Lihat 0.25-0.30....Free kick Didi...Memang terbaek !!!

50 Million Pound For The Two Argentina ?

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 30, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Setuju tak kalau aku cakap, 50 juta pound untuk dua pemain argentina ?

15 Juta pound = Angel Di Maria (Benfica)

35 Juta pound = Sergio Kun Aguero (Atletico Madrid)

Kun bersama dengan bintang kecik molek argentina, Maxi Moralez..bukan Maxi Rodriguez fool tu...

Brilliant cross & passing,high skill,good shooting,speed underground.15 juta pound mmg sesuai untuk die di kem kite sekarang

Goal Of The Season 2009/2010 Part 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 30, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Cube lihat gol kedua didi...It's a cross goal.Ia sememangnya gol "passing" dari Didi.Selepas habis je match, Didi mengatakan die berniat untuk membuat cross bola tersebut kepada Kalou tetapi lain plak jadinya coz cross tersebut singgah ke jaring gol.Memang gol terbaik.!

, |

Top 10 Player Rumours At Stamford Bridge

Posted by KampungChelsea On Saturday, May 29, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kat bawah ni, terdapat 10 pemain yang dikaitkan dengan kem kite sekarang.Ape yang boleh aku cakap,ia hanyalah khabar angin semata-mata.Believe the truth.!

1.Fernando Torres (Liverpool) ~10 bintang ~
2.Neven Subotic (Borussia Dortumund)  ~ 4 bintang ~
3.Angel Di Maria (Benfica) ~ 7 bintang ~
4.Franck Ribery (Bayern Munich) ~ 1 bintang ~
5.Sergio Aguero (Atletico Madrid) ~ 2 bintang ~
6.James Milner (Aston Villa) ~ 8 bintang ~
7.Javier Mascherano (Liverpool) ~ 10 bintang ~
8.Edin Dzeko (Wolfsburg) ~ 5 bintang ~
9.Zlatan Ibrahimovic (Barcelona) ~ 5 bintang ~
10.Luka Modric (Tottenham Hotspur) ~ 9 bintang ~

Nota KC : Yang aku bagi jumlah "bintang" tu menunjukkan betapa mengarutnya news rumours transfer tersebut.Semakin banyak jumlah bintangnya tu, semakin mengarutlah news tersebut.

Warna bintang merah : Menandakan ia tersangatlah mengarut news transfer tersebut

Warna bintang biru : Hampir2 ke kem kite, tapi akhirnya gagal.

Tak de warna : Neutral....

Masalah Peribadi Sila Tolak Ke Tepi

Posted by KampungChelsea On Saturday, May 29, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Seperti mana yang korang tahu, JT dan Ashley Cole sempat seketika mengalami masalah peribadi.Tapi bagi CA, die tidak pernah terpengaruh dengan masalah itu.

Masalah Terry dan Ashley Cole khabarnya telah menyebabkan sedikit kekecohan dan pergaduhan.Tak tahu sama ada team-mates atau orang luar.Tapi ia sangat bernasib baik kerana masalah tersebut tidak mempengaruhi perfomance kem kite di atas padang sehingga ke akhir musim.

CA mengetakan bahawa, media England lebih suka membicarakan mengenai gossip mengenai masalah pemain di luar padang dan bukannya taktik atau cara permainan pemain di atas padang.Tapi ini chelsea,lah.Masalah peribadi dengan perfomance di atas padang lain criter.Lampard dan kem kite sukses meraih 2 trofi jugak musim ni,kan ?

Untuk pengetahuan korang, media England dengan media Itali sangat berbeza dari segi personaliti kemediaan mereka.Media Itali lebih fokus kepada cara dan taktikal susunan pemain.Mereka tidak suka membocorkan peribadi luar dalam skuad pemain tersebut.Berbeza dengan media di England.Mereka lebih berminat dengan kehidupan peribadi seseorang pemain itu,lebih2 lagi jika pemain tersebut berstatuskan star dan berwajah jambu.

 Siapakah "mangsa" terbaru Vanessa Peroncel selepas ini ?

Free transfer.! Sape nak ? Aku ade no.phone die....

