Falcao bakal dilelong 60 juta ?

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 11, 2012 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semalam baca berita kelab Atletico Madrid akan jual Falcao.

Falcao, nama yang tidak asing lagi dalam generasi bola sepak sekarang sudah menjadi buruan utama kelab2 elit eropah. Sampaikan manager City, Roberto Mancini pun datang stadium tengok match Atletico lawan Malaga pada hari ahad lepas.

General Manager Atletico, Gil Marin telah mengesahkan yang mereka mungkin akan jual Falcao bagi menyelesaikan masalah hutang kelab mereka.

Harga Falcao sudah ditetapkan iaitu sebanyak 60 juta euro. Bagi mana-mana kelab yang berminat, termasuk Chelsea bolehlah buat rundingan.

60 juta euro ? hmmm rasanya harga itu tak ada masalah bagi Roman Abramovich. Kalau Atletico letak 100 juta pun aku sanggup. Cuma masalah di sini ialah Financial Fair Play (FFP). UEFA telah kuatkuasakan rules ni sepenuhnya. Dengan rules FFP ni, sesebuah kelab ditetapkan garis panduan dalam berbelanja membeli pemain.

Jika FFP lepas, Falcao memang wajib berada dalam akaun Roman. Lagipun, kita mempunyai hubungan yang baik dengan Atletico. Kita bagi loan Courtois dalam satu tempoh yang panjang, jadi tak ada masalah untuk mereka jual Falcao ke Chelsea.



Falcao, antara pemain faveret aku & dia juga boleh diibaratkan sebagai salah satu striker paling hot-form sekarang. Dengan pencapaian yang dia buat setakat ni, aku anggap level perfomance Falcao setaraf dengan Messi & Cristiano Ronaldo.

Sebelum dia sertai kelab Atletico Madrid, aku memang tertarik dengan gaya permainannya. Aku boleh katakan yang Falcao ni kalau pergi mana2 kelab pun akan berjaya. Tak perlu tunggu sampai 11 game baru nak score, memang buang masa je.

Aku nilai Falcao ni dari pelbagai aspek & secara keseluruhannya semua lulus. Tough, aggresif, header power & finishing mantap. Senang cakap dia seorang "complete striker".

Dua musim berturut-turut jadi top score dalam kompetitif Europa League. Bayangkan kalau dia join Chelsea, perghhh.

P/S : Serius aku cakap, Chelsea memang wajib beli Falcao. Kita sekarang tak ada striker yang power. Kadang2 dalam game penting pun defender yang score. Kalau nak kekalkan status juara Eropah, nak merampas kembali takhta liga, kita perlu dapatkan striker baru. Torres not good enough to bring glory for The Blues. Dulu di liverpool, dia seorang finisher. Sekarang di Chelsea, dia lebih kepada provider. Dalam skud kita sekarang sudah ada banyak provider. Mata, Hazard, Marin, Oscar semuanya ahli2 provider. Yang kurang sekarang ialah aspek finishing. Penyudah yang lemah. Sebab itu aku harap Chelsea beli striker baru bulan 1 nanti.

JT - Captain Leader & Legend

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 10, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti yang anda semua tahu, Terry digantung 4 perlawanan & didenda AS$356.000 (RM1,068,000) kerana didapati bersalah kononnya mengeluarkan kata2 berbaur racist kepada Anton Ferdinand.

Persoalan hangat sekarang ialah adakah benar Terry bersalah dalam hal ini ?

Pada bulan Julai yang lalu, kes itu telah dibawa ke mahkamah & Terry tidak didapati bersalah.

Kata Ketua Majistret "Saya menemui beberapa bukti yang mengatakan Terry tak racist. Dia bukan orang seperti itu."

Mahkamah memutuskan Terry tak bersalah, jadi kenapa FA masih tak berpuas hati & meneruskan lagi kes ni ?

Kes sudah tutup namun FA tetap meneruskan investigation sampai mereka mahu Terry didapati bersalah. Seolah-olah mereka nak katakan keputusan mahkamah itu tak betul.

Bila FA adili kes, faham-faham sahajalah apa yang akan berlaku nanti. Sudah tentu Terry akan dicop racist.


27 September 2012, result keluar. Terry didapati bersalah. FA & Anton akhirnya dapat apa yang mereka nak.

FA ni lebih kurang macam FAM lah. Bangang tak bertempat. Cuma FAM lebih terserlah bangangnya kerana kedudukan ranking bola sepak negara pun mereka kata tak penting.

