Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
Itulah peribahasa yg dapat digambarkan dalam match kali ini. First half kite bermula agak teruk, lembab. Nasib baik second half dapat cover dengan baik.
Gol penyamaan dari Anelka pada awal separuh masa kedua telah menyuntik semangat team kite untuk terus berjuang sehingga ke titisan penamat wlpn pada suatu ketika Chelsea ketinggalan 1-0 hasil daripada jaringan awal striker muda West Brom, Shane Long.
Dan akhirnya, pada minit ke-83, gol comeback yang dinanti-nantikan oleh fans Chelsea muncul dengan penuh dramatik. Bermula dari pergerakan bijak Bosingwa yg berjaya melepasi dua benteng kebal West Brom dan lantas right back lincah kite itu terus melancarkan satu crossing cantik yg mudah disempurnakan oleh Malouda untuk gol kedua dan juga gol kemenangan Chelsea.
First victory for AVB & 3 mata penuh untuk Chelsea.
Overall, rasanya tidak salah kalau aku cakap Chelsea mempamerkan satu perfomance yg hambar. Gol pertama West Brom(Shane Long) hasil daripada kesilapan Alex. Namun aku tidak menyalahkan Alex 100% kerana secara keseluruhan dalam apa yang berlaku hari ni, kebanyakan player kite tidak catch-up & memberi slow response sehinggakan pihak lawan begitu mudah menghukum kealpaan di bahagian tengah & barisan pertahanan kite, lebih2 lagi pada separuh masa pertama tadi.
Menang, menang juga tapi untuk next match kena improvelah. Banyak sangat perkara yang perlu di-take note lagi selepas ni.
Setuju ngan KC.. sbb game kat SB ni lembab dan byk buat silap dan mudah hilang fokus.. ak tgk pn resah je.
Pape hal, keep it up! be better next game nti :)