Review transfer window #

Posted by KampungChelsea On Tuesday, September 04, 2012

Aku sebenarnya masih berada dalam mood "trauma" dengan apa yang berlaku di Monaco 3 hari lepas. Kita hilang 1 lagi trofi musim ini namun paling menyedihkan ialah bila melihat perfomance terumbang-ambing Chelsea yang telah diperkotak-katikkan oleh Atletico Madrid. Bukan 1, bukan 2, tapi 4 kali kita bolos dalam match itu. Mulai sekarang RDM harus berwaspada kerana jika kita hilang 1 lagi trofi iaitu trofi fifa world cup club, maka beliau akan hadapi tekanan yang sama seperti yang ditrasai oleh bekas2 manager Chelsea sebelum ni. Roman tidak akan lama sangat memandang pencapaian yang lepas. Pencapaian yang terdahulu kena seiring dengan pencapaian sekarang. So, Chelsea kena mula bangkit atau nasib RDM akan jadi sama seperti AVB dan yang lain2.

Berbalik kepada point utama, transfer window bulan ogos selesai. Ada beberapa pemain dilepaskan secara pinjaman dan ada juga yang dilepaskan secara free. Pemain yang di-loan antaranya ialah Sam Hutchinson ke Nottingham Forest, Chalobah ke Watford (kelab yang di-manage oleh Zola), Essien reunion balik dengan JM di Real Madrid, dan Benayoun ke ex-club, West ham. Bagi yang dilepaskan secara free pula Bosingwa yang telah membuat debut pertama untuk kelab QPR ketika pasukannya tewas 3-1 kepada City 2 hari lepas. Tapi Malouda apa cerita pula erk ? aku masih tak tak tahu mana hala tuju dia yang seterusnya. Hari itu dia di-link kan dengan kelab Santos, namun gagal terlaksana dek kerana kelab Brazil itu tak mampu nak bayar wages yang Malouda tetapkan. Hampeh, nak gaji mahal sama macam dia dapat kat Chelsea. Apa dia ingat kelab Santos kaya raya macam Chelsea ke.

Pasal Essien, aku rasa ada bagusnya juga dia di-loan ke Real Madrid. Di bawah pimpinan RDM sekarang, Essien macam2 bayang kosong. RDM lebih kerap memainkan Mikel dan Essien dipinggirkan . Essien itu dulu box to box midfielder, JM memang sangat sayang dengan dia. Pada waktu itu, Iniesta & Xavi pun tak boleh lawan Essien.  Essien kelebihannya sangat luar biasa. Dia pemain centre midfielder yang boleh shoot dengan baik dan melakukan hantaran yang bijak. Aku ibaratkan Essien yang dulu ni macam Bryan Robson, legend England. Dia pemain tengah yang mempunyai stamina yang kuat dan boleh menyelamatkan keadaan jika ada situasi genting. Boleh bergerak sebagai playmarker dan kadang2 juga boleh jadi striker. Jarang pemain CM yang boleh score gol namun Essien boleh melakukan perkara sedemikian. Sebagai contoh, lihat sahaja di zaman JM, Avram Grant, Hiddink & Ancelotti. Kesemua gol yang dia jaringkan itu memang superb. Tak termasuk lagi dengan gol2 penting yang dia sumbangkan untuk pasukan kita.


Tapi sayang, dia tidak diberi kepercayaan tinggi oleh RDM, kononnya essien ni form dia menurun lah. Padahal kalau nak sebut pasal form2 menurun ni, Mikel tu banyak game dia main teruk. Ada sesetengah match sahaja dia main okey tapi itupun masih belum cukup memuaskan. Beza Mikel dengan Essien ni ialah Mikel shoot hancur tapi Essien shoot power. Essien boleh set up beberapa peluang kepada striker tapi Mikel nak buat hantaran pun tak reti. Dia hanya tahu bawa bola, rampas bola. Itu sahaja. Romeu pun tak banyak fungsi sangat. Cuma kalau nak banding dengan Mikel, Romeu lebih bagus kerana dia pandai cover bahagian tengah, disamping menutup ruang serangan lawan.

Terkini, Meireles dikaitkan dengan Fenerbahce. Berkemungkinan besar brader tatoo itu akan tinggalkan Chelsea kerana nasibnya juga sama seperti Essien, kurang mendapat tempat dalam kesebelasan utama. RDM seolah-olah lebih berminat dengan gandingan Mikel-Lampard daripada gabungan Meireles dan pemain tengah yang lain. Meireles perform okey ketika Chelsea menang 2-0 ke atas Newcastle. Namun selepas pada itu, dia diletakkan balik ke bangku simpanan kerana RDM lebih gemar dengan gandingan tak menjadi Mikel-Lampard.

Fenerbahce sudah membuat rundingan dengan pihak atasan Chelsea dan Meireles diberi masa sampai malam esok untuk membuat keputusan sama ada mahu berhijrah atau tidak ke kelab Turki itu.

sayang la kalau jual sebab shoot dia pun boleh tahan lagi

0 Response to 'Review transfer window #'


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png