Jika perlawanan berlangsung secara adil & saksama, inilah keputusan yang kita dapat. Referee okey, maka kemenangan akan berpihak kepada pasukan yang power.
Dalam perlawanan yang boleh dianggap dramatik ini, 9 gol terhasil. Sama ada Chelsea mahupun MU, masing2 saling membalas serangan. Kita dapat lihat pada awal permainan, MU terlebih dahulu mengungguli perlawanan 1-0, sebelum Chelsea menyamakan kedudukan 1-1. Seterusnya begitulah perlawanan berjalan, kedua-kedua pasukan saling membalas gol.
Selepas Nani meletakkan MU 3-2 di depan, RDM memasukkan trio utama, Ramires-Oscar-Hazard. Kemasukan 3 pemain ini merancakkan lagi tempo permainan Chelsea dalam mencari gol penyamaan & juga kemenangan.
Ketika perlawanan seolah-olah nampak akan dimenangi oleh MU, Chelsea akhirnya berjaya menyamakan kedudukan buat kali ke-3, menerusi sepakan penalti Hazard pada masa kecederaan. Lee Mason, pengadil perlawanan tidak teragak-agak untuk menghadiahkan sepakan penalti kepada Chelsea selepas Ramires dikasari oleh anak ikan Ferguson.
Perlawanan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-kedua pasukan terikat 3-3 dalam 90 minit permainan.
Dipendekkan cerita, bla bla bla Chelsea menyumbat dua gol menerusi adik Ramires & Sturridge untuk membawa The Blues ke suku akhir Piala Capital One.
Betul kata pepatah orang putih "Revenge is so sweet". Kita membalas luka apa yang berlaku 3 hari lepas.
Walaupun menang, tapi aku harus mengkritik titik kelemahan yang ada pada Chelsea sekarang ini. Antaranya ialah kita lambat panas. Bila lawan sudah leading, baru nak main bersungguh-sungguh. Ketika tengah leading pula, aku nampak ada beberapa player Chelsea hilang fokus & leka. Namun masalah paling ketara ialah di bahagian pertahanan. Defend kita kerap cuai & keluar posisi, yang mana ia telah menyebabkan Chelsea mudah dibolosi. Defensive error dari bek2 Chelsea menghadiahkan dua gol mudah untuk MU. Aku harap Chelsea akan improve bab2 defensive ini. Tiada guna kalau attacking smart, defensive hancur.
Aku suka kombinasi Moses-Sturridge kerana bahagian attacking kita lebih terbuka, lebih aggresif & lebih baik jika nak banding dengan Torres yang lebih banyak jatuh daripada melakukan percubaan ke gawang lawan. Dalam suka itu ada pro & kontranya. Kita banyak mensia-siakan peluang untuk menambah jaringan. Peluang terhidang tapi gagal memanfaatkannya. Macam Moses, 1 by 1 dengan keeper tapi gagal menyudahkan gol untuk Chelsea. Kalau nak ikutkan, kita boleh menang dengan MU lebih dari 6/7 gol. Sturridge ? Dia okey tapi sikap tamaknya itu tetap terserlah. Kata orang kelantan "nak make sore". Dia punya dribble bagus, tapi kalau terlalu lama dribble, sakit hati juga menengoknya. Beza Sturridge dengan Torres ialah Torres tak tamak & lebih bersikap setiakawan tapi kalau nilai dari sudut finishing, Sturridge lebih hebat. Oh ye lupa, Piazon juga sempat beraksi dalam perlawanan ini. Mungkin kurang menyerlah kerana baru 1st game main & RDM perlu lebih banyak beri peluang kepada player ini untuk menonjolkan lagi bakatnya.
Kekalahan MU ini, pastinya penyokong mereka akan memberi alasan seperti "alah MU guna skuad reserve, bolehlah Chelsea menang", "piala mikey mouse tak heran". Bagi aku, tak perlu hurai panjang lebar mengenai benda ini kerana kita semua tahu, typical manure fans memang macam itu. Ada sahaja alasan mereka, tak nak akui kekalahan MU. Jika menang dengan Chelsea atas bantuan pengadil pun, mereka akan mengungkit kisah2 lepas. Typical Manure fans, haters gonna be hate.
Alex Ferguson nampak macam over confident. Turunkan player simpanan, apa
dia ingat Chesea ni team cap ayam macam liverpool ke. Sudah tahu
Chelsea power, turun 1st team lah.
Nak dikaji balik, kalau mereka guna 1st team pun bukan boleh menang juga. Kalau menang pun dengan cara kotor. Sebagai bukti, kita lihat 3 hari lepas. 9 lawan 11 tapi MU tetap mengharapkan gol offside juga untuk menang. Sudah la 1 gol lagi itu, disumbangkan oleh player Chelsea itu sendiri.
Tak benar juga kalau nak kata Chelsea guna keseluruhan pemain utama kerana yang beraksi dalam kesebelasan utama hari ini separuhnya pemain reserve. Antaranya Piazon, Romeu, Bertrand, Azpilicueta, Moses. Manakala Sturridge pula lebih banyak berada di bench jika Torres ada. Dan sejak bila pula Chicharito, Welbeck, Lindegaard, Anderson, Rafael diklasifikasikan sebagai pemain B team & bukannya A team ? alasan typical manure fans.
Easy to say, dua perkara yang membolehkan MU menang dengan Chelsea ialah kad merah & pengadil. Kalau tiada dua keutamaan itu, MU takkan menang. Mungkin Alex Ferguson boleh praktikkan balik dua formula itu untuk game dengan Arsenal nanti.
Chelsea menang namun masih ada lagi beberapa keputusan yang memihak kepada MU. Jangan lupa dalam perlawanan ini, bek MU patut dilayangkan kad merah
selepas menjatuhkan Sturridge. Situasi fault itu lebih kurang sama
dengan fault yang dibuat oleh Ivanovic kepada Ashley Young 3 hari lepas.
Tapi Lee Mason hanya melayangkan kad kuning sahaja. Satu lagi, ada handball dari bek MU tapi Chelsea tak dapat penalty pun.
Apa pun usaha tangga kejayaan. Chelsea memang layak menang kerana usaha gigih kita tanpa mengharapkan bantuan ke-12.
KTBFFH.
P/S : Menanti Chelsea di suku akhir ialah Leeds United.