Kecederaan.
Itulah yang dialami oleh skuad England sekarang ini. Menjelang Euro yang bakal berlangsung minggu depan, team lain sibuk nak prepare strategi tapi team England pula masih dengan isu kecederaan tonggak utama.
Gareth Barry, Abang Lampard dan terkini Gary Cahill pula terpaksa disisihkan kerana cedera. Yang kelakarnya Roy Hodgson menggantikan pemain yang cedera itu dengan pemain Liverpool.
Lampard digantikan dengan Henderson. Cahill pula tempatnya diambil alih oleh Martin Kelly. Dah macam tak ada pemain lain, kenapa pemain dari kelab Liverpool juga perlu dijadi bahan ganti ?
Uncle Roy bolehlah aku gelarkan dia sebagai peminat fanatik Liverpool kerana terdapat 6 pemain England sekarang ini semuanya dari kelab history channel. Kelly, Johnson, Gerrard, Henderson, Downing & Carrol. 6 pemain yang aku sebut itu, 5 di antara mereka beraksi hambar di kelab mereka musim lepas.
Jadi sebab itu aku anggap Roy Hodgson terlalu semberono memilih pemain.
Jika aku jadi Roy, tempat Cahill itu sepatutnya digantikan dengan bek Stoke, Ryan Shawcross yang beraksi lebih baik daripada si Kelly itu. Shawcross beraksi dalam setiap perlawanan bersama kelab Stoke musim lepas, sedangkan Kelly kalau tidak silap aku, hanya takat 12 kali sahaja main dengan Liverpool.
Tempat Lampard pula, seharusnya digantikan dengan pemain kreatif seperti Aaron Lennon ataupun Michael Carrick dan bukannya pemain mentah macam Henderson.
Begitu juga di bahagian left winger & striker. Adam Johnson yang berbakat itu dipinggirkan dan Roy lebih memilih Stewart Downing yang passing bola pun tak pandai. Grant Holt, striker Norwich City lebih banyak menjaringkan gol jika nak bandingkan dengan si Carrol jambang itu. Adam Johnson walaupun main jarang2 dengan City tapi perfomance die lebih hebat jika nak bandingkan dengan Downing yang banyak mainpun tetap bangang.
Jadi sekarang ini kita boleh lihat betapa Roy Hodgson memang tidak ada taste dalam memilih pemain.
Roy tak boleh tiru cara Vicente del Bosque. Coach Spain itu memasukkan banyak pemain barcelona ke dalam skuad kebangsaan kerana pemain barca itu sudah menunjukkan kemampuan mereka di peringkat kelab & juga di peringkat antarabangsa. Sedangkan pemain Liverpool yang dipilih oleh Roy tersebut tiada pengalaman. Sudahlah tidak ada pengalaman, beraksi bangang pula bersama kelab. Di situ ada beza.
Tidak mengapalah Vicente del Bosque nak senaraikan ramai pemain barca ke dalam skuad Spain kerana pada waktu itu Barca berstatuskan juara eropah dan juara la liga. Sedangkan Roy memasukkan banyak pemain Liverpool ke dalam skuad England, padahal musim lepas, kelab Liverpool hanya mampu memenangi trofi mickey mouse & sekadar berada di kedudukan ke-8 liga sahaja.
Skuad England sejak dari dulu lagi bermasalah. Tambah pula dengan kedatangan pengurus & pemain baru yang makin bermasalah, jadilah haru biru Euro 2012 nanti. Masuk je quarter final kalah, masuk quarter final tersingkir. Bila sudah jadi perkara seperti ini, sekurang-kurangnya kita dapat tahu siapa yang harus dipersalahkan ye tak ?
Roy oh Roy
P/S : Terry pun belum dipastikan lagi boleh bermain atau tidak di Euro. Kalau disisihkan juga, tak perlu terkejut lah sebab sudah ada seorang lagi pemain bek tua Liverpool yang akan ambil alih tempat Terry nanti. Siapa pemain tu ? Lu fikirlah sendiri.