Mohamed Salah sekali lagi menghantui Chelsea.
Satu perkara yang Messi tak mampu buat iaitu menjaringkan gol ke atas Chelsea tapi Salah boleh buat lebih dari sekali.
Aku tak faham dengan logik bola sepak. Schalke tewaskan Basel, Chelsea tewaskan Schalke di home & away tetapi kenapa sukar sangat untuk Chelsea tewaskan Basel. Bahagian serangan Chelsea sangat hambar kerana sepanjang perlawanan berlangsung tiada shot on target, di samping bermain dalam keadaan pressure yang tidak tentu arah. Basel memang layak dengan kemenangan ini.
Kenapa musim lepas Chelsea mudah menewaskan Basel di Europa League padahal skuad Chelsea pada waktu itu tidak sekuat sekarang ? Ini kerana terlampau banyak pemain star menyebabkan team menjadi tidak stabil.
Selain itu, masalah terbesar Chelsea juga ialah tidak konsisten.
Apa pun Chelsea masih top of the group walaupun kalah 0-1. Cuma perlu menang ke atas Steau Bucharest dalam perlawanan terakhir kumpulan nanti untuk mengesahkan status berkenaan. Schalke & Basel masing2 perlu buat perhitungan untuk mara bersama dengan Chelsea ke peringkat kalah mati.
0 Response to 'Chelsea "SALAH" jangkaan'