"Big Sunday Match", tagline paling sesuai untuk perlawanan malam ni.
Sayangnya ia hanya sekadar tagline. Pada 4/5 tahun lepas, perlawanan ini boleh juga digelar sebagai "big 4 match". Namun memandangkan Liverpool semakin hari semakin terpesong jauh dari top 4, anggap sahaja ia perlawanan "besar" yang biasa2 sahaja. Aku hairan, ada segelintir penyokong Liverpool masih mengatakan kelab mereka tidak cukup kuat dalam hal2 financial. Dan kononnya faktor itu menyebabkan mereka tidak boleh bersaing dengan kelab2 kuat seperti MU, Chelsea, Manchester City.
Agak kelakar kerana musim lepas berbelanja hampir 100 juta pound & mereka masih merungut dalam hal2 kekurangan bajet untuk membeli pemain gempak.100 juta dilaburkan, tapi impaknya hanya sekadar merangkul piala kecik yang ala2 mickey mouse, besertakan kedudukan pertengahan liga.
Jadi, point di sini ialah jangan salahkan tiada bajet tapi salahkan kebangangan dalam membeli pemain. Brendan Rodgers juga sekali sekala kena mengaku yang kelemahan Liverpool, bukan disebabkan tiada bajet tapi sistem pengurusan yang tidak betul, sejak dari zaman berzaman lagi. Kena terima hakikat yang Liverpool sekarang ini bukan lagi kelab top 4. Mereka lebih kepada mid-table club. Andai kata Liverpool menang dengan Chelsea malam ini, aku tak rasa yang mereka akan kembali ke persaingan 4 teratas liga. Kita lihat musim lepas, Liverpool menang dua kali dengan Chelsea pun, namun masih gagal berada dalam top 4 spot. Jangan nak kata top 4 spot tapi top 6 pun tak lepas. Aku tak dapat nak expect yang liverpool akan kembali menjadi liverpool seperti 6/7 tahun lepas, begitu juga dengan Torres. Aku tak rasa yang Torres akan kembali mengganas seperti Torres yang aku kenal 5 tahun lepas
Sebut pasal Torres, perlawanan malam ini adalah perlawanan yang "special" bagi dirinya. Bertemu dengan ex-club yang selalu dia bangga-banggakan sangat di sidang media. Sedar tak sedar, hampir 2 tahun Torres meninggalkan Liverpool. Dalam masa tempoh tersebut, aku tak nampak yang Torres nak tunjuk lagak dia kepada ex-clubnya. First game dia disiku oleh Agger. Second game di Anfield, dia di boo 'judas' oleh penyokong The Kops. Dan setiap game dia bertemu dengan Liverpool, aku tak nampak yang dia bersungguh-sungguh, komited untuk "hentam" ex-clubnya. Sampai sekarang dia masih bercakap tentang Liverpool, menonton gol2 nya yang dia score untuk Liverpool. Nampak seolah-olah Torres masih "sayang" dengan Liverpool."
So untuk game malam ni, aku harap sangat dia tak main. Aku takut perkara yang sama berulang seperti 2 musim lepas. Di Liverpool dulu, Torres score 5 gol dalam 4 game menentang Chelsea. Dan di Chelsea, dia tak mampu nak membalas balik karma itu. Aku tak nampak yang Torres akan jadi "Van Persie" yang dapat score gol lawan ex-clubnya.
Bunyi macam menyakitkan tapi inilah hakikatnya. Aku tak nampak dah Torres akan kembali berbisa seperti dia di Liverpool dulu. Yang aku nampak sekarang ialah dia seorang striker yang manja, merungut bila tak dimainkan, lembik & mudah jatuh. Dia senang "dibuli" oleh bek lawan. Demi kepentingan kelab, aku prefer Sturridge/Moses untuk posisi Torres malam ini.
Menjelang pertembungan menentang Liverpool, kita akan menyambut kembali "kepulangan" kapten marvel. Terry sudah selesai dari hukuman penggantungan 4 perlawanannya & dia boleh beraksi beraksi bersama Cahill/Luiz malam ini. Memandangkan kita punya defensive sejak kebelakangan ini rapuh, jadi dengan adanya JT, harap bahagian centre back akan kembali kukuh. Chelsea masih perlukan semangat leadership JT.