FA terlalu bias. Kita boleh tengok kalau kes2 yang melibatkan pemain MU, memang mereka lepas beb. Terkini, insiden Van Persie menyiku muka pemain tengah Newcastle, Yohann Cabaye. Tapi tiada apa2 tindakan yang dibuat pun. Masihkah anda ingat kes Rooney menyiku muka pemain Wigan pada 3 tahun lepas ? Lepas juga beb.

Apa semua ni ? Kalau pemain Chelsea, dah terang2 kena ban 2/3 game.

Manager lain kalau komen skit pasal ref, kritik ref, konfem kena hukum. Tapi kalau Alex Ferguson buat macam itu, FA hanya bagi warning je.

That why FA is = Fergie Association.

Berbalik kepada point utama, aku tak rasa yang Terry racist. Memang ada konflik dia dengan Anton tapi itu tak bermakna dia akan keluarkan kata2 berbentuk racist. Situasi di Loftus Road pada waktu itu sangat tegang & semua pemain berada dalam keadaan yang pressure. Berkemungkinan ada kata2 yg tidak elok keluar dari mulut Terry tapi kata2 itu tak semestinya ada kaitan dengan unsur2 penghinaan/racist.

Pengurus2 yang melatih Chelsea sebelum ni, kesemuanya menyokong Terry. Bukan sebab white man back-up white man tapi mereka tahu Terry ni seorang yang macam mana. Sampaikan Fabio Capello letak jawatan kerana kecewa dengan tindakan FA memecat ban kapten Terry.

Terry seorang yang friendly. Tak nampak pun dia seorang yang racist. Cara dia handle sesebuah team itu seperti dia create satu family.

Aku petik kata2 dari Jose Mourinho :

"Terry is not a racist - that's 100 per cent. We had a squad where we had 12 African players in the squad. It was a fantastic squad and he always had a great relationship with every one of them.

"Probably he had a racist comment or attitude against an opponent. Sometimes in football we do things the wrong way.


'If he had that reaction, he should pay - but please don't say he's a racist. (Didier) Drogba, (Claude) Makelele...all of them will say he's not a racist.
'I never felt it (racism) in my dressing room. And I have always had African players in every one of my teams.'

Ketika FA dalam proses untuk menjatuhkan hukuman kepada Terry, kapten kita itu telah umumkan persaraan dari karier antarabangsanya.

Dengan apa yang FA telah lakukan kepada Terry, memang wajar dia bersara. Apa guna bermain untuk England. England main World Cup & Euro pun tak lepas suku akhir juga.

Lebih baik dia tumpukan sahaja kepada kelab Chelsea, yang lebih berpeluang untuk memenangi banyak trofi.

Anton & Rio boleh ke buat macam ni ? puihhh..

There is only one man.
John George Terry - Captain, Leader & Legend.

Chelsea 4 Norwich City 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, October 07, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti yang dijangka, Chelsea mencatat kemenangan mudah 4-1 ke atas pasukan perodua kenari, Norwich City.

Chelsea mendominasi perlawanan dengan penguasaan bola 68%. Kita juga mempamerkan corak permainan yang aggresif dengan melakukan 20 percubaan, 9 di antaranya tepat ke arah gol.

Namun begitu, Norwich terlebih dahulu membuat kejutan, dengan jaringan Grant Holt pada minit ke-10 sebelum Abang Torres menyamakan balik kedudukan 1-1. Seterusnya Chelsea menggandakan dua lagi gol menerusi Super Frank & Hazard untuk menutup separuh masa pertama dengan scoreline 3-1.

Separuh masa kedua, Ivanovic tambah 1 lagi gol melalui rembatan kencang menewaskan keeper Norwich, John Ruddy pada minit ke-76.

Romeu & Azpilicueta masuk pada lewat permainan untuk menyempurnakan debut EPL pertama mereka. Chelsea mengakhiri perlawanan dengan kemenangan bergaya 4-1.

Super Frank!
129 penampilan 189 gol, mengatasi rekod Roy Bentley (legend Chelsea di era 1940-an)

Secara keseluruhannya aku rasa Chelsea mempamerkan perfomance yang menepati cita rasa Roman Abramovich iaitu attacking football yang smart. Dalam aggresif itu, kita masih relax tapi fokus. Gandingan superb Mata Hazard Oscar telah menghiburkan para penonton dengan hantaran licik serta gerakan lincah yang mengelirukan pihak lawan.

