Chelsea 6 QPR 1

Posted by KampungChelsea On Monday, April 30, 2012 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Selepas menyingkirkan Barcelona, kini Chelsea membelasah QPR pula 6-1 di Stamford Bridge. Paling best kemenangan besar ini dapat membalas dendam balik dengan apa yang berlaku di Loftus Road, bulan Oktober tahun lepas yang mana ketika itu kita tumbang 1-0 angkara keputusan pengadil yang berat sebelah. Chelsea tidak memerlukan bantuan pengadil untuk menang besar seperti ini.

Torres akhirnya berjaya menjaringkan hatrik buat kali pertama untuk kelab Chelsea. Gol pertama Torres terhasil selepas dia menerima umpanan silang Kalou. Kemudiannya, dia menggandakan gol kedua, berpunca dari kesilapan Paddy Kenny, penjaga gol QPR yang gagal menangkap kemas bola. Saat yang paling dinanti oleh peminat Chelsea hadir pada minit ke-64 apabila El-nino menjaringkan gol ke-3, yakni hatrik pertamanya bersama The Blues. 4 gol dalam temph kurang seminggu membuktikan bahawa Torres berada dalam prestasi terbaik. Syabas El-nino !

3 gol lagi dijaringkan oleh Sturridge, Terry & Malouda. Djibril Cisse menghadiahkan gol saguhati buat QPR pada lewat permainan namun scoreline masih memihak kepada Chelsea dengan 6 gol berbalas 1.

Sam hutchinson, pemain muda The Blues yang sebelum ini mengumumkan persaraan dari dunia bola sepak masuk menggantikan Bosingwa pada minit ke-81. Tapi tahukah anda dalam perlawanan ini, Chelsea beraksi tanpa seorang bek tengah. Cahill dan David Luiz diketepikan kerana cedera dan memaksa Bosingwa menukar posisi right back ke centre back. Yang menggalas tugas right back ialah Ferreira.

Kejayaan membenam QPR dalam local derby hari ini meletakkan Chelsea, naik satu tangga dengan berada di tangga ke-5. Hanya memisahkan 1 mata sahaja dengan Newcastle yang berada di kedudukan ke-4. Peluang untuk merebut top 4 spot masih terbuka luas kerana selepas ini kita akan berdepan dengan The Magpies yang semalam kalah teruk 4-0 kepada Wigan. Beraksi di final UCL, final Piala FA dan masih berpeluang untuk layak ke slot UCL musim depan antara detik kebangkitan Chelsea di era RDM. Tahniah Chelsea dan good job RDM. KTBFFH.

Satu perkara penting yang anda harus tahu :


Menjaringkan hatrik bagi memperjuangkan tempat ke liga juara-juara eropah itu lebih baik daripada menjaringkan hatrik tapi sekadar berada di kedudukan ke-8 liga.

Official : Selamat datang ke Stamford Bridge, Marko Marin

Posted by KampungChelsea On Sunday, April 29, 2012 11 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Secara rasminya, pihak Chelsea telah menandatangani pemain sayap kiri Werder Bremen, Marko Marin dengan yuran perpindahan sekitar 5-6 juta pound.

Transfer tersebut telah disahkan sendiri di website rasmi CFC :

Chelsea Football Club have today (Saturday) agreed to sign Marko Marin from Werder Bremen. Both clubs have agreed a fee and the 23-year-old midfielder has agreed personal terms. Marin, a German international, will join Chelsea in the summer.

Pemain muda jerman yang berusia 23 tahun ini akan beraksi bersama kem Chelsea musim depan dengan kontrak 5 tahun.

Jika anda kerap main game PES, Fifa manager atau Fifa Online, anda pasti akan berminat dengan pemain kecik molek ini. Seperti Mata, Marin juga beraksi di posisi sayap kiri (left winger).

Marin yang digelar sebagai "The Next Messi" merupakan pemain yang serba boleh. Selain dari beraksi di posisi sayap kiri, Marin juga boleh berperanan di bahagian attacking midfielder. Pembelian murah ini dianggap berbaloi kerana kebanyakan pemain muda yang menyertai Chelsea akan menunjukkan impak positif. Contoh seperti Mata & Romeu.

Dulu kita ada Michael Ballack, sekarang kita ada Marin.