Sebelum & Selepas

Posted by KampungChelsea On Friday, May 28, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
BERITA SEBELUM : ( JM sarankan Kaka ke Stamford Bridge )

Bintang Real Money yang tersisih, Kaka sekarang ini sangat diminati oleh CA.Maybe peluang kaka ke kem kite akan berjalan dengan lancar kerana ramai pihak mengatakan posisinya bakal terancam pada season depan.Ceh terancam ? cam spesies hidupan liar yang terancam je kaka ni

Ape yang akan membuatkan posisi kaka berada dalam keadaan yang bahaya ?

Jawapannya ialah Jose Mournho.

Selepas Pellegrini dipecat, Jose Mourinho telah diiktiraf sebagai manager baru Real Money.Kedatangan JM ke real pastinya ada alasan yang tersendiri.JM menegaskan dia akan bersikap tegas dengan semua pemain star di skuad santiago bernabeau tu.

Kaka seolah-olah sukar untuk mendapat kepercayaan di bawah pengurusan JM.Tambah nasi ayam berani lagi, JM menyarankan agar Kaka segera mencari kelab baru yang sesuai dengan jiwa raganya itu.

Tamat berita sebelum.

 BERITA SELEPAS : ( JM mahu Kaka stay plak di Santiago Bernabeau )

JM berfikir balik dengan membatalkan niat murninya itu untuk menjual Kaka ke Chelsea.Dia berharap dia akan dapat bekerjasama dengan Kaka di Real Madrid.Pulak dah...

Kata JM

" Kaka sudah hilang konfiden pada dirinya serta starnya itu.Saya tak de masalah untuk membantunya kembali ke prestasinya yang terbaik"

JM yakin die akan mengembalikan prestasi terbaik Kaka seperti mana yang die telah lakukan kepada Sneijder, Eto & Milito di San Siro.

Ape pulak kata CA & kem kite mengenai perkara ini ?

Tamat berita selepas...

Teka teki aku untuk pembaca posting ini,

Antara berita sebelum & selepas, mane satu yang betul dan mane satu yang salah ? Yang benar2 akan terjadi nanti ?

The Bison Out For World Cup

Posted by KampungChelsea On Friday, May 28, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Report yang diterima dari BBC Sport, Agensi Bola Sepak Ghana (GFA) telah melaporkan bahawa Essien tidak akan bermain di piala dunia nanti.

The Bison ini masih lagi dibelenggu dengan kecederaannya itu.Khabarnya Essien tidak akan pulih sehingga akhir bulan 7 nanti.Sempat sebelum season 2010/2011 bermula ? Aku rase sempat...

GFA menyatakan keputusan untuk tidak membawa Essien ke Afrika Selatan.Ia dilakukan selepas mereka berbincang secara terperinci dengan kem kite.

Kali terakhir Essien beraksi bersama Ghana semasa di kejohanan Piala Afrika awal tahun ini

Bosannya Hari Sabtu tak de EPL...

Posted by KampungChelsea On Friday, May 28, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Alex Ferguson : Oh, so sad..our team was lose 2 times to your team,Carlo...Next season we will beat u.!

Carlo Ancelotti : Hurm, you wrong chewing gum.! Your team lose 3 times la...Still remember Community Shield in first season ?

Alex Ferguson : Oh, ok..please forgive me,baby...Ala,this season we have one good trophy jugak...

Carlo Ancelotti : One good trophy ? You means, carling cup ? Haha for me, carling cup just like a trophy budak2 sekolah...We have 2 brilliant trophy this season,very better than your trophy,right ?

Alex Ferguson : ......................................... Sori Carlo, i wanna go to toilet jap...Next time ar i talking2 with you...Before that, please pay bill my drink erk ?

Carlo Ancelotti : Ceh, air sirap 20 senpun cannot pay,.?

Jangan Jual Mahal.!

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 27, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Joey nak gaji 100 ribu pound seminggu.Pihak pengurusan kite menolaknya.Apebile, requestnya ditolak, Joey nak blah dari kem kite.Kire merajuklah konon sebab tak dapat gaji high.

Tapi pihak pengurusan kem kite sekali lagi mengingatkan kepada Joey dengan menyatakan jika die berada di kelab lain seperti Spurs, jangan terlalu mengharapkan gaji yang diinginkan olehnya itu.

Senang aku cakap,kalau die keluarpun dari kem kite, gajinya mungkin tetap tidak berubah seperti yang die terima sekarang di kem kite.

