Sebelum aku ulas serba sedikit mengenai match pre-season terakhir untuk season 2010/2011 bagi kem kite pada malam ini, jom kita imbas kembali match2 friendly minggu2 yang sebelum ini di mana hasilnya tidak begitu diharapkan oleh kite sendiri.
Kem kite sukses memetik kemenangan pertama untuk pre-season kali ini iaitu menewaskan Crystal Palace 1-0.Namun sedikit terkejut dengan kekalahan 3-1 ke atas gergasi Belanda, Ajax di halaman mereka.Begitu juga dengan dua kekalahan yang berikutnya di tangan kelab yang tidak begitu menonjol sangat iaitu Wycombe Wanderes & Eintracht Frankfurt.
Tapi ape boleh buat, ia hanya match friendly sahaja.Menang atau kalah, ia tidak begitu penting.Sekadar untuk melihat daya kemampuan player2 kita yang rata-ratanya berada di peringkat umur kebudak-budakkan sahaja.CA,RA & Ray Wilkins tidak terlalu kecewa sangat dengan result2 match friendly kita itu coz ia hanya match ujikaji sahaja dan sekadar untuk melihat beberapa player2 muda yang menyerlah untuk diserapkan ke dalam skuad senior pada season baru nanti.Kenapa nak EMO sangat dengan match friendly sedangkan match kompetitif lebih penting lagi dari match friendly yang perlu kita fokuskan pada pertengahan bulan Ogos nanti.
Walapun kekalahan 2-1 ke atas Eintracht Frankfurt, CA telah berani meletakkan beberapa player2 senior namun masih gagal untuk meraih keputusan yang positif.Maybe cuti panjang yang melekakan mereka serta terdapat masalah yang dihadapi oleh beberapa player senior kite yang telah menggagalkan misi kite untuk memenangi match tersebut.
Kembali semula kepada point utama entri ini, malam ini kem kita akan meneruskan cabaran pre-season terakhir menentang kelab Jerman, Hamburg SV.Selepas pada match malam ini, pada 8 ogos nanti iaitu minggu depan, akan bermulalah match Communtiy Shield yang sangat dinanti-nantikan oleh kita semua iaitu menentang MU di Stadium Wembley.
Malam ini juga benteng2 kebal kita bakal menghadapi bekas striker terbaik di dunia iaitu Ruud Van Nistelrooy yang boleh dikatakan masih lagi berbisa di untuk mengemudi di barisan serangan Hamburg.
Persoalan hangat dari aku ialah, perlukah kita menurunkan skuad 1st menentang Hamburg malam ini? walaupun Essien,Lampard,Terry tidak menghadapi sebarang masalah untuk beraksi pada match pre-season terakhir ini.Untuk Didi plak, aku syorkan dia patut direhatkan dalam match ini untuk prepare match menentang MU minggu depan.Cech diharapkan akan fit 100% dan bleh start perform untuk match Community Shield nanti.Bosingwa plak masih berada dalam keadaan seperti season yang lepas.
So, kem kite akan sukses mencatat kekalahan ke-4 plak untuk malam ini ?
Bagi aku, aku tidak kisah jika kem kita sukses menang atau kalah coz ia hanya match friendly sahaja.Match friendly sememangnya tidak menjanjikan sebarang habuan yeng berbentuk trofi atau duit coz ia hanya match excercise untuk menguji daya kreatif player2 muda kita sahaja dan ia bukanlah match kompetitif yang realisiitk seperrti EPL & Piala FA.Tengok jelah reaksi selamba CA kita kat atas ini mengenai match2 pre-season ini...Relaks je,macam tak de ape yang perlu dirisaukan...last season 2 trofi dah genggam..season baru ni target trofi hatrik plak...(CA : "Ade aku kesah ?")
P/S : Rasanya ade live kot untuk match ini.Aku prefer korang try check kul 12 malam ni kat channel 811.
HSH Nordband Arena - Medan Ujikaji terakhir.!
Posted by
KampungChelsea
On
Wednesday, August 04, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmm.. skuad muda ngan senior akn dicampur kn.2 ramalan ak la.
Sbb jgn dilupa, kem kita 8hb ni kene lawan MU utk perisai charity tu.
So x kisah la menang ke kalah, try the best for tonight friendly.
ye ar adam...mcam arsenal, match friendly je menang..match2 kompetitif mmg bungkus ar..xde gune jgk...orang xbangga menang match friendly,orang bangga menang match2 cam epl,ucl,piala fa...