Indonesia All Stars 1 Chelsea 8

Posted by KampungChelsea On Friday, July 26, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


1) Gaya permainan Hazard mengingatkan aku kepada Joe Cole & Cristiano Ronaldo.

2) Budak muda dari Burkina Faso, Traore menjaringkan gol ke-5 perlawanan dalam satu curling shot yang menarik. Dia juga setakat ini agak menyerlah dalam siri perlawanan pra-musim. Begitu juga dengan abang besar, Lukaku yang masih tidak boleh berhenti menjaringkan gol.

3)Ramires yang memakai jersi no 7, menjaringkan gol ke-7 dalam minit ke-57.

4)Kalas, pemain muda yang dipinjamkan ke kelab Vitesse musim lepas menghadiahkan gol sagu hati kepada pasukan tuan rumah.

5) Hazard,Ramires & Van Ginkel beraksi pada separuh masa kedua. Tapi jika ketiga-tiga pemain ini beraksi penuh 90 minit, skuad Indonesia boleh kalah sampai 15-1.

6) Harus diingat lagi bahawa ini merupakan skuad kedua Chelsea yang beraksi di Stadium Bung Karno & bukannya skuad utama. Kita masih lagi tanpa beberapa tonggak utama seperti Lampard, Mata, David Luiz, Oscar & Torres.

Indonesia All Stars 1 Chelsea 8
Harimau Malaya 1 Chelsea 4

7) Ada yang mengatakan bahawa pasukan Indonesia lebih bangang daripada Harimau Malaya kerana kalah lebih teruk kepada Chelsea. Sebenarnya pasukan Harimau Malaya boleh mengalami nasib yang sama namun ia diselamatkan oleh padang stadium Shah Alam yang sangat teruk. Jika ia dimainkan dalam permukaan padang yang rata & terbaik seperti di stadium Wembley mahupun stadium jalan besar Singapore, pasukan Malaysia boleh kalah lebih teruk dari skuad Indonesia. Jose Mourinho sengaja tidak mahu bercakap tentang perkara itu kerana tak mahu menimbulkan sebarang isu. Apa yang Mourinho kritik hanyalah mengenai beberapa pemain Malaysia yang banyak membuang masa di atas padang sepanjang 90 minit berlangsung.

8) Sekian terima kasih.

Malaysia 1 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Monday, July 22, 2013 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti dijangka Chelsea menang mudah 4-1. Gol pertama dijaringkan oleh Bertrand Traore selepas memanfaatkan hantaran lintang Kevin De Bruyne. Kalau ada sesiapa yang belum tahu, Traore merupakan pemain muda dari negara Burkina Faso. Menyertai Akademi Chelsea dari kelab Perancis, Auxerre pada Ogos 2010.

De Bruyne menjadikan kedudukan 2-0 selepas melakukan tendangan voli menewaskan Farizal Marlias. Malangnya selepas menjaringkan gol cantik itu, dia terpaksa meninggalkan padang kerana cedera & kemudiannya digantikan dengan Islam Feruz.

Lukaku yang menjadi perancang untuk gol pertama Chelsea juga berjaya merobek gawang Malaysia untuk gol ke-3 perlawanan.

Moses melengkapkan kemenangan mudah Chelsea dengan menjaringkan gol ke-4 sebelum Malaysia mendapat gol sagu hati melalui pemain pertahanan, Mohd Fadhli Shas di masa kecederaan.

Satu keputusan yang sudah dijangka. Lawan dengan juara Eropah, konfem la kalah kan. Sudah tahu kalah, sepatutnya FAM aturkan perlawanan persahabatan menentang lawan setaraf seperti Bangladesh, Indonesia atau pun Myanmar. Sila contohi Thailand. Mereka guna pemain import dalam liga untuk lawan Chelsea, itu baru betul. Sampai MU pun kalah. Rajagopal cakap perlawanan persahabatan lawan chelsea ni sebagai persediaan untuk pusingan kelayan Piala Asia. Sepatutnya persediaan sebegini lawan dengan pasukan setaraf & bukannya dengan kelab eropah yang power. Baru kita dapat tahu tahap mana permainan bola sepak skuad negara. Tahu nak untung je FAM ini. Sudah lah kalah, ranking tak naik2 juga.