P/S : Marin, Mata, Kevin de Bruyne, Thibaut Courtois, Lucas Piazon, Ulises Davila antara prospek masa depan The Blues. Tercapai juga hasrat Roman Abramovich untuk melihat bakat-bakat muda beraksi di Stamford Bridge.

7 kunci utama kejayaan Chelsea menyingkirkan Barcelona

Posted by KampungChelsea On Saturday, April 28, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7. Pengaruh Super Frankie

Di zaman AVB, Lampard sering dipinggirkan & dianggap kambing hitam. Namun sejak RDM ambil alih, kualiti Lampard yang sebenar terserlah. Menentang Barca, perfomance nya begitu berpengaruh. Super Frank yang berperanan sebagai perancang utama The Blues membuat set-up kepada gol Drogba pada 1st leg di Stamford Bridge. Sebelum Ramires melorong bola kepada Drogba, Lampard yang mencipta lob pass dulu kepada pemain cilik Brazil itu.

Gol cantik Ramires di nou camp juga hasil daripada hantaran bijak Super Frank. Ketiadaan Terry membolehkan Lampard akan memimpin Chelsea menentang Bayern Munich di final nanti. Tabik spring untuk Vice-captain !


6. "Diva" Drogba

Dengan hanya satu sentuhan, satu sepakan berjaya menewaskan Victor Valdes. Setiap kali menentang Barca, Drogba memainkan peranan penting. Walaupun didakwa kuat berlakon dan berpura-pura jatuh, tapi sekurang-kurangnya dia telah membuatkan defender barca goyang. Nak bercakap pasal berlakon, siapa dulu yang mengamalkan acara ni kalau bukan pemain UEFAlona itu sendiri.

Kekuatan Drogba ialah pada fizikalnya dan juga penyudah.

Mungkin dia tidak selaju Torres, namun kekuatan fizikal Drogba lah yang menjadi faktor utama Barcelona tidak mampu tumbangkan Chelsea.


5. Pengganti Usain Bolt

Penyumbang kepada gol 1st leg Drogba & mencipta gol menarik di Nou Camp membuktikan Ramires antara pemain yang telah membuatkan Barca sesak nafas.

Dia laju & kreatif. Dapat bola terus pecut. Fizikal kurang tapi disebabkan benteng barca yang mempunyai kelemahan dalam mengatasi pemain-pemain laju menjadikan Ramires termasuk dalam senarai hero2 The Blues yang telah menumbangkan keangkuhan The Catalan.


4. Kecekapan Cech

Menyelamatkan gawang dari dibolosi antara kunci utama kejayaan Chelsea menumbangkan Barca. Tandukan berbisa Puyol di depan gol ditepis kemas Cech. Berapa kali percubaan merbahaya dari Messi juga berjaya diratah oleh penjaga gol no.1 dunia itu.

Response Cech cepat. Messi pun takut dengan Cech. Tak hairanlah semua perlawanan menentang Chelsea, dia gagal menjaringkan sebarang gol. Termasuk sekali sepakan penalti yang terkena palang. Messi bukan tandingan Cech la.

3. Solid defensive

Betapa kentalnya benteng pertahanan Chelsea sehingga menyebabkan Barca gagal menjaringkan sebarang gol di Stamford Bridge. Di Nou Camp kita bolos 2 gol, dan pada wakitu itu, kita beraksi tanpa dua bek. Cahill cedera dan terpaksa dikeluarkan. Terry kad merah. Bosingwa masuk dan dia terpaksa beraksi di bek tengah. Mikel juga menggalas dua posisi iaitu center back & centre midfielder. Tanpa bek original pun kita berjaya menyekat Barca dari menjaringkan lebih banyak lagi gol.


2. Semangat juang tinggi + mental kuat

Bayangkan Chelsea  bermain 10 orang, tanpa kapten, tanpa bek & siap ketinggalan dua gol lagi mampu menyingkirkan Barca di depan ribuan penyokong mereka sendiri.

Ini kerana semangat juang pemain Chelsea tinggi. Mentaliti kita kuat. Kita tidak pernah menyerah kalah walaupun pada awal permainan, kita ketinggalan dua gol. Sifat tidak pernah berputus asa telah disemai ke dalam diri setiap pemain The Blues. Semua pemain Chelsea sudah di-set dalam minda masing-masing yang tidak ada perkara yang mustahil untuk tumbangkan Barca.


