Epl berehat seminggu bagi memberi laluan kepada International break.
Aku tak berapa layan sangat international match ni sebab ia boring. Satu problem kalau melibatkan international match ni ialah takut ada player penting yang cedera.
Perlawanan antarabangsa semalam banyak juga melibatkan pemain Chelsea. Antaranya :
Lampard mencetak nama sebagai penjaring dua gol ketika England menang besar di Moldova. Gol pertama melalui sepakan penalti dan gol kedua menerusi tandukan. Lampard sekarang sudah ada 92 kaps sambil memiliki 25 gol bersama skuad Three Lions.
Agak heran dengan perfomance Lampard. Di Chesea sudah 4 game prestasi dia kurang memberangsangkan namun di pentas antarabangsa semalam, Lampard kembali menonjolkan aksi terbaik. Dia control tempo dan memanfaatkan peluang dengan baik.
Cahill, Bertrand & Sturridge menyaksikan perlawanan dari bangku simpanan manakala Terry mengalami sedikit kecederaan.
Hazard & Courtois beraksi penuh 90 minit ketika Belgium menewaskan Wales 1-0. Lukaku & De Bruyne sempat juga bermain pada separuh masa kedua.
Dalam friendly match pula, Spain mudah meratah Arab Saudi dengan 5 gol tanpa bolos. Torres yang dilantik sebagai kapten Espana telah membuat penampilan ke-100 untuk negaranya itu.
Oscar, David Luiz & Ramires masing2 menggalas tugas dengan cemerlang ketika Brazil menang tipis 1-0 ke atas Afrika Selatan.
0 Response to 'International break#'