Itulah pasukan bola sepak negara kita sekarang. Tiada peningkatan. Dari segi permainan pula pasukan kita tiada identiti.Tak percaya, sila tanya penyokong Singapore, Thailand ataupun Indonesia. Apa kata mereka tentang bola sepak Malaysia. Kalau kau orang cakap masa ini lah kita nak bangkit & bangunkan semula bola sepak Malaysia. Ok teruskan. Aku tetap sokong apa2 yang positif untuk kemajuan bola sepak negara kita.


Preview : Chelsea lawan Malaysia

Posted by KampungChelsea On Sunday, July 21, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tak kira anda penyokong Chelsea, MU, Manchester City, Arsenal mahupun Liverpool, jika perlawanan tersebut membabitkan pasukan bola sepak Malaysia, kita harus menyokong skuad negara kita. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus menunjukkan semangat nasionalisme dengan menyokong skuad Harimau Malaya menentang Chelsea malam ini.

Jadi untuk pertembungan malam ini, harapan aku ada dua. Pertama, semoga ada live di saluran Astro. Kedua, kita nak tengok dua2 pasukan mempamerkan persembahan yang mantap.

Prediction ? Ada yang nak Chelsea kalah, ada yang nak Chelsea menang. Ada juga yang nak perlawanan ini berkesudahan seri. Tapi bagi aku, of course aku nak Malaysia menang. Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Walaupun agak sukar kerana kualiti kedua-dua pasukan berbeza terlalu ketara tetapi tiada perkara yang mustahil. Kalau tak silap aku, masa 13 Mei 1975, Malaysia pernah seri 1-1 dengan Arsenal & dua hari berikutnya menang 2-0 di Stadium Merdeka.

Kalau ditakdirkan Malaysia kalah, biarlah kalah secara bermaruah. Seperti perlawanan persahabatan sebelum ini yang menyaksikan skuad negara hanya tewas tipis 1-0 kepada Chelsea menerusi jaringan abang legend iaitu Didier Drogba.
  

Apa yang beza dua tahun lepas skuad negara dalam perlawanan itu dikendalikan oleh Ong Kim Swee. Ketua jurulatih Harimau Muda itu bijak dalam menyusun line-up. Beliau menggabungkan pemain muda & juga pemain berpengalaman. Taktikal Ong Kim Swee hampir2 berjaya sehinggakan, pemain Chelsea agak sukar untuk menembusi kubu pertahanan Malaysia.

Tapi untuk perlawanan malam in, skuad negara akan dikendalikan oleh K.Rajagopal, seorang jurulatih yang tak habis2 dengan eksperimennya itu.

Apa pun semoga pasukan Harimau Malaya berjaya mencipta kejutan malam ini.

Target Terkini Chelsea : Wayne Rooney

Posted by KampungChelsea On Thursday, July 18, 2013 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebelum itu, semalam Chelsea telah mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pasukan yang memalukan MU, tiga hari lepas iaitu Thailand All Stars dalam perlawanan pra-musim yang berlangsung di Bangkok, Thailand. Gol tunggal dijaringkan oleh Romelu Lukaku menerusi sepakan penalti pada pertengahan separuh masa pertama.

Kalau sesiapa yang belum tahu lagi, skuad Thailand All Stars merupakan gabungan pemain dari Thailand Premier League. Skuad itu bukannya dari pasukan kebangsaan mereka. Sebab itu ada pemain Jepun (Sho Simoji), pemain Brazil (Cleiton Silva) Australia (Goran Subara) Namibia (Lazarus Kaimbi). Itu tak termasuk lagi dengan pemain2 yang berada di bangku simpanan.  Pemain2 itu semua adalah pemain hebat dalam liga mereka.