Namun begitu,ada dua key player kita yang masih cedera iaitu Lampard & juga Ashley Cole.
Harapan Chelsea sudah pasti terletak di bahu 3 player ini iaitu Mata-Oscar-Hazard. Trio berbisa ini akan menjamin kemenangan kita, ditambah pula dengan stok pelari pecut dari Brazil iaitu Ramires. Jangan dilupa ayam tambatan baru Chelsea iaitu Moses yang mungkin akan sekali lagi menjadi match winner bagi kita dengan tandukan berbisanya itu. Untuk Mikel, seperti biasa dia akan control di bahagian centre midfielder.
Di bahagian bek, JT akan stronghold balik sistem defensive kita. Ivan mungkin akan kerap naik atas buat overlapping & cross dia juga cun. Bertrand kena fokus betul2 untuk marking set piece pihak lawan. Bukan mudah untuk ambil alih tempat A.Cole, dan dia harus galas tanggungjawab itu sebaik mungkin.
Brendan Rodgers banyak develope dia punya youngster. Dan pemain2 muda seperti Shelvey, Suso, Sterling memang perlu diberi perhatian. Jangan pikir Suarez & Gerrard sahaja ancaman kita, ada lagi beberapa pemain Liverpool lain yang harus dikekang.
Possible line-up (4-2-3-1) :
------- ------- --Cech ---- ---- ---
---- Ivanovic, JT, Cahill, Bertrand --- ----
-------- ---Mikel, Ramires---- -----
--------Mata, Oscar,Hazard,---- --------
------ ---- Sturridge/Moses. ----- -----
KTBFFH !
This comment has been removed by the author.
malam ni penentuan samada chelsea layak merebut utk menjadi pemenang EPL musim ini ....kalau lawan liverpool ni kita kalah maka....akan tersusah sangat la nak naik ke no.1 lagi tu....
walaupun liverpool semakin hari semakin menurun tapi kita x bole pandang rendah ...sbb beberapa musim lalu kita kerap kali kalah lawan livepool ....dan liverpool juga adalah rival lawan utk chelsea
torres ohh torres .......nampaknya torres sekarang ni lebih banyak beraksi sebagai dummy striker ...walaupun torres x scored tp teamwork tetap kuat d padang ;) .
apapun aku mmg x mo torres masuk 1st line up malam ni ..biar danny yg main dulu ....torres masuk 2nd half macam tu....
kehadiran semua JT akan menguatkan kembali bahagian pertahanan yg nampak kurang semenjak beberapa minggu lalu ....
seperti biasa kita tahu hazard oscar mata ramires marin ....kalau mereka semua main kompom kita akan mantap dan menang .....
mikel ramires oscar pun bole jaga baik di bahagian tengah ....
iva akan kembali ke posisi RB memandang cross dan overlapping dia cantik ....
ryan ni kalau main LWF atau LMF baru mamat ni mantap...tapi kalau main jadi LB belum tiba masanya lagi...biar cole yg didik budak ryan ni ....
apapun aku mengharapkan kemenangan utk kita malam ni....kalau aku sempat aku tgk live malam ni....sbb lepas pulang dr keja aku g main futsal dgn teammate tpt keja aku heheheh.....
ya malam ni wajib menang sebab kalau drop point lagi, chelsea akan tertinggal mata demi dengan mata dengan MU...citypun kalau menang dengan spurs, diorg akan rampas tempat kedua dari chelsea... everton & westbrom pun skrg dah 20 point, 3 point je beza dengan chelsea...
