Salam ramadhan.
Sebelum aku ulas mengenai preview Piala Perisai Komunity Chelsea lawan City, elok juga aku inform beberapa perkara yang sebelum ini aku terlepas pandang. Selepas menjuarai Champions League, Chelsea menerima habuan sebanyak 64 juta euro (US$73,1 juta) dari pihak UEFA dan hasil kejuaraan itu meletakkan Chelsea berada di ranking ke-3 terbaik di Eropah. Ini semua gara-gara kerana kejayaan menjuarai Champions League, jika pasukan anda tak menang trofi, anda tak akan dapat apa yang Chelsea capai sekarang. Menang trofi dan duit income pun banyak masuk. Disebabkan itulah ramai pemain-pemain star, pemain hebat berminat berhijrah ke Chelsea. Jadi, jangan ada peminat lain yang jeles kerana ia sudah menjadi satu lumrah bagi kelab berjaya seperti Chelsea mampu menarik banyak pemain yang berkualiti. Tidak kisahlah kami nak berbelanja banyak mana sekalipun kerana ia duit daripada owner kelab, untung rugi dia yang tanggung. Dengan apa yang Chelsea capai selama satu dekad ini, tidak mengapalah Roman Abramovich nak berbelanja besar lagi.
Kalau setakat almari kabinet trofi kosong, 6 tahun tak menang apa-apa, macam mana duit income nak masuk ? macam mana nak mempertahankan seorang kapten untuk terus setia bersama kelab ? Jangan cemburu dengan duit-duit gila yang ada pada Chelsea sekarang ini kerana itu semua hasil daripada usaha & kejayaan yang kami capai setiap musim. Chelsea juga tidak ada masalah dalam hal-hal menguruskan pemain. Peman-pemain yang nak keluar dipersilakan dan Chelsea bukan kelab yang desperate nak paksa pemain stay atau tidak. Itu terpulang kepada mereka. Hasilnya kami dapat menyimpan seseorang pemain itu dalam satu tempoh yang lama. Tidak macam sesuatu kelab itu. handle pemainpun tak pandai, kapten pun blah setiap tahun.
Ok lah menjelang pertemuan menentang City hari ahad ni, rasanya semua pemain sudah kembali ke kem kecuali Oscar yang akan dapat cuti rehat lebih. Jika kita lihat option di barisan tengah cukup padat. Marin, Hazard, Mata, Malouda akan bersaing untuk posisi winger, manakala Lampard, Meireles, Ramires,Benayoun, Mceachran, Mikel, Romeu, Essien, Oscar untuk posisi CM & CAM. Tapi dalam option yang banyak ini, kadang-kadang ia boleh jadi baik dan mungkin boleh memudaratkan juga. Paling penting, bila dah bermual musim bari, RDM tidak boleh lagi nak rasa was-was dengan line-up. Cukuplah untuk perlawanan friendly kita menangung kekalahan dek kerana membuat subs yang pelbagai. Untuk match kompetitif, aku harap RDM sudah ada line-up yang perfect. Terlalu banyak rotation akan menggangu tempo permainan sepasukan.
Manchester City, seperti yang kita tahu, juarai EPL musim lepas, menyudahkan pra-musim yang lebih baik jika nak banding dengan Chelsea. Soal transfer, agak hairan juga kenapa mereka slow dalam bab2 membeli pemain. Kebiasaannya dalam musim yang terdahulu, mereka cepat dalam hal-hal sebegitu. Setakat ini tiada lagi news yang aku dengar City nak beli pemain baru. Mungkinkah mereka berpuas hati dengan skuad yang ada sekarang ? hmmm.
Lokasi untuk Comunity Shield tahun ni akan berlangsung di Villa Park. Tidak kira di mana lokasi yang diadakan sekalipun, lawan kuat seperti City memang sungguh mencabar. Mereka mempunyai kekuatan dari setiap sudut. Sama ada di bahagian defends, midfield dan attacking. Untuk menang dengan mereka, kita perlu tempo yang laju, aggresif di samping taktikal yang bagus. Memandangkan Chelsea sekarang sudah menghidupkan kembali kekuatan di bahagian sayap, rasanya kita berpeluang untuk menang. Drogba sudah tiada, jadi Torres bakal mengambil alih tugas yang ditinggalkan oleh Super Drog itu, memimpin di bahagian serangan sambil dibantu oleh 3 pemain serba boleh Marin, Mata, Hazard.
Line-up kemungkinan :
(4-3-2-1)
Cech:Ivanovic, Luiz/Cahill, Terry, A.Cole:
Ramires, Mikel, Lampard:
Marin/Mata, Hazard:
Torres
Perlawanan akan bermula pada jam 8.30. Siaran langsung di saluran Astro 817.
Prediction Chelsea 2 Manchester City 1.
KTBFFH.
ktbffh
marin sakit la.......x dpt men utk match ni sbb da banyak kali kena hit masa perlawanan hari tu
so bahagian atas kompom abg nando yg stay ...
hazard dan mata akan berada d bahagian kiri dan kanan
lampard akan balik ke posisi asal iaitu attacking midfielder di bantu dua pemain tengah :)
bahagian pertahanan aku x nak komen lebih2 sbb mmg da bagus dan di tahap terbaik bersama JT,cole,cahil,luiz dan iva
aku punya prediction goal 3-1 @ 2-1
good luck the blues ;)
@ mannerohady
- ha'ah marin tak main, die hamstring. jadi tempat die mata ambil. tapi kalau RDM guna formasi 4-3-3, mungkin bahagian attack ramires-torres-hazard... ramires lebih menonjol di bahagian right winger.
bahagian cb pula, RDM masih tak tentu lagi sama ada nak letak cahill atau david luiz utk bergandingan dengan terry. tapi kalau aku, aku letak cahill. buat mase sekarang, cahill lebih solid.
Chelsea kne bli pmain rb. Ivanovic xsesuai utk rb. Defense chlsea kelam kabut, sebab tu man city dpt score 3gol dlm masa 12minit. Ade 2piala lagi sblm hujung tahun 2012. Aku percaya kalau chelsea dpt perkukuhkan pertahanan,tahun ini, chelsea dpt pergi jauh lagi