Ini Chelsea la,World.!

Posted by KampungChelsea On Sunday, April 11, 2010
Kalau mawi ade trademark die "world", ha chelseapun ade trademark "world" jugak.Musim ni team kita sekali lagi berpeluang untuk mempertahankan gelaran piala fa sekali lagi selepas last season, kita juara piala fa kan,everybody know kan?Ini chelsea la,world.!

Ketiga-gol diperolehi oleh top score, abang Didi , Malouda dan Lampard.

Dengan kemenangan 3-0 ke atas budak2 villa tu, chelsea sekali lagi sukses mara ke final wembley buat kali ketiga dalam 4 musim terakhir.Arsenal ? Man United ? Liverpool ? Sekian terima kasih....

Sekarang ini kita terpaksa menunggu result akhir sape yang akan challenge chelsea di final wembley nanti.Tottenham atau Portsmouth ? Aku harap Portsmouth menang nanti coz boleh jumpe balik dengan Avram Grant kat final wembley bulan 5 nanti.

Mari aku ceritkan serba sedikit apa yang berlaku di semi final wembley malam tadi :

First half, rata-rata bukan sahaja team kita, tetapi team aston villa bermain sangat berhati-hati.Dan sangat mengecewakan biler aku melihat perfomance player2 star kita passing n main merapu pada first half dan kita bernasin baik coz aston villa tidak mengambil peluang terbaik semasa kita show bad perfomance kat first half.

Kita boleh nampak hanya satu sahaja peluang hebat di first half oleh team kita iaitu pada minit ke-36.Dari bola lambung ke kawasan kotak penalti, Drogba  meleretkan bola kepada Joe Cole n then Joe Cole hanya melepaskan small shoot ke gawang villa dan Brad Friedel dengan mudah menangkap bola shoot Joe Cole itu.

Aku terpaksa menunggu sehingga minit ke-67 apabila sorang defend aston villa membuang bola dengan hampeh dan jatuh ke kaki Terry.Dan Terry membuat shoot tapi bukan ke gawang Villa tapi bola shoot terry tu dihalakan kepada abang didi dan abang didi kita mudah menyambar masuk bola tersebut ke gawang villa untuk menjadikan skorline 1-0.

Kemudian, Malouda menjadikan skorline chelsea dengan lebih selesa dengan jaringannya pada minit ke-89.Hasil daripada passing cantik dari Ballack dan mudah disambut oleh Malouda dengan first time kaki kanannya menewaskan abang botak villa, Friedel.

Tak puas hati lagi dengan 2 gol, team kita mendapat gol ketiga dari blues legend, abang lampard kita pada injury time.Dari gerakan malouda, die sempat passing kepada anelka dan anelka tidak tamak dan passing ball tersebut kepada abang lampard dan abang lampard kita dengan mudah menendang bola tersebut dengan selambanya ke gawang villa dan skorline aston villa 0 CHELSEA 3.Once again, kita ke final wembley, tungu result tottenham lawan portsmouth plak nanti,huhuh.

Komen aku :

-First half kita main sangat teruk dan aku boleh nampak reaksi wajah Ancelotti yang sangat kecewa dengan perfomance team kita pada masa tu.

-Tapi second half semuanya berubah.Permainan team kita lebih baik dari first half dan kalau tidak baik, takkan boleh skor sampai 3 gol dalam masa 22 minit pada separuh masa kedua,kan?

-Selepas sahaja Didi digantikan dengan Anelka, possesion dan attacking team kita baru aku nampak comfortable skit.Dan 2 gol kita perolehi selepas sahaja abang didi kita digantikan dengan anelka.Namun jangan salah sangka, disebabkan gol drogba tu lah yang menjadikan team kita mudah control game dengan baik.Deco digantikan dengan Ballack.Ballack dalam match ini baru aku boleh tabik spring kat die, baru je masuk boleh buat 2 brilliant passing ke gawang villa.Deco second half kurang passing ball dengan baik dan hanya meletakkan harapan di atas kawalan bola kreatifnya tu.Begiu juga dengan kemasukan Kalouda yang membuatkan attacking team kita dalam match ini lebih mudah dan "masyuk".

Ape2pun cakap banyak tak de guna jugak coz kita dah layak ke final wembley bulan 5 ni.Tiada sape yang mampu menafikannya.Aku happy kerana kita bermain super football dalam 25 minit terakhir dalam second half semalam dan cover line untuk bad perfomance di first half.Main cantik biar menang dan jangan main cantik tapi tak menang dan tak boleh piala satu habukpun.Once again, ini chelsea la,world.!

P/S : Next match is epl game plak menetang Bolton di SB.Easy ? Hoho jangan over konfiden, tunggu hari rabu ni plak erk.Go Go Blues !!!
Malouda : YAHOOO !!! Kite gi final plak, ballack.!
Ballack : Of course, baby.!

1 Response to 'Ini Chelsea la,World.!'

  1. esofagus Said,
    https://kampungchelsea.blogspot.com/2010/04/ini-chelsea-laworld.html?showComment=1271009498419#c894256363861318611'> April 12, 2010 at 2:11 AM

    terry sudah pesan..aston villa akan penat selepas main 1jam..1jam = 60minit..

    tapi o'neill tak caye..tgk goal2 chelsea minit2 berape

     


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png