aku tak pandang rendah kepada liverpool, cume aku nak cakap secara jujurnya memang diorg xbleh compete utk top 4 spot dah...even kalau diorg menang dengan chelsea malam ini pun, diorg xkan masuk top 4 macam 5/6 tahun yg lepas..percayalah ckp aku...mourinho sendiripun cakap macam ni.. diorg punya level football bagus, under brendan rodgers style play diorg cantik cume dalam bola sepak taktikal & result is no 1...kalau main cantik tapi xmenang xde guna..satu lagi dalam team diorg, aku hanya nampak 1/2 player sahaja yg perform gempak, lain2 tak cukup power...youngster diorg talented, cume xde experience & tak de aura utk angkat liverpool kembali sebagai club top 4 spot.. brendan rodgers kena bina squad yg macam 6/7 tahun lepas... waktu itu, aku sendiri anggap skuad mereka memang complete (dengan torres yg gile xhenti2 score gol)semua player mase tu ade function & mempunyai strong charachter yg bleh bawa level liverpool ke tahap yg lebih tinggi..tp skrg, tersangatlah berbeza, after rafa benitez blah, diorg punya result makin teruk.. .yg aku nampak liverpool hanyalah bergantung kepada suarez..bayangkan kalau suarez injured, memang masaklah liverpool, dengan si carrol jambang dia duk kat west ham..kalau macam chelsea, torres tak mainpun chelsea boleh menang sebab semua player kita macam striker, termasuk defend.
pasal bertrand, memang konfem dia akan main left back sebab posisi lb chelsea hanya ada dua je... ashley cole & betrand..skrg ni ashley cole injured, tinggal 1 option je lah..
hampeh ke teruk ke, nak tak nak kena guna juga bertrand di posisi LB.. ya lah kebiasaannya bertrand akan perform di posisi LM kalau ashley cole ada... dia lebih menyerlah di posisi pemain sayap tengah.. left back memang sejak dari zaman JM lagi, ashley cole akan jadi 1st choice.. ashley cole masih lagi hebat dalam menggalas tugas di posisi LB & aku harap dia akan stay lagi bersama chelsea utk tempoh 2/3 tahun akan datang.
liverpool ni mereka klu lwn pasukan kuat mereka menang..tp ble lwn pasukan x kuat..kalah..pelik btl..hahaha..anyway..aq yakin chelsea mst menang dgn ada nya trio mata-oscar-hazar...btl ckp kc..torres x yah msk la..tkut2 t kne boo ag kot..bek msk kn moses or sturridge...all the best team...
mmg lambat laun Ryan akan ambik posisi LB secara rasmi ....tp cole akan pergi dr chelsea dgn secara rasmi kalau kontrak dia x sign...sbb cole nak lebih dr setahun kontrak lepas january tahun depan..cuma chelsea x bagi lebih dr setahun kalau umur da 30+ .....
cole masi mantap ....aku teringat zaman alex ni pun bekas defender chelsea yg mantap freekick pun macam roket hehehe.....
torres kalau masuk minit ke 70+ mmg patut hehehehe ...apapun kita jangan putus asa utk support player sedia ada ....come on ..they the blues kita the blues so kena support antara satu sama lain okey remember that forever ...bercerai kita roboh bersatu kita teguh ....
hampa mmg hampa kena terima walaupun sakit ...aku pun kdg2 sakit ati nampak torres macam tu...tp aku x putus support torres semenjak dia masuk d kem biru kita ni......
aku rasa lah kan............kalau torres main dan jaring 1 atau 2 goal ....mesti sumpahan dr liverpool tu terhapus ....sbb skrg ni badi torres masih kat liverpool lagi hehehehehhe......so badi tu mesti kena hampus ...jadi kalau torres main dia mesti wajip menjaring gol utk meleraikan segala sumpahan badi d liverpool tu.....
sbb x henti2 peminat liverpool maki hamun torres ...kesian torres tu kena macam tu....
takpe torres skrg kau kat chelsea kami semua respek abg nando sebaik-baiknya ....kami terima dgn seadanya kehadiran fernando torres F9T
Aq pula sentiasa menanti kehadiran marin ni.dia no.dua messi.lebi kurang mainan nya mcm oscar dan hazard.kecil tp lincah.rasa2nya moses akan d mainkan gandingan torres coz torres teamwork is perfect x tamak walaupun nampak lembik namun kekuatannya masi ada dlm dirinya.moses da mula menyerlah kat chelsea.apa pun chelsea mempunyai pemain yg power dan corak mainan yg cantik.selamat berjuang chelsea......
Ivanovic---luiz---terry---bertand
Mikel---marin
Mata---oscar---hazard
Torres---moses
perlawanan besar yg biasa2 pun xbole makan ka? beli player2 mahal pun takat seri je