1. Taktikal power RDM

RDM mengubah segalanya. Dari negatif kepada positif. Keadaan Chelsea yang terumbang ambing di zaman AVB telah dihapuskan serta merta oleh RDM.

Menentang Barca, taktikal bertahan harus dijadikan aspek no.1. RDM tidak mempraktikkan style offensive play AVB kerana strategi itu sangat bangang jika kita gunanya menentang Barca.

Pertahanan kukuh + counter attack Chelsea lah yang menyebabkan gaya total football Barca hancur. RDM tahu kelemahan Barca ialah bila pihak lawan buat serangan balas, mereka akan jadi kalut & gopoh. Barca terlalu aggresif di bahagian serangan sehingga mereka diperangkap mudah oleh serangan balas Chelsea.

Gol minit terakhir Torres telah memberi bukti penuh bahawa defensive Barca sukar untuk membendung counter attack pihak lawan. Mereka terlalu asyik menyerang dan mereka lupa Torres keseorangan berada di belakang untuk melancarkan serangan balas.

Pep Guardiola ketandusan idea. Beliau hanya stick dengan plan A dan tidak menggunakan plan b. Beliau menyuruh semua pemain naik atas tapi beliau lupa bahawa benteng pertahanan mereka senang lalai jika pihak lawan buat counter attack.

Best team is not always win. Sehebat mana mereka, sekuat mana mereka, mereka tetap akan ada kelemahan. Dan tahniah kepada RDM kerana beliau telah sukses mengeksploitasikan kelemahan Barca itu dengan mengamalkan corak bertahan 99% + 3 gol counter dari Drogba, Ramires & Torres.


P/S : "oooo" "Unbelievable" (suara gary neville macam orang kena stroke)

Chelsea ke perlawanan akhir UEFA Champions League !

Posted by KampungChelsea On Wednesday, April 25, 2012 15 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dendam 3 tahun lepas akhirnya terbalas juga selepas Barcelona tumbang kepada Chelsea di depan ribuan penyokong mereka sendiri. Seri 2-2 di Nou Camp tadi memastikan The Blues melangkah ke final, menerusi kemenangan aggregat 3-2.

Seperti yang aku beritahu sebelum ini, permainan cantik itu tidak penting. Apa yang penting ialah taktikal. Sebagai contoh lihat sahajalah perlawanan tadi, Barcelona yang mewarisi 11 pelakon terbaik gagal juga menumbangkan 10 pemain Chelsea.

Berapa ratus kali mereka passing, berapa puluh kali mereka shoot, nak dibandingkan dengan Chelsea yang hanya 1/2 shoot & 2/3 kerat passing pun berjaya merobek sebanyak 2 kali gawang Barca. Aku sentiasa berpegang teguh dengan strategi yang dibuat oleh RDM, Guus Hiddink & Jose Mourinho iaitu menentang Barca, anda harus lebihkan bertahan & serang bile perlu. 99% defend, 1% counter attack = jawapannya menang.

Ini satu pengajaran buat Barcelona & para peminat mereka. Pasukan terbaik tidak akan selalu menang, kerana bola itu bulat dan ini ialah buktinya.

Namun begitu, ada satu fakta yang harus anda tahu :

Sejak Messi lahir sehinggalah sekarang, dia gagal menjaringkan sebarang gol ketika menentang Chelsea. Statistik 8 match Messi vs Chelsea (0 goal, 100x tiang, 100x palang)

Apa guna dapat anugerah pemain terbaik dunia tapi gagal score lawan Chelsea. Sepak penalti pun tak masuk.


