Akhirnya, usaha kita untuk dapatkan Oscar berhasil selepas dia diumumkan sebagai pemain baru Chelsea pada hari rabu lepas.
Pihak Chelsea secara besar hatinya telah melengkapkan pembelian yang bernilai 25 juta pound dari kelab Internacional, Brazil. Oscar telah sain kontrak selama 5 tahun dan akan kekal di Stamford Bridge sehingga 2017.
Oscar, pemain terbaru, yakni ke-4 Chelsea selepas sebelum ini kita berjaya mendapatkan Marko Marin & dua beradik Hazard ( Thorgan & Eden).
Sebenarnya, kedatangan Hazard & Marin sudah cukup untuk mengubah tempo di bahagian tengah Chelsea. Kedatangan Oscar bagi aku, umpama seperti kuota yang berlebihan. Apa tidaknya, di bahagian tengah kita sudah ada banyak pemain yang berbakat. Selepas dapat Hazard & Marin, Chelsea sepatutnya fokus untuk beli pemain di posisi yang lain. Drogba sudah tiada, di situ Chelsea sudah hilang aura striker yang berpengalaman. Beli striker & bukannya another talented midfielder. Apa guna kalau banyak pemain tengah, tapi di bahagian striker lemah. Torres tidak begitu impresif sangat musim lepas dan Lukaku hampir sahaja nak di-loankan. Sturridge pula tidak konsisten. Jadi, kita harus menitik beratkan juga di perspektif berkenaan. Option yang banyak tidak bermakna ianya bakal menjadi satu perubahan drastik pada masa akan datang. Bergantung kepada cara pengurusan kelab itu sendiri untuk mengendalikannya dengan baik.
Ramai yang cakap, si Oscar ni lebih hebat dari Lucas Moura (pemain yang MU nak beli sangat tu). Apa yang aku kaji tentang Oscar ni, gaya permainnya unik. Dia bijak bermain one two pass dan kemas dalam membuat through ball, yakni hantaran tersebut sangat digemari oleh Abang Torres.
Apa pun, semoga Oscar berjaya di Chelsea. Pekara penting yang dia perlu buat ialah menyesuaikan diri terlebih dahulu. Cari kesefahaman dengan rakan baru. Jika tiada chemistry, macam mana nak menggerakkan jentera tengah, apetah lagi untuk mencantikkan tempo permainan sepasukan.
P/S : Oscar telah sumbangkan dua assist ketika Brazil menang 3-2 ke atas Mesir dalam saingan sukan Olimpik di London, semalam.