*Harap maaf lambat update.
Spurs kalah, jadi Chelsea rampas balik kedudukan no 3 liga dengan memiliki 59 mata dari 29 perlawanan. Baki 9 perlawanan yang tinggal ini (+ Spurs dah main lebih 1 game). Chelsea bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi top 3, malah kita juga berpeluang untuk cantas top 2 City. Tak jauh sangat 4 mata itu.
Berkenaan dengan perlawanan ini, Chelsea mempamerkan permainan bola sepak yang cantik, menarik & bermutu tinggi. Game ini umpama shooting practice. Jika kita lihat pada jumlah percubaan yang dibuat, Chelsea boleh menang sampai 7-0. Lampard & Ba kalau nak ikutkan masing2 dah boleh score hatrik.
Ba banyak mensia-siakan peluang. 2 kali one by one dengan keeper pun tak lepas. Walaupun perform teruk, tapi aku tak salahkannya 100% sebab Ba tidak beraksi secara regular. Sejak dibeli pada bulan Januari lepas, berapa game je dia main, kalau nak bandingkan dengan 3 musim Torres. Gol2 Ba ketika di Newcastle dulu, kita boleh lihat sangat superb, maksud aku, cara dia jaringkan gol itu melalui satu sudut yang sukar. Dia jarang score gol dalam situasi mudah mungkin lepas ni Ba boleh praktis shoot satu sama satu dengan Cech.
Hazard sememangnya world class player. Dia memberi assist kepada gol ke-200 Lampard & juga mempersembahkan aksi individu yang superb untuk gol kedua Chelsea. 8 gol 8 assist setakat ini dalam penampilan di EPL, so peminat MU masih menganggap Kagawa lebih bagus dari Hazard ? heh!
Apa pun perfomance yang cukup berkualiti dari Chelsea. Ditambah pula dengan 200 gol Lampard. Hanya dua gol sahaja lagi untuk menyamai rekod Bobby Tambling. Mungkin ada haters akan cakap, 200 gol Lampard itu, separuh daripadanya adalah penalty kick. Tahukah anda, 12 musim 597 game Lampard score 200 gol ( hanya 43 gol sahaja daripadanya ialah penalty kick). Satu perkara lagi, Lampard bukannya striker tapi midfielder. Jadi 200 gol yang dihasilkan itu sudah cukup luar biasa bagi pemain tengah sepertinya. Giggs 21 musim, 686 game pun hanya score 109 gol je.
Fixture bulan 4 nanti tersangatlah padat. 3 game dalam 7 hari, bermula dengan Soton 1 April, 3 hari berikutnya lawan FA United. 7 April pula dengan Rubin Kazan untuk suku akhir Europa League.
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)
Lampard 12 seasons, 597 games, 200 goals (only 43 pens)