Dengan ketiadaan Drogba di bahagian serangan pagi tadi, Chelsea tidak mempunyai sebarang masalah kerana Salomon Kalou yang telah mengambil posisi Drogba pagi tadi berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang di bahagian serangan dengan menjaringkan 2 gol.Jaringan pertama kalou pada minit ke 41 apabila Lampard berjaya menghanyat bola kepada Ashley Cole dan seterusnya disudahi oleh Kalou.Dan selepas rehat pula pada minit ke 52, Kalou sekali lagi menjaringkan gol apabila berjaya menanduk masuk melalui sepakan sudut yang dihasilkan oleh Frank Lampard.
Dan gol paling dinanti-nantikan oleh fans Chelsea menjelma pada minit ke 69 apabila Frank Lampard berjaya menjaringkan gol pertamanya sejak bulan ogos yang lalu.Lampard merembat terus ke gawang Atletico madrid melalui umpanan oleh Essien.Ancelotti menyifatkan kemenangan Chelsea pagi tadi keseluruhannya dihasilkan oleh Lampard.Gol terakhir Chelsea terhasil pada lewat permainan melalui jaringan sendiri oleh pemain Atletico, Luis Perea hasil daripada sepakan percuma oleh Florent Malouda.Dengan kemenangan ini, Chelsea masih lagi mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kumpulan D dengan 9 mata penuh hasil daripada 3 perlawanan dan hanya memerlukan 2 mata sahaja lagi untuk layak ke pusingan kalah mati.Tahniah Chelsea !!!
P/S : Joe cole masih lagi belum membuat penampilan sepenuhnya lagi dan lebih mengecewakan lagi dalam match ni, Ancelotti masih lagi tidak menurunkan Joe Cole.Yuri Zhirkov sempat membuat debut pertamanya untuk chelsea dalam kempen UEFA CL ni...
no drogba chlsi still win,cool
yea,,,yeay,menang 4-0
cayalah chlsea
man of the match lampard,semua assist n hantaran mmg lmprd plan
harap momentum ni diteruskan,gudluck celse!