Persoalan hangat dari aku ialah mampukah pihak pengurusan Spurs membayar gaji yang diinginkan oleh Joey setiap minggu ?

Untuk pengetahuan korang, gaji yang paling besar yang diterima di WHL adalah Ledley King iaitu 70 ribu pound seminggu.Joey nak 100 ribu pound seminggu,ape cite ?

Pihak dari spurs nampaknya sukar nak memenuhi request dari Joey tersebut kerana mereka sekarang tengah melalukan proses mengawal struktur gaji setiap pemain mereka.

Pesanan aku kepada Joe ialah lupakanlah gaji besar yang ko nak tu dan stay jelah kat Chelsea.Gaji yang ko terima sekarangpun ape kurangnya,kalah jugak gaji pensyarah kat Malaysia nih.

P/S : Pihak kem kite tiada masalah nak kekalkan Joey untuk next season jika die tidak merungut lagi mengenai kenaikan gajinya itu.So, jangan jual mahal,Joe.!

World Cup..Oh World Cup

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 26, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Tak lame je lagi pentas Piala Dunia 2010 versi zoo afrika akan dibuka...Bile ? Rileks, tak lame je lagi...Bulan 6 ni pastinya menjanjikan kegilaan bola sepak wujud di seluruh dunia

Kat bawah ni aku senaraikan list player2 kite yang mewakili negara masing2 n pastinya akan beraksi di world cup nanti,sape tahu,kan ?

Ivanovic (Serbia)
Ashley Cole (England)
The Bison (Ghana)
Carvalho (Portugal)
Abang Frankie(England)
Joey(England)
Didi (Ivory Coast)
Mikel (Nigeria)
Ballack (Jerman) ~not available coz bad injured~
Malouda (Perancis)
Bosingwa (Portugal) ~play in wc ? not sure~
Paulo Ferreira (Portugal)
Deco (Portugal)
Kalou (Ivory Coast)
Nemanja Matic (Serbia)
JT (England)
Nik (Perancis)

P/S : Yang aku mark dengan pen merah tu ialah player & team feveret aku untuk wc 2010.

 Spirit Of 1966...

Eh,? Cam tangan JT je yang pegang trofi WC bulan 7 ni...

Apekah Kesudahan Transfer News Kali Ini Pulak....

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 26, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Melihatkan tajuk2 transfer news di dada akhbar seluruh dunia sememangnya menarik perhatian orang ramai.Lebih2 lagi kalau ia ade berkait rapat dengan kelab2 hebat seperti Chelsea.Namun jika dilihat dari sudut isi tersiratnya, adakah ia benar2 terjadi transfer news untuk kem kite kali ini ? Hanya masa dan wang yang menentukannya.

Bukan nak berkata ia news yang mengarut,tetapi jika ia dilihat dari sudut realiti ia memang akan benar2 terjadi.Aku enjoy dengan season kem kite, namun aku tidak enjoy dengan transfer news kem kite.Lebih2 lagi jika ia mengaitkan 2/3 player yang sangat mengarut.

Every year, kem kite always mendapat transfer2 news yang terbaik seperti cuba mendapatkan striker sensasi sepanyol,David Villa, serta Ronaldinho, Kaka,Torres, dan seumpama dengannya.Tapi apekan daya,news tersebut bagaikan kera mendapat bunga.Last2 habukpun tak dapat.

Dulu bercerita bagaikan riuh sekampung , kem kite berminat untuk mendapatkan David Villa.Begitu jugak dengan "Tawaran 40 Juta dipersetujui oleh agen David Villa".David Villa hampir2 ke England untuk chelsea."

Dan tengoklah sekarang,sape yang cium bau tahi yang wangi itu ? Barca yang dapat, kita yang melepas.

"Jika nak bercakap besar,memanglah mudah, tapi bile nak berusaha untuk mendapatkannya, memang susah."

Korang faham2 lah sape yang aku maksudkan untuk ayat kat atas ni

Aku nak tengok ape yang akan terjadi dengan muke2 di bawah ini apabila tingkap transfer ditutup nanti

Start dari zaman JM lagi, mamat ni memang ade kaitan dengan kem kite.Tahun lepas dah wat bid,tapi gagal.Camner plak untuk season ni ?

