1+9 = 10 gol
Koyak2 ni saje je nak bagitahu yang dia top scorer. Lepas tukar baju, terus score.
Tahniah kepada Liverpool kerana terus konsisten kalah.
Ya, Liverpool boleh komplen tentang keputusan pengadil yang tidak memberi sepakan penalti kepada mereka last2 minit itu tetapi mereka tak boleh jadikan itu sebagai alasan utama kenapa mereka kalah kepada Chelsea. Penalti atau tidak, the best team won . Chelsea lebih layak menang. Kita lebih banyak melakukan shot on target berbanding Liverpool. Dari segi game play, permainan Chelsea lebih kemas, lebih tersusun, serangan yang lebih menonjol, control ball yang bagus. Jadi Liverpool hanya perlu menyalahkan diri mereka sendiri dengan kekalahan ini. Mereka perlu mengkritik pengurus mereka yang berbelanja besar lebih dari 100 juta pound namun sampai sekarang tidak memberi sebarang impak. Jual Suarez dan beli striker yang langsung tak melakukan sebarang shot on target sepanjang perlawanan. Berbeza dengan Chelsea, kita hanya beli 1 striker, 1 sahaja playmarker, sekarang ini kekal di puncak liga, masih unbeaten, paling penting 15 mata jauh meninggalkan Liverpool.
Lihat pada gol yang kita bolos itu pun nasib kerana sepakan Emre Can ada refleksi, terkena badan Terry. Chelsea ini bila ketinggalan tak perlu tunggu lama untuk score balik. 5 minit berikutnya Cahill score gol penyamaan dalam satu situasi kelam kabut. Tiada sebarang kontroversi. Itu gol sah, bola meleppasi garisan putih. Ini pentingnya goal line technologhy. Menghapuskan kekeliruan dan perdebatan. Kemudian gol kemenangan dijaringkan oleh abang bengis, Diego Costa, yang mana Azpi menjadi penggerak dengan larian bijak, berlari sambil mengayamkan pemain tengah Liverpool, Coutinho sebelum melakukan umpanan ke tengah. Cross tersebut gagal dihalau keluar oleh bek Liverpool, Costa tak melepaskan peluang & terus score. Chelsea menang.
Terlalu power!
0 Response to 'Liverpool 1 Chelsea 2 : Masih unbeaten!'