Sunderland kelab pertama yang berjaya menghalang Chelsea daripada menjaringkan sebarang gol. Mereka juga kelab ke-3 musim ini yang meraih keputusan seri dengan Chelsea.
Faktor utama kenapa Chelsea boleh seri dengan Sunderland ini kerana anak buah Gos Poyet itu bertahan sangat bagus. Mereka parking treler sepanjang perlawanan. Aku tak nak komplain apa2 tentang taktik itu kerana ia tetap sebahagian daripada taktikal bola sepak. Cuma itu sahaja kemampuan yang Sunderland ada. Mereka bermain bagus menentang pasukan hebat namun beraksi hambar ketika menentang lawan yag setaraf dengan mereka. Lawan Soton mereka malu besar, namun bila lawan kelab2 kuat seperti City & Chelsea, mereka tiba2 bermain bagus. Sunderland umpama seperti kelab Real Madrid ketika menentang City & Chelsea.
Seri 0-0 ini bukanlah satu keputusan yang buruk bagi Chelsea. Kita masih unbeaten dan masih berada di laluan yang tepat. City yang sudah meraih form mereka balik dengan menewaskan Soton 3-0 hanya 6 mata sahaja di belakang kita.
0 Response to '0-0 di Stadium of Light'