Nak hampir2 je untuk dapatkan mamat sepanyol ni.Tapi Barca sekali lagi berjaya "mencuriknya".Still remember kes Daniel Alves ?

Very hot transfer kalau ia benar2 berlaku.Cuma dari segi harga,memang buat aku nak makan kepala lembu...

Tidak lupa dengan mamat ini.The Last New Blues Standing.Jika gagal jugak, lupakanlah nak makan kenduri di rumah Lisa Surihani...

Yang terbaru ialah Yaya Toure.


Semua muka2 di atas ini dikaitkan dengan kem kite untuk next season.Bukan sahaja next season,ade jugak yang dari zaman JM lagi , transfer news ini tentang seseorang ini diwujudkan.Tapi adekah transfer2 news diorang ni bakal berlaku di kem kite nanti ?

Aku tak mahu cium tahi lagi kali ini...

Edisi Istimewa : Peringatan Kepada Real Money

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 25, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Criter mengenai Jose Mourinho sememangnya tak akan puas,lebih2 lagi blogger chelsea macam aku.Jose Mourinho, antara seorang lelaki yang sangat istimewa bagi aku kerana disebabkan dielah aku tergila-gilakan chelsea.

Ape2pun tahniah sekali lagi aku ucapkan kepada JM kerana sukses memenangi trofi UCL untuk Inter.Destinasi terbaru pastinya di Real,kan JM ?

JM sekarang ini mengeluarkan peringatan dan amaran yang keras kepada Los Galactiduit.Ape peringatan keras dari JM itu ?

Sila hayati betul2 ape yang diungkapkan oleh JM ini...

"Saya ingin berjumpa dengan mereka secara face to face dan mendengar ape kemahuan mereka yang sebenar.Saya ingin memastikan bahawa semasa saya bekerja di sana, tiada sebarang keraguan dan kebimbangan yang berlaku."

JM menjelaskan lagi

"Inter sekarang ini adalah super star.Mereka juara Eropah.Pesanan saya kepada pemain Real Madrid ialah mereka bukanlah bintang, dan managernyapun bukan bintang.Jika mereka menerima kenyataan dan hakikat ini, mereka akan menjadi seperti PORTO,CHELSEA dan INTER dan kejayaan pasti akan tiba"

Looks,statement of the special one.Terbaik dari ladang.


Amacam Real Madrid ?

P/S : Pesanan aku kepada Arsene Wenger,Alex Ferguson & Fara Benitez, "Sila contohi JM & CA jika korang nak trofi terbaik every season"

Video Abang Frankie 2009/2010

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 25, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Its really stupid that he was beaten by Fletcher in the PFA team of the year.Frankie should win it, Fletcher ? So blind that judgment.!

England 3 Mexico 1 - Wembley Pencetus Gelora Asmara Dana

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 25, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ulasan bagi post ini disambungkan kepada link ini

Luahan Hati Duka Ballack

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 25, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dengan kecederaan yang dialami, Ballack mengatakan tiada lagi peluang untuk die beraksi di piala dunia nanti.

"Ramai yang call saya n beri support, tetapi saya tidak percaya kepada keajaiban.Lupakanlah piala dunia.Saya memiliki doktor yang istimewa dan saya percaya sepenuhnya kepada die.Untuk menyembuhkan kecederaan lutut saya ini tidak mengambil masa yang singkat dan jelas saya katakan tiada lagi peluang untuk saya beraksi di piala dunia nanti," kata Ballack.

Ape Kes Nak Beli Player Ayam Ni ?

Posted by KampungChelsea On Monday, May 24, 2010 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Percaya atau tidak, akhbar The People memberitahu CA menginginkan pemain tengah Liverpool, Javier Mascherano sebagai centre midfielder untuk musim depan.Mascherano antara salah satu pemain idaman CA.Mascherano ? How a bad tast carlo,choose another player ar.!

Khabarnya lagi kem kite siap menawarkan 20 juta pound untuk mendapatkan bintang Argentina ini.

Tidak lupe juga untuk aku beritahu, bukan sahaja Mascherano, tetapi kem kite juga berminat untuk mendapatkan Yosi Benayoun jika joe cole berpindah ke kelab lain.

