Chelsea kalah lagi dalam dua perlawanan persahabatan berturut-turut. Minggu lepas tewas 3-2 kepada barisan MSL All Star, kali ini tumbang pula kepada AC Milan 1-0, yakni itu game terakhir dalam siri jelajah pra-musim di Amerika Syarikat.
Sudah pasti ini keputusan yang mengecewakan. Namun kita harus berfikir positif. Kita hanya kalah di perlawanan persahabatan sahaja. Jadi, dalam perlawanan ujian seperti ini bukanlah menentukan secara mutlak prestasi kelab Chelsea.
Bukan Chelsea sahaja yang mencatat keputusan hambar dalam pra-musim. Manchester City pun tewas 1-0 kepada kelab Asia, Al-Hilal. Real Madrid lagi teruk, tumbang mengejut 2-5 kepada Benfica.
Perkara penting ialah meraih kemenangan di perlawanan yang kompetitif. Musim lepas Chelsea menang semua friendly match tapi sukar untuk menang dalam perlawanan kompetitif.
Perlawanan persahabatan Chelsea di US sekadar nak menguji tahap prestasi pemain. Nak melihat corak permainan serta keserasian pemain muda dengan pemain senior. Tak hairanlah, RDM membuat banyak pertukaran. Dari keeper hingga striker.
Tapi masalahnya bila terlalu banyak buat pertukaran, tempo hancur. Contoh macam Malaysia lawan Arsenal. Malaysia hampir-hampir untuk menang, namun K.Rajagopal membuat banyak pertukaran sehingga Arsenal berjaya mendapatkan dua gol kemenangan ketika perlawanan berbaki 3 minit nak tamat.
Messi versi Jerman
Dari segi penilaian aku, Hazard, Marin & Piazon mempamerkan prestasi yang bagus. Mereka nampak sudah serasai di antara satu sama lain. Cuma Lukaku lambat panas. Kejap bagus kejap hambar. Kena banyak training lagi kalau nak capai level Abang Drogba. Sekarang masih di tahap amateur. Begitu juga dengan Kevin De Bruyne yang agak kaku. Terlalu lama pegang bola & ketika dapat bola, dia tak tahu nak hantar bola kepada siapa.
pra-musim ni sebenarnya RDM nak test setiap pemain so dpt di nilai utk d masukkan ke squad utama utk musim depan ....sbb tu balik2 tukar pemain ....lagi satu utk menambah pengalaman budak2 baru.....
marin dan hazard aku x heran laaaa sebab dua2 budak ni mmg cun sebelum masuk kem kita x heran dorang cepat masuk satu kepala dgn senior2 d chelsea .....
apapun good luck chelsea
Pre-season kalah xpe.. Aku xnak team Chelsea especially key-players injured sudah. Skrg nak try fitness, mentaliti, emosi semua especially El-capitano kite, JT & Mr Torres yg mesti deliver gak, sbb mcm2 experiences diorg lalui season lepas. So, stability pasukan sgt penting sbb 1st week EPL start, kite kene main 2 games terus, against Wigan & Reading. So, better prepare utk EPL, lgpun RDM mmg priorities EPL lak kan.
memang pre-season kali ni aku anggap chelsea buat main2 je. tengok RDM susun line-up pun pakai letak je,haha. last2 masuk season baru nanti, muke 1st starter same je,haha. pre-season chelsea kali mungkin chelsea uji dari segi kaedah berbeza..bagi all youngster tunjuk talent, padahal budak2 tu nanti half daripada diorg mungkin kena loan.. especially kakuta, de bruyne..
city lawan malaysia semalam pun, mancini bagi semua budak2 muda + reserve main... nanti season depan start, budak2 tu konfem join skuad reserve balik. coach biasanya akan stick dengan skuad yg musim lepas punye.. kalau nak add new playerpun, diorang takkan ambil banyak dari skuad akademi.. mesti signing new player mahal2.