Selepas 6 perlawanan, Chelsea masih lagi menerajui liga dengan 19 mata, 4 mata di belakang juara bertahan Manchester City. Mungkin akan menjadi persoalan selepas ini ialah adakah Chelsea mampu meneruskan momentum kemenangan & kekal konsisten untuk musim sejuk nanti ?. Kita semua tahu Chelsea kebiasaannya kerap terciri mata pada bulan November & Disember. Perkara ni memang kita perlu ambil serius kerana nak juara, kunci utama ialah konsisten. Jika lepas halangan itu, maka tidak ada masalah untuk Chelsea jadi champion

|

Preview : Chelsea vs Norwich City

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 06, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


Lawan Arsenal tempoh hari, aku tengok Chelsea mengamalkan corak permainan yang bersahaja. Tak perlu bekerja keras & mengeluarkan keringat, hanya setakat 2/3 percubaan sahaja mampu menewaskan budak2 Arsene Wenger. Dua gol semuanya berpunca dari set-piece. Kata orang tua, lawan dengan budak2 ni tak payah bersungguh sangat. Torres yang tak konsisten itu pun mampu menjaringkan gol, nampak sangat defend arsenal bermasalah. Agak kelakar menang dengan Arsenal tanpa perlu mempamerkan prestasi terbaik. Bayangkan kalau Chelsea berada dalam kekuatan yang sebenar, dah lauk dah arsenal kat emirates tu.

Menjelang pertemuan menentang Sang Kenari malam ni, Chelsea diberitakan tidak mengalami sebarang masalah dari segi kecederaan. Marin sudah sembuh, manakala Sturridge dalam proses untuk fit selepas sebelum ni dia mengalami hamstring.

Dari segi statistik di Stamford Bridge, Chelsea menang semua 5 perlawanan terakhir menentang Norwich.

 Pemain yang perlu diawasi

Ingin aku jelaskan lagi yang ketika ini Chelsea belum berada dalam prestasi yang terbaik, namun kita masih mampu memimpin carta liga tanpa sebarang kekalahan. 16 mata dari 6 perlawanan. Ia boleh dianggap permulaan musim yang memberangsangkan. Berbeza dengan pasukan Norwich, mereka hanya mengutp 3 mata sahaja dari 6 perlawanan.


Line-up kemungkinan :

(4-2-3-1)
Cech
Ivanovic, Terry, DL, A.Cole,
Ramires, Mikel,
Mata, Oscar, Hazard,
Torres.

Mikel lebih baik tanpa Lampard dan Lampard juga lebih baik jika tiada Mikel. Ibaratkan mereka berdua ini tak boleh diganding bersama. Torres seperti biasa akan mengemudi di bahagian serangan, dibantu oleh pemain2 lincah seperti Oscar Mata Hazard. Sebut pasal Torres, setahu aku lah RDM tak pernah merehatkan dia walau 1 game sekalipun. Tiap2 match dia main, termasuk sekali game yang kita menang besar 6-0 ke atas Wolves.

P/S : Soal persaraan JT & dia digantung 4 perlawanan itu mungkin aku akan ulas lain kali.

keep the faith

|

Nordsjaelland 0 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 03, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aku tak tengok perlawanan ini, jadi aku tak boleh ulas secara keseluruhan apa yang berlaku.

Tapi melihatkan Fc nordsjaelland dibelasah mudah 4-0, Chelsea pastinya mempamerkan kualiti terbaik dalam menjinakkan juara Danish Superliga itu.

 Untuk perlawanan kedua peringkat kumpulan ini, RDM melakukan beberapa percaturan dengan merehatkan Terry serta memasukkan Hazard & Mikel pada pertengahan separuh masa kedua. Super Frank kembali beraksi dalam kesebelasan utama & menggalas tugas sebagai ketua pasukan.

 Mata boleh dikira sebagai pemain terbaik perlawanan kerana menjaringkan dua gol. Minggu lepas dia telah menyumbangkan 1 gol & 3 assist ketika Chelsea menang besar 6-0 ke atas Wolves. Tak lupa gol kemenangannya ketika memalukan Arsenal di Emirates Stadium.

Dua gol lagi disudahkan oleh David Luiz & Ramires.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png