Komen aku mengenai transfer news ini ialah "Ape kes nak beli player2 ayam ni ? Kalau Torres, aku boleh lagi tahan kentut, tapi ni mamat kerek argentina dengan mamat yahudi zionis tupun kem kite nak ? Adoiya.

Kalau benarlah transfer ini berlaku, aku akan bagi satu statement iaitu "The Most Joke & Silly Transfer News that i have heard and get.!"

P/S : Banyak lagi player2 yang sesuai seperti Schwensteiger,Angel Di Maria,Mesut Ozil,Riquelme,Pato,Kaka.Please ar,don't buy some "food" yang dah basi.

 Macam ayam berak kapur je 2 ekor mamat ni....

Tukar Joey Dengan Modric.Ape Macam ?

Posted by KampungChelsea On Monday, May 24, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ballack maybe balik semula ke jerman dan begitu juga dengan Deco yang akan ke tanah airnya,Brazil.Apekah nasib Abang Joe Cole plak ?

Masih jelas untuk aku katakan yang masa depan joey semakin samar di kem kite.Sehingga sekarang, joey masih belum menandatangani kontrak barunya itu bersama kem kite.Sama ada berhasil pujukan "comel" dari Abang JT,Lampard & the geng namun Joey masih nampak berkeras hati dengan tetap mahu melayan nafsunya itu.

Dengar cite, Harry Rekdnap,manager Spurs merangkap bekas pengurus Joey di Upton Park suatu ketika dahulu berminat untuk membawa Joe ke WHL next season.Dengan Spurs yang layak ke UCL next season, maybe kudrat pemain experience seperti Joe Cole amat diperlukan oleh Harry Potter,eh silap Harry Redknap.

Jika transfer ini sukses, Harry Redknapp tidak perlu lagi memikirkan proses kewangan bagi perpindahan Joey ini.Ayah kepada bekas kapten liverpool,Jamie Rekdnapp ini akan membuat satu kontrak lengkap besertakan dengan gaji yang diinginkan oleh Joey.Untuk pengetahuan korang, transfer Joey ke WHL ialah berstatuskan free transfer.
Joey berkemungkinan besar akan mengisi posisi yang ditinggalkan oleh Luka Modric.Playmarker Croatia ini bakal menggantikan tempat Joey di kem kite.Aik ? Nak gune sistem barter ker ?

Jose Mourinho "The Istimewa Satu"

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 23, 2010 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Di bawah ini antara luahan cetusan hati oleh JM selepas sahaja die membawa Inter menjadi Juara Eropah season ini.Tidak lupa jugak aku sertakan maksud yang tersirat di sebalik cetusan hati dari uncle spesesl kite ini :

"Inter is my house the same way Chelsea is my house. It was difficult to leave Chelsea and difficult to leave Inter. But that's life. That's football. 

Tengok ? Ke mana die pegi, he always talking about kem kite.JM memang still sayang dengan kem kite.Mungkin time die di santiago bernabeu nanti, die pasti tidak lupe untuk berbicara dengan kem kite n inter plak,kan ?

Dalam bola sepak, kite tak boleh stay in that place with so long time wherever we like and love it so much.In football, we must carry on with our career.Yang lame menjadi kenangan terindah, yang baru dijadikan cabaran dan dugaan,right ? Inilah dunia bola sepak.!


Now I have two houses, Stamford Bridge, San Siro and probably a third house, the Santiago Bernabeau."

Third house di Santiago Bernabeau ? Dah boleh nampak ke mana hala tuju die selepas ini...hehehe

"My target now is to win the Champions League with a third club and then come back to England."

Oklah, kesimpulan yang dapat aku buat sekarang ialah game dengan bayern pagi tadi maybe match terakhir JM untuk Inter Milan.Selepas ini, ape yang die akan buat ? go for Real Money ? or back for the blues champions ?

Mari aku cuba ringkas n jawab sedikit persoalan ini,

Di Porto die sukses meraih trofi UCL untuk first time dalam hidupnya, second adalah pagi tadi dan kali ketiga ? Maybe di Real Money.! and then, he back to England again and manage english club.Which english club ?

Lu fikirlah sendiri....

Shhh...The Special One is coming....

Antara Kaka & Jose Mourinho

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 23, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Actually tak de mengena ape2pun mengenai JM dengan Kaka.Saje je aku gabungkan 2 news dalam satu posting.Anyway biar aku criterkan melalui transfer news Kaka dulu and then baru JM.

