It's over now....Drama kontrak news Ballack & Joey bersiri nampaknya sudah menemui episod kemuncak.
Kem kite dilaporkan tidak lagi mahu membuat sebarang kontrak baru untuk mereka.Atas alasan, kem kite tidak mampu melayan request gaji yang diinginkan oleh mereka itu.
Kan aku dah cakap, jangan jual mahal...Tengok, sekarang ape dah jadi ? Nasib badan....
Seperti yang korang telah tahu, Joey mahu gaji 150 ribu pound seminggu.Kem kite tidak mahu melayan gaji yang diinginkan oleh Joey tersebut dan hanya mahu membayar 90 ribu pound sahaja seminggu untuknya.
Akhirnya, keputusan telah dibuat.Joey akan bersiap sedia untuk mengemas biliknya itu di Sb dan akan berangkat pada 1 Julai ini.
Team2 seperti Arsenal,Manchester City,MU dan tidak lupe jugak Spurs maybe akan mencari anda,Joey.Sila tunggu mesej interview dari mereka erk.
Oklah habis sudah cerita mengenai Joey...Ape cite Ballack pulak ?
Bagi yang belum mengetahui lagi, Ballack menginginkan kontrak satu musim lagi bersama kem kite serta tambahan gajinya juga turut dinaikkan.Tapi ape boleh buat, somepeople cannot touch his dream when he want it fastly.Kem kite telah menolah request dari Ballack itu kerana pihak pengurusan kem kite telah membuat satu perancangan yang lebih sistematik menjelang musim depan.Ape perancangan sistematik itu ? yang aku boleh cakap ialah kem kite tidak lagi mahu menyimpan banyak lagi kuda emas untuk next season dan juga mahu menjimatkan kewangan kelab kite yang pada dulunya hampir bankrup disebabkan terlalu melayan karenah permintaan gaji pemain.
Ape2pun sampai sekarang masih lagi belum diketahui ke mana hala tuju Ballack selepas ini.Ke Dubai atau kembali ke kampung halaman balik, aku tak boleh mempastikannya lagi....
P/S : Ape boleh buat,kan ? yang dah lama datang pastinya akan berangkat pergi.Good luck & goodbye aku ucapkan kepada Ballack & Joey.Jasa mu tetap dikenang di Chelsea.Long Live old blues player.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hmm.. da agak da kit2. X sangka lak jadi betul2.
Pape pn, hope chelsea leh bawak masuk sorg 2 midfielder lagi tuk musim depan.