Memang benar mourinho telah menelefon Drogba & menginginkannya kembali ke Chelsea.
Hal itu sendiri disahkan oleh agen Drogba, Ceylan Caliskan.
Namun sayangnya Drogba telah menolak pelawaan tersebut & berkata dia masih akan kekal bersama kelab Galatasaray.
Cuma bayangkan kalau perkara ini menjadi kenyataan, ia boleh jadi satu perkara yang gempak, dua ikon penting dalam mengharumkan nama Chelsea kembali bersatu.
Aku sebagai peminat Chelsea pun gembira mendengar perkhabaran ini. Mungkin ada yang mengatakan bahawa Drogba terlalu tua untuk kembali ke Stamford Bridge, tetapi harus diingat usia yang tua tak boleh dijadikan ukuran. Walaupun Drogba sudah tua, tapi sebagai striker, penyudahnya masih tajam. Aku selalu terfikir "kalau lah Drogba ada lagi, mungkin Chelsea boleh capai lebih banyak kejayaan pada musim lepas".
Legend Chelsea Cech, Terry, Lampard & Drogba. Mungkin Mourinho nak mengembalikan semula nostalgia bersama 4 pemain itu. Lagipun Mourinho sangat mengagumi Drogba. Beliau sendiri meletakkan Drogba sebagai role-model kepada pemain2 muda yang ada di kelab Chelsea ketika ini.
Kalau Drogba kembali, mungkin dia akan dilantik sebagai assistant coach walaupun aku rasa prestasinya sebagai player masih lagi hebat.
Seperti yang selalu aku katakan sebelum ini, tak kira ramai pemain muda yang menyertai Chelsea sekali pun, mereka kena tetap dibimbing oleh pemain2 senior untuk merasai pengalaman & berkongsi semangat perjuangan demi kelab.
0 Response to 'Drogba kembali ke Chelsea ?'