Kem kite seperti biasa sedang berusaha untuk mengambil peluang terbaik membawa Kaka dari Santiago Bernabeu ke stamford Bridge.Berdasarkan news ini juga, CA telah hampir pasti mengesahkan bahawa dia sangat yakin untuk membawa kaka ke kem kite.

Kem kite khabarnya telah menyiapkan tawaran yang besar terhadap Kaka yang nampak kurang bahagia bermain bersama Real Madrid.Untuk pengetahuan korang jugak, CA mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan Kaka.

CA dan Kaka pernah bekerjasama di AC Milan dulu.CA sendiri mengatakan dia memerlukan Kaka untuk mengganti tempat Joe Cole dan Deco yang berkemungkinan akan keluar dari kem kite nanti.

CA cukup yakin bahawa RA pasti akan menyiapkan wang sebanyak 40 juta pound untuk mendapatkan bintang Brazil dan bekas pemain terbaik dunia ini ke London Bridge.

P/S : Sebenarnya news2 camni aku dah chuak dah dengar.Every year and every season, kem kite always ade news2 transfer yang hebat tapi tengok ar,last2 habukpun tak dapat.Cmner plak dengan Kun Aguero,jadi beli ke x ?

By the way, tahniah kepada JM & anak buah speselnya tu kerana sukses menjadi champions UCL 2009/2010.Taktik mantap,player super power.Inter memang layak menang dan jadi juara.

Bayern serang tak henti2 tapi langusng tak boleh nak score walaupun satu gol.Tengok sahajalah possesion Bayern pagi tadi,cukup2 baik tapi nak wat camner inter punya defend terbaik dari ladang.Pesanan aku kepada Milito, ko memang striker hebat.2 shoot, 2 gol.Try kalau lu shoot lebih 5/6 kali, konfem inter menang besar,kan ?

Sekali lagi aku ucapkan tahniah kepada JM.Ke mana hala tuju JM selepas ini ? Real Madrid ? Same2 kite fikir sendiri erk.

P/S : Next posting is Jose Mourinho "The Special One"

Internazionaleleh.!

Posted by KampungChelsea On Sunday, May 23, 2010 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Milito Hero Of Santiago Bernabeu....Internazionale,memang tangkap leleh habis.! JM Champions.!

Pakar Taktikal Tapi Tidak Mempunyai Seni Bola Sepak

Posted by KampungChelsea On Saturday, May 22, 2010 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bukan aku yang cakap,tapi Robben yang cakap.

"JM is a master of tactical and he is not football art lover.I'm very like my team now that play beautiful football."

Mesti JM akan balas balik komen ini dengan berkata "Wat pe kalau main cantik tapi tak menang.Wat pe kalau main cantik tapi tak boleh trofi.Bola sepak bukanlah sekadar untuk menunjukkan permainan yang cantik sahaja.Yang penting adalah kemenangan dan kemenangan tersebut datang dari hasil titik peluh kita sendiri.Kalau nak main cantik,pi ar main bola tampar kat pantai tu.

P/S : Kepada fans & team arsenal,jangan terase erk....

Who Gonna Be A Champion ?

Posted by KampungChelsea On Saturday, May 22, 2010 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Kem Munich tiba di Bandar Barajas berdekatan dengan Bandar Madrid semalam.Miroslav Klose bersama dengan pemain mude munich,Mehmet Ekici.(kiri)

Ex-attacking midfielder kem kite, Arjern Robben wakil dari kem Munich sempat memberikan ceramah kepada media2 yang bertajuk "Kami akan buat yang terbaik.!"

Dan persoalan sekarang, Who Gonna Be A Champions League this year ?

Anak buah Loius Van Gaal atau Anak buah The Spesel satu ?

P/S : Sori kalau post ini tiada kaitan dengan kem kite.Tapi ape salahnya kalau post2 scene ni kkdg,kan ? News pasal kem kite sekarang tak gempak mane, harapkan transfer news je.Tupun nampak cam rumours je.

Hanya 2 Pemain Baru Sahaja

Posted by KampungChelsea On Friday, May 21, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Bruce Buck, pengerusi kem kite, mengatakan kem kite hanya akan membeli 2/3 pemain baru sahaja untuk transfer window nanti.