Apa pun ini sekadar perlawanan pemanas badan. Mourinho tak sempat prepare apa2. Ia hanya sedikit persediaan untuk menghadapi musim baru nanti.

Untuk perlawanan pra-musim seterusnya The Blues akan menentang skuad Harimau Malaya pada 21 Julai, yakni hari ahad ini.

Berkenaan dengan Rooney,  memang benar Chelsea telah membuat bidaan untuk mendapatkan bekas penyerang Everton itu.
     

Mourinho sendiri menjelaskan bahawa dia sangat berminat dengan Rooney & penawaran rasmi telah diajukan kepada pihak Manchester United.

"I think that this situation is clear - nothing is a secret anymore. The official bid is just about a certain amount of money and doesn't involve players. We want the player. We made the bid and now we have nothing more to say. Now it's up to Manchester United."

Cuma berita tentang Chelsea sanggup offer Mata + David Luiz itu tidak benar. Ia hanya khabar angin. Chelsea hanya menawarkan harga sahaja & tidak melibatkan mana2 pemain lain.

Sayangnya penawaran dari Chelsea telah ditolak oleh MU.

Seperti yang aku katakan sebelum ini Rooney bukanlah pemain yang mudah untuk dijual, lebih2 lagi kalau ia melibatkan penjualan ke kelab rival.

Apa yang pasti MU tidak ingin menyimpan mana2 pemain yang sudah tawar hati. Rooney mungkin bengang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Moyes sebelum ini. Moyes berkata Rooney hanya akan berguna jika Van Persie cedera. Jelas disitu menunjukkan bahawa Rooney akan diletakkan sebagai pilihan kedua Moyes.

Rooney telah hantar transfer request & Chelsea telah membuat penawaran untuk membelinya. Jadi sekarang ini MU harus mencapai kata sepakat tentang perpindahan ini. Tidak boleh menyekat mana2 pemain yang ingin berhijrah ke kelab lain.

Drogba kembali ke Chelsea ?

Posted by KampungChelsea On Monday, July 15, 2013 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Memang benar mourinho telah menelefon Drogba & menginginkannya kembali ke Chelsea.

Hal itu sendiri disahkan oleh agen Drogba, Ceylan Caliskan.

Namun sayangnya Drogba telah menolak pelawaan tersebut & berkata dia masih akan kekal bersama kelab Galatasaray.

Cuma bayangkan kalau perkara ini menjadi kenyataan, ia boleh jadi satu perkara yang gempak, dua ikon penting dalam mengharumkan nama Chelsea kembali bersatu.

Aku sebagai peminat Chelsea pun gembira mendengar perkhabaran ini. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Drogba terlalu tua untuk kembali ke Stamford Bridge, tetapi harus diingat usia yang tua tak boleh dijadikan ukuran. Walaupun Drogba sudah tua, tapi sebagai striker, penyudahnya masih tajam. Aku selalu terfikir "kalau lah Drogba ada lagi, mungkin Chelsea boleh capai lebih banyak kejayaan pada musim lepas".

Legend Chelsea Cech, Terry, Lampard & Drogba. Mungkin Mourinho nak mengembalikan semula nostalgia bersama 4 pemain itu. Lagipun Mourinho sangat mengagumi Drogba. Beliau sendiri meletakkan Drogba sebagai role-model kepada pemain2 muda yang ada di kelab Chelsea ketika ini.

Kalau Drogba kembali, mungkin dia akan dilantik sebagai assistant coach walaupun aku rasa prestasinya sebagai player masih lagi hebat.

Seperti yang selalu aku katakan sebelum ini, tak kira ramai pemain muda yang menyertai Chelsea sekali pun, mereka kena tetap dibimbing oleh pemain2 senior untuk merasai pengalaman & berkongsi semangat perjuangan demi kelab.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png