1. Kemenangan ke-100 Mourinho di EPL. Mourinho kemudian meraih anugerah penghargaan dari Persatuan Wartawan Bola Sepak England (FWA). Tahun lepas anugerah tersebut dimenangi oleh Gareth Bale.
2. 100 kemenangan Mourinho ini diserikan lagi dengan aksi memukau Eto'o yang menjaringkan 3 gol semalam. Eto'o juga mencatat nama sebagai pemain ke-4 dalam sejarah yang berjaya menjaringkan hatrik ke atas MU. Tak lupa dia pemain Chelsea pertama yang menjaringkan hatrik ke atas MU sejak tahun 1954.
3. Pasti ramai yang tidak bersetuju ketika Mourinho meletakkan Eto'o berbanding Torres dalam starting line-up kerana waktu ini prestasi Torres lebih bagus. Tetapi itulah kehebatan Mourinho sebagai master of tactical. Dia tahu pemain mana yang boleh memberi impak dalam perlawanan besar. Eto'o sememangnya big game player. Sebelum ini pun Eto'o sudah menjaringkan gol ke atas MU pada final Champions League 2009 ketika masih bersama kelab Barcelona.
4. Dalam perlawanan ini sebenarnya MU mendominasi permainan. Tengok possession Chelsea 44%, MU 56%. Tetapi itulah bola sepak. Mendominasi sekadar ilusi, tak cipta banyak peluang tak menjaminkan anda kemenangan. Peluang yang sedikit tetapi dimanfaatkan dengan sebaik mungkin itu lebih penting. Chelsea lebih efficient & bermain lebih ke arah taktikal berbanding MU. Memang MU bermain tanpa dua striker utama mereka tetapi itu tidak boleh dijadikan satu alasan. Pengurus mereka yang harus dipersalahkan kerana membuat percaturan silap dengan memainkan pemain yang tak memberi impak. Aku bagi contoh, Chicharito sering menjaringkan gol ke atas Chelsea tetapi diletakkan di bangku simpanan. Kagawa pemain tengah yang kreatif tetapi diletakkan di bangku simpanan. Moyes lebih berminat memainkan pemain2 overrated seperti Welbeck, Ashley Young & Johnny Evans. Dia juga silap dalam meletakkan posisi sesuatu pemain. Apa pun aku sebagai penyokong Chelsea masih berpegang dengan tagline "In Moyes We Trust". Seronok juga tengok MU macam ini sekarang.
5. Untuk kejuaraan liga, aku boleh katakan situasi sekarang hanya 3 penjuru : Arsenal, City & Chelsea. Chelsea di posisi ke-3, 1 mata di belakang City, dua mata di belakang Arsenal. MU pula boleh bersiap2 main Europa League musim depan.
Salam CH3-lSEA, @KC.
Well, nothing satisfy me more than this win against ManU.
Tmbh sakit moyes lps klah ngn Chelsea ni dtmbh lg ngan vidic kna red card... Haha.. Eto hatrik lwn manu lg tu... Tp syg cech x dpt ptahankn clean sheet bliau laaa
Benar ka juan mata ke MU?
Yep.. On this day, 23/1 or probably this week before ManU facing Cardiff City, Juan Mata will pass medical & signs for ManU for a fee of 37 to 40 mil pounds.
Juan Mata should sign other club outside the EPL, IMO.
Mcm xboleh blah la tgk dia pakai jersi merah setan tu. Hmm...
Hrp2 eto yg gna jersi no 10 pasni...
Sy amat bersimpati pdjuan mata kerna dia ada la hero d musim lalu.sy x kisa mata nak keluar dr klub ini cuma kenapa harus ke rival chelsea?dlu chelsea nak rooney sedangkan rooney sendiri hampir lg ke chelsea tp x d benarkan ole MU kerna mereka taw,chelsea ada la rival mereka.patut ka?
Lumrah bola sepak... Kna trima walaupun pahit... Hehe..:-D