"CA akan mendapatkan beberapa pemain baru, kerana kita jugak akan melepaskan dua pemain," kata Buck.

Ballack dan Deco pastinya akan dilepaskan.Ballack maybe back to Germany and Deco ke sambal belacan,Brazil.

Buck jugak membebel kem kite akan pasti memperbanyakkan player muda di skuad senior.Ini pasti akan memberikan banyak kesempatan kepada pemain dari team junior.

Buck jugak sempat menyentuh mengenai isu Lampard ke Real Madrid

"Saya akan memastikan Lampard akan stay bersama kem kite, kerana sekarang ini ade rumours mengatakan Real Madrid tertarik untuk mendapatkannya," jelas Buck.

Jika Jose jadi ke Real next season, sudah pasti Abang Frankie akan menjadi target utama pembelian Los Blancos.

P/S : Mengenai pembelian pemain baru untuk kem kite nanti, aku harap 2 new player yang Buck & CA nak beli itu ialah Kun Aguero dengan Angel Di Maria/Schwensteiger.

  Peter Kenyon : Hiddink ni, ko tak nak beli jugak ke Buck ?
Hiddink : Diamlah ko Kenyon...bluek..

The Joey Gunners

Posted by KampungChelsea On Friday, May 21, 2010 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
AW mahukan Joey ? Maybe jika Fabregas blah ke Nou Camp, joey memang akan jadi target utama Arsenal.Tapi bukan ke arsenal dah mempunyai banyak pemain di bahagian attacking midfielder ? Persoalan lain lagi ialah adakah kontrak Joe Cole tidak akan lagi disambung ?

Hurmmm,patutkah aku blah sekarang ?...

Joey atau Merida erk ? pening kepala den niey.,..

Ape Aku Nak Buat Dengan Duit Sebanyak RM150 Juta ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 20, 2010 12 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Dengan trofi double treble kem kite musim ini, pastinya ade "hadiah misteri" yang menanti RA untuk CA.Ape die tu ?
Dengar cite,RA siap nak bagi dana sebanyak RM150 juta kat CA sebagai ganjaran untuk trofi berganda kite musim ini.Ape yang akan CA buat dengan duit tu erk ? Player mane yang akan dibeli oleh CA untuk kem kite next season nanti ?

Jika aku menjadi CA, aku akan gune duit tu untuk membeli beberapa lagi muke2 baru bagi memperkasakan lagi skuad kite menjelang musim yang akan datang.

Kat bawah ni antara list player2 feveret aku untuk beli next season(kalau aku banyak duit cam RA la...) :

GOALIE
-Joe Hart (Birmingham)
-Kasper Schmeichel(Nottingham Forest) *5 juta*

 Info Goalie : Delac dah sign kontrak dengan kite,kan ? Tak pe,beli Schmeichel untuk goalie no.3.Hilario dengan Turnbull tu silalah move along erk.! Cech masih bleh diharap.

DEFENDER WINGER
-Phililp Lahm(bayern munich)
-Danijel Pranjic(bayern munich)
-Maicon(inter milan)
-Fernando Gago(Real Madrid)
-Sergio Canales (Racing Santander)

DEFENDER SOLID
???

Untuk defender solid,tak payah kot sebab dah ade Terry n Alex.Kalau nak yang baru jugak, kat akademik tu berlambak beb yang berbakat untuk posisi ini.Saranan aku untuk CA ialah cari "fizikal" yang lebih besar atau senang aku cakap, yang tubuh cam Terry,Alex & Ivanovic.Konfem kebal lagi beb next season.!

MIDFIELDER
-Diego (werder bremen) ~pengganti Deco~
-Juan Roman Riquelme (boca juniors) ~player feveret aku~
-Bernd Schwensteiger (Bayern Munich)
-Youri Gourcuff (Bordeaux)
-Lucho Gonzalez (Marseille)
-Jamie O'Hara (Porstmouth)
-Scott Parker (West Ham)

MIDFIELDER ATTACKING
-Kaka (Real Madrid)
-Angel Di Maria (Benfica)

STRIKER
-Kun Aguero (Atletico Madrid)
-David Villa (Valencia) ~Barca dah kebas daa...~
-Luiz Suarez (Ajax) ~MU nak jugak mamat nih~
-Alexandr Pato (AC Milan) -30 Juta-
-Fernando Torres (Liverpool) ~70 juta tak berbaloi,40 juta kire ok ar~
-Marik Hamsik (Napoli)
-Edin Dzeko (Wolfsburg)
-Luis Fabiano(Sevilla)
-Oscar Cardozo (Benfica) ~player faveret aku~

P/S : Yang aku wat kaler biru tu,antara player yang wajib kite beli.!

