Ketiadaan Mata & Ba mungkin boleh dijadikan alasan kenapa kita gagal meraih 3 mata di St Mary. Aku tak menafikan Southampton beraksi dengan baik, cuma ketiadaan beberapa tonggak utama sedikit sebanyak memberi kesan terhadap kekalahan 2-1 ni.
Harus diingat, Chelsea mencatat kemenangan 5-1 ke atas Soton dalam saingan Piala Fa sebelum ini pun hasil daripada kombinasi hebat Mata-Hazard-Ba. Rafa mengambil risiko yang tinggi dengan merehatkan David Luiz, Cahill, Ashley Cole, Mata & Ba, semata-mata untuk fokus kepada game Piala FA dengan MU hari isnin nanti. Ternyata strategi itu tidak berhasil kerana Moses & Bertrand beraksi teruk. Aku hanya lihat Azpilicueta sahaja yg banyak naik atas buat overlapping tapi Bertrand ? tidak berfungsi apa2. Hazard & Ramires masuk pun pada pertengahan separuh masa kedua.
Satu hal lagi, bukan mudah untuk menundukkan Soton. Mereka telah memalukan City & Liverpool 3-1. Lihat pada gol pertama Soton, mereka menterjemahkannya melalui hantaran bijak one-two dari midfield kepada striker. Mamat yang nama Jay Rodriguex itu mempunyai sprint yg luar biasa, sangat laju. Dan betul lah cakap Jack Cork, Rickie Lambert is better than Torres.
Walaupun kalah, aku masih lagi positif mengenai peluang Chelsea untuk capai top 4 spot. Spurs sudah cantas balik posisi ke-3 namun kita masih memiliki satu baki perlawanan. Dengan Arsenal yang sedang mengekori rapat posisi ke-4, jadi persaingan merebut top 3 & top 4 akan jadi lebih sukar. Segalanya akan ditentukan dalam 8 game yg terakhir ni.
0 Response to 'Kalah 2-1 + turun posisi ke-4'