Teknologi garisan gol yang diperkenalkan di EPL tidak memberi apa2 masalah pun sebenarnya. Mungkin ada yang akan berkata "kalau guna teknologi video, tak de lah drama dalam bola sepak" "kalau dah pakai teknologi tu, paper dgn website bola tak boleh cari makan la..tak boleh nk tulis mcm2".
Harus diingat, dengan kegunaan sistem ini sekalipun, bola sepak masih belum "mati" dari soal kontroversi atau drama. Kontroversi yang berlaku di atas padang bukan tertumpu kepada soal ini sahaja, banyak sebenarnya perkara yang kita boleh perdebatkan.
Aku pun tidak suka jika semua keputusan di atas padang ditentukan oleh teknologi. Namun aku fikir gabungan keputusan manusia & teknologi adalah yang terbaik, sistem teknologi garisan gol merupakan satu idea yang bagus. Ia dapat elakkan pertengkaran & paling penting sekali para pengadil pun boleh hidup dengan tenang tanpa menerima ugutan bunuh oleh sebilangan penyokong yang tidak berpuas hati nanti.
Aku pun tak ingin jika bola sepak didominasi oleh teknologi dengan pengadil & linesman adalah robot, tetapi teknologi garisan gol masih okay kerana kita semua tahu pengadil sukar untuk membuat keputusan yang tepat dalam soal ini. Ia boleh jadi satu perkara yang mengecewakan jika sesuatu pasukan itu menjaringkan gol pada minit ke-90 & pengadil menafikannya. Dan cuba bayangkan kalau ini berlaku pada final Piala Dunia nanti ? Dan cuba bayangkan lagi kalau perkara ini berlaku kepada pasukan bola sepak negara kita ?
Masihkan kau orang dengan insiden ini ? gol yang belum melepas garisan inilah yang menidakkan Chelsea mara ke final Champions League pada 8 tahun yang lalu.
Memang suatu perkara normal kalau berlaku kesilapan di atas padang. Namun kalau ia terjadi secara kerap pun tak boleh juga. Ia akan sering memberi keuntungan kepada pasukan2 yang bernasib baik seperti MU & Barcelona.
Umpama seperti "si ikan bilis ditekan-tekan,si ikan jerung dibiarkan terlepas kekenyangan".
0 Response to 'Teknologi garisan gol diperkenalkan. Positif atau negatif ? Hilang drama & emosi bola sepak ?'