Tapi perlu diingat player2 dari akademik kite jangan dilupa, mereka juga sangat berbakat.Lebih2 lagi yang menang FA Youth Cup.Player2 cam Bruma tu bleh ar join skuad senior kem kite next season.

Miroslav Stoch,Di Santo,Kakuta,Borini,Van Holtz,Scott Sinclair dan lain2 antara player2 yang sangat menyerlah musim ini.Especially Stoch tu, musim ni die score 10 gol untuk Twente.

Ape2pun jangan wat joli sudah dengan duit tu CA,haha(jokes sahaja,hehe)

The Bison Will Be Back ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, May 20, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
How about his knee now ? Feeling better ? Or still "hurt" ? Essien will be back for WC, i'm sure.!

Sambal Belacan Of Deco

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 19, 2010 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Deco menegaskan bahawa dirinya tidak berniat untuk mengakhiri kariernya di Brazil.

Playmarker Portugal kelahiran Brazil ini khabarnya akan membuat kontrak bersama Fluminense selepas habis je piala dunia.

Tapi Deco tetap menafikan bahawa kehadirannya ke sana(Brazil) bukan untuk mengakhiri karier bola sepaknya di situ.Deco bersama Eric yang berusia 32 tahun ini masih lagi belum pasti membincangkan isu perpindahannya ke Fluminense.

Deco menjelaskan perkara ini,

"Spekulasi perpindahan saya ke Fluminense itu memang saya tak nafikan tapi untuk sekarang ini saya masih lagi memiliki kontrak bersama Chelsea"

Kata Deco lagi,

"Saya akan memutuskan mengenai perkara ini selepas sahaja piala dunia berakhir.Yang pasti saya tidak akan ke sana(Brazil) untuk tamatkan karier bola sepak saya macam tu je.Saya ke sana hanya untuk bermain sahaja.Saya masih lagi yakin dengan diri saya sekarang ini dan saya masih mampu bermain di level yang tertinggi seperti pemain2 star yang lain."

The Blues Bus Parade Gallery

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 19, 2010 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Next year, kalau boleh trofi UCL, kite travel seluruh dunie plak.!

Please Forgive Me ?

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 19, 2010 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
"Yang boleh saya lakukan sekarang ialah meminta maaf..."

Aik ? Ape dah jadi ? Actually statement ini bukan diungkapkan oleh aku, tapi diluahkan dari Kevin-Prince Boateng.

Putera Far Far Away Portsemut ini mengaku kesalahannya mengenai tackle keras ke atas pemain kem kite,Ballack yang menyebabkan Ballack OUT FOR WORLD CUP 2010.! Atas kejadian itu, Boateng meminta maaf kepada Ballack dan juga kepada pihak2 yang terbabit.Untuk pengetahuan korang, 3 kali Putera Boateng ni mintak maaf.

"Memang bodoh.Saya meminta maaf kepadanya 2 kali, iaitu di dalam dan luar padang dan sekarang untuk kali ketiga.Saya meminta maaf.Semua itu memang tidak disengajakan," kata Boateng lagi.

Macam mana pulak dengan Ballack ? Adakah dia sudi memaafkan Prince Far Far Away ini ?

Ballack sendiri menolak untuk membincangkan probs ini atau memberi respon tentang permohonan maaf dari Boateng tu.

Ceh senang je kan ? Wat salah, lepas tu mintak maaf.Kemaafan dari Boateng tu tidak memberikan ape2 makna dah kerana Ballack memang tak akan main WC bulan 6 nanti.Hurmm..

Please Forgive him Germany ? ....

Mari kita lihat scene2 tackle keras dari Boateng ke atas Ballack

P/S : Huh, patutpun penalti ko tu tak masuk,Boateng.Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg


2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov
 photo imagetxt-3183125.png