Walaupun Terry dibuang padang, Cahill mengalami kecederaan dan Barca sempat menjaringkan dua gol pendahuluan namun benteng pertahanan Chelsea tetap gah, mengekang asakan sengit pasukan The Catalan. Sebelum itu, Chelsea bangkit dari ketinggalan dua gol sebelum menyamakan kedudukan 2-2, hasil daripada jaringan Ramires & Fernando Torres. Gol Ramires sangat cantik. Menerima umpanan bijak dari Super Frankie, Ramires kemudiannya melepaskan rembatan lob (chip) menerjah jaring pihak lawan. Gol tersebut penting kerana ia dikira sebagai away goal rules. Dan saat-saat yang paling nantikan oleh seluruh warga The Blues ialah pada minit terakhir perlawanan, yang mana pada waktu itu, semua pemain Barca berada di kawasan Chelsea dan tinggal lah Torres keseorangan diri membawa bola dari tengah padang lagi & mengelirukan Victor Valdes untuk kedudukan 2-2. Chelsea menang aggregat 3-2 dan mara ke final.

Suka aku menyebut perkataan ini "Dengan berbekalkan 11 pemain, Barca masih lagi gagal menewaskan 10 pemain Chelsea."

Seperti mimpi rasanya dapat melangkah ke perlawanan akhir ini. RDM telah melakukan tugas dengan baik. Begitu juga dengan semua pemain Chelsea yang sejak dari mula lagi, telah berusaha keras untuk mencapai impian yang pada mulanya dianggap mustahil.


Blues is the colour, football is the game. Tahniah Chelsea, good job RDM. KTBFFH.

P/S
: Sayang seribu kali sayang kerana 4 pemain utama kita akan terlepas pada aksi final di Munich nanti. Kapten marvel, Terry sah tidak akan bermain ekoran daripada kad merah yang diterimanya selepas didakwa menyepak lutut Alexis Sanchez. Begitu juga dengan Meireles, Ivanovic & Ramires yang masing2 mengutip kad kuning kedua. Keadaan Cahill & David Luiz pun belum dapat dipastikan lagi.

Arsenal 0 Chelsea 0

Posted by KampungChelsea On Saturday, April 21, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seri dengan Arsenal ini bukanlah satu keputusan yang positif kerana kita sedang bersaing untuk merebut tempat ke slot play-off UCL. Seri atau kalah jawapannya drop point. Kita tercicir mata berharga di Emirates.

Menentang anak buah Arsene Wenger ni, RDM menurunkan skuad kedua, yakni most of it ialah pemain simpanan. Perancangan tersebut dibuat kerana mahu merehatkan beberapa tonggak utama menjelang perlawanan penting menentang Barca hari rabu nanti. Ivanovic digantung, David Luiz & Drogba masing-masing cedera. Lampard direhatkan manakala Mata & Ashley Cole bermain dalam 10-15 minit terakhir. Namun Arsenal gagal juga menumbangkan kita. Mereka yang mendapat cuti rehat lebih lama dari Chelsea tetap tidak mampu merobek gawang Cech. Bayangkan jika Drogba, Ivanovic ,David Luiz Lampard & Ramires beraksi, mungkin scoreline akan berubah & kemenangan memihak kepada Chelsea.

Secara keseluruhannya, permainan kedua-kedua pasukan seimbang. Kelemahan Chelsea hari ini ialah kita kekurangan fungsi di bahagian tengah hingga menyebabkan bahagian serangan tidak cukup efektif. Hanya di bahagian pertahanan sahaja yang cemerlang, menafikan beberapa percubaan merbahaya dari jentera serangan Arsenal. Sturridge bukan tidak bagus, cume masalah dia ini ialah kurang team-work. Dribble bola lama gile, passing tak mahu. Hanya mahu shoot sahaja. Torres yang diberi peluang main 1st starter gagal memberi perfomance yang diharapkan. Alasan sebab tiada sokongan di bahagian tengah. Boleh diterima alasan itu ? ya kerana memang benar midfield tidak support striker. Ketiadaan Ramires menyebabkan tengah menjadi slow.

Keputusan seri tanpa jaringan di Emirates Stadium tidak mengubah kedudukan ke-6 Chelsea. Setakat ini kita memungut 58 mata. Hanya beza 1 mata sahaja dengan Spurs & Newcastle yang masih lagi tidak bermain 1 perlawanan. Baki 4 perlawanan liga yang tinggal ini kita wajib menang lah untuk terus kekal dalam pemburuan tempat ke-4. Kalau drop point lagi, tak tahu lah aku nak cakap apa lagi.

P/S : Sekalipun gagal mengakhiri liga di tangga ke-4, Chelsea tetap akan layak juga ke slot liga juara-juara eropah JIKA kita menang trofi tersebut musim ini. Seperti yang dilakukan oleh Liverpool pada tahun 2005. Gagal akhiri liga di top 4 spot namun kerana menang UCL pada waku itu, UEFA tetap memberi mereka slot play-off ke saingan berkenaan. Atas sebab kerana mahu mengekalkan status juara bertahan.

Taktikal didahulukan, permainan cantik dikemudiankan

Posted by KampungChelsea On Friday, April 20, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dalam bola sepak, apa yang penting ialah kemenangan. Tidak kira anda bermain cantik atau pun buruk, janji menang. Orang putih cakap football is about winning, no matter what you play ugly football or not.

Seperti Chelsea ketika menentang Barcelona dua hari lepas, ramai yang mengkritik cara strategi RDM negatif & tidak bagus untuk bola sepak. Tapi persoalan sekarang ialah siapa peduli ? ada kami peduli Chelsea nak bermain negative football atau tidak ?

Sekali lagi aku ingin jelaskan dalam bola sepak, kita nak cari kemenangan & bukan bermain cantik. Kalau hendak bermain cantik sangat, sila tengok tarian balet atau queen prom. Macam mana nak menang ? Taktikal. Ini cara terbaik untuk mencatat kemenangan. Bermain cantik itu satu bonus sahaja, taktikal mestilah nombor satu.

Kita semua tahu, pasukan Barcelona is one of the best team in europe, also in world. Mereka mempunyai trio striker yang boleh menjaringkan hatrik pada setiap perlawanan. Jadi, pasukan seperti itu sukar untuk ditandingi jika kita mengamalkan konsep menyerang melebihi bertahan. Sedangkan Inter Milan yang menjadi juara UEFA CL dua musim lepas pun mengamalkan corak bertahan ketika menentang Barca. Kalau ada yang masih ingat, ketika musim 2008-2009, Guus Hiddink juga menerapkan taktik yang sama seperti RDM & JM lakukan iaitu meletakkan parking bus atau senang cakap berkampung di gawang sendiri.

Kata RDM

“You know when you play Barcelona, you’re going to have to do a lot of defending. I watched them against all the other teams – [AC] Milan, Real Madrid – and they’re going to have a lot of possession.

Possession juga tidak penting. Di atas padang, kita kena pandai guna peluang, pandai menutup ruang. Menentang pasukan seperti Barca, memang kita tidak boleh beri can langsung kepada mereka. Space & dynamic mereka wajib dihalang. Statistik menunjukkan Barca membuat 20 shoot sedangkan Chelsea hanya 2/3 shoot. Tapi yang menang juga ialah Chelsea. Apa guna kalau shoot 20 kali tapi gagal merobek langsung gawang kita ? sedangkan Chelsea dengan hanya 1 pass, 1 shoot terus menerjah jaring.

Nasib juga memainkan peranan. Sebagus mana pasukan anda bermain, sehebat mana anda beraksi, jika pasukan anda tiada nasib, ibarat seperti kera mendapat bunga.

Lawan kepada taktik menyerang ialah bertahan. Chelsea seperti team yang ala2 total football. Kebanyakan pemain kita dapat bermain dalam berbagai posisi. Contoh seperti Drogba. Dia bukan sahaja berperanan sebagai striker, malah dia juga berbakat menjadi defender. Begitu juga dengan Ivanovic. Posisi right back namun beraksi seperti seorang striker. Essien pun pernah bermain di position Ivannovic pada suatu ketika dahulu. Torres juga tak nampak macam striker tulen kerana dia bermain lebih ke arah winger.

Kita pentingkan taktikal. Untuk menang dengan Barca, kita hanya perlu lebih banyak bertahan. Ada peluang, kita lancar counter attack. Serangan balas juga boleh menghasilkan banyak gol daripada anda menyerang tanpa henti.

Corak defensive Chelsea adalah corak pertahanan paling terbaik di dunia. Tidak pernah aku lihat lagi dalam sepanjang aku menonton perlawanan Chelsea sebelum ini, Chelsea bertahan begitu superb sekali. Mengekang Messi dari memberi dia ruang serta menjaringkan gol merupakan aksi paling hebat yang dibuat oleh defender The Blues. Sehinggakan Xavi & Iniesta hilang arah ketika membuat hantaran. Dan Cech menyelamatkan keadaan dengan gaya yang cukup impressive..

Pengurus ada hak untuk merancang strategi yang beliau inginkan. Terpulang kepadanya untuk mengamalkan corak bertahan atau tidak. Jika itu dapat memberi kemenangan,apa salahnya ? Setiap pasukan ada cara mereka tersendiri, termasuk Chelsea. Ada yang suka main cantik tapi tak menang. Ada team yang baru menang trofi picisan tapi bersorak macam menang epl. Ada team yang mencatat kemenangan dengan hanya menggunakan kaedah diving di kotak penalti pihak lawan.

Aku berhujah semua ini kerana aku mahu menjelaskan bahawa ada kala dalam bola sepak, kita tak perlu main cantik sangat. Barcelona seperti api, jadi bangang apa RDM nak tewaskan mereka dengan menggunakan api juga. Kita gunakan kaedah "air" untuk tumbangkan mereka. Walaupun air itu tidak sejernih mana namun api boleh dipadam dengan air, tak kira air itu jernih atau tidak.

Jika anda nak art sangat kononnya lah, anda sokonglah Arsenal. Bermain cantik tapi tak menang. 6 tahun bermain cantik tapi trofi mana ? itu satu persoalan yang sering kita tanya kepada Arsene Wenger sejak mereka berlabuh di Emirates Stadium.

P/S : Sebut pasal Arsenal, kita akan menentang mereka esok(sabtu), pada jam 7.45 malam.

Chelsea 1 Barcelona 0

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 19, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tua-tua keladi, makin tua makin berisi. Itulah Didier Drogba. Dengan hanya satu sepakan sahaja berjaya membawa The Blues menyudahkan separuh misi ke final selepas menumpaskan Barcelona 1-0.

Gol seperti yang diketahui umum dijaringkan oleh Super Drog pada minit ke-45. Drogba malam ini cukup berbisa. Bukan sahaja berperanan sebagai striker tulen, malah dia juga berbakat menjadi defender. Naik atas melancarkan serangan dan turun bawah bertahan bila perlu. Berkenaan dengan perbuatan yang sering menjatuhkan diri serta pura-pura sakit itu sebenarnya sebahagian daripada aksi percuma Drogba untuk tatapan penyokong Barca. Apa yang aku perhati, ramai penyokong mereka sudah muak dengan gejala pemain barca yang terlalu overdose membawa bola.

Shoot ke laut, pegang bola lama gila. Jadah apa pemain Barca ni.

Oklah mari aku terangkan macam mana gol Drogba boleh terjadi.


Bermula dari lob pass Lampard, disambut baik oleh Adik Ramires yang memecut laju ke kawasan pihak lawan. Ramires sempat mengelirukan defender2 Barca sebelum bijak melorong bola kepada Drogba. Super Drog yang pada waktu itu tidak dikawal dengan mudah merembat kemas menewaskan penjaga gol Barcelona, Victor Valdes untuk kedudukan 1-0, memihak kepada Chelsea.

Secara keseluruhannya, kita memang mengamalkan corak bertahan 99%. Barca sejak dari wisel bermula lagi menyerang tanpa henti. Lihat sahajalah ball possession mereka 70% manakala Chelsea hanya 30%. Tapi inilah yang sering orang cakap. Kalau serang banyak mana sekalipun, kalau tidak score tiada guna juga. Main cantik tapi tak menang, apa faedah yang mereka dapat ? Kosong.

Chelsea memanfaatkan peluang sebaik mungkin dengan hanya satu shoot terus menerjah jaring. Berbeza dengan Barca yang berapa ratus juta kali shoot gagal juga tewaskan tembok kukuh The Blues.

Kredit untuk semua pemain Chelsea hari ini. Mereka telah melakukan tugas dengan cemerlang. Bukan senang nak menang dengan Barca. Lagipun ini kekalahan pertama mereka dalam saingan eropah. Hanya Chelsea sahaja yang berjaya menyudahkan misi yang sebelum ini dianggap mustahil. Cech membuat beberapa world class save & bahagian defensif yang diterajui oleh Cahill, Terry, A.Cole, Ivanovic telah mempamerkan prestasi yang cukup bertenaga menepis setiap serangan yang dilakukan oleh pasukan Barca.

Apa pun kemenangan 1-0 ini boleh dijadikan satu bekalan untuk dibawa ke Nou Camp nanti. Mungkin bekalan ini tidak selesa mana kerana kita hanya berkelebihan defisit 1 gol sahaja namun aku peduli apa. Yang penting, kita bertahan dengan bagus, score gol & seterusnya melangkah ke perlawanan akhir. Jangan risau, di tempat mereka nanti, akan adalah respisi terbaik dari RDM untuk meranapkan sekali lagi anak buah Pep Guardiola.

Taktikal parking bus di Nou Camp ? Terserah kepada RDM untuk menentukannya.

Sila nikmati sahaja kejayaan hari ini. KTBFFH.

Messi oh Messi... anda tetap gagal di tanah kota England

DL cedera + Ivan digantung = krisis bek tengah

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 17, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada beberapa berita buruk nak disampaikan kepada peminat Chelsea sekalian. Ivanovic digantung 3 perlawanan selepas didapati bersalah menumbuk muka pemain Wigan, Shaun Maloney dalam perlawanan yang berlangsung pada 7 April yang lalu. Dengan ini, Ivan akan terlepas untuk big game menentang Arsenal hari sabtu ini, & 8 hari berikutnya pula QPR. Sayang seribu kali sayang kerana kita sangat memerlukan khidmat kereta kebal Serbia itu. Ivan beraksi dengan cemerlang musim ini. 3 gol dalam 3 perlawanan membuktikan bahawa Ivan seorang defender yang boleh menjaringkan banyak gol penting kepada Chelsea. Satu lagi berita yang kurang enak didengar ialah mamat afro, David Luiz mengalami kecederaan. Tidak tahu serius mana kecederaan tersebut, namun DL mungkin sudah pasti akan terlepas game menentang Barca esok. Memang ada back-up untuk jawatan centre back namun seperti Ivan, DL juga nadi penting kepada kem kita. Aku sebenarnya lebih mengharapkan DL untuk menghalang budak kaki kidal Messi. Cahill pun bagus tetapi DL lebih menyerlah untuk menjaga benteng kita dalam saingan eropah. Untuk saingan domestik league, Cahill tidak ada masalah sangat nak kekang budak2 Arsenal sebab dia dah biasa dengan perkara berkenaan. Seorang digantung, seorang lagi injured, jadi memang kita ada krisis di bahagian centre back.hmmmm.

P/S : Harap maaf sebab pada mulanya aku mahu membuat entri berkenaan dengan kenapa Barca dinamakan team UEFAlona tapi masa tidak mengizinkan. Lebih-lebih lagi, esok dah nak mula semi final lawan mereka nanti. Jadi lebih baik fokus sahajalah kepada game berkenaan. Nak bercerita kisah itu tidak ada masalah namun sekarang bukan masa yang sesuai. Mungkin lain hari aku boleh menjelaskan entri berkaitan dengan UEFAlona itu.

Isu panas : Bola belum melepasi garisan ?

Posted by KampungChelsea On Monday, April 16, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bola belum melepasi garisan ?

Apa yang anda lihat di kaca tv semalam tidak menjelaskan perkara yang sebenar. Sila lihat pada gambar rajah di atas ini. Ini sudut yang sebetulnya untuk mengesahkan gol Mata itu melepasi garisan putih atau tidak. Ternyata tanggapan orang lain salah kerana bola sudah pun melepasi line.

Jadi kepada Redknapp, Bale & sekutu dengannya itu diharapkan bertenang dan duduk diam. Sila nikmati final di antara Chelsea menentang Liverpool pada pertengahan bulan Mei nanti.

5-1 kemenangan kontroversi ? nak tergelak aku rasa. Kemenangan kontroversi kebiasaannya berlaku pada kedudukan yang close up sahaja, contoh macam 1-0,2-1 atau 3-2. Kalau sudah 5-1 itu dipanggil pihak yang kalah itu sangat bebal. Oklah, jika gol Mata itu tidak disahkan & scoreline masih 1-0, anda fikir Spurs akan buat comeback & fight balik ?

Jawapannya tidak. Kerana ketika Chelsea sedang mendahului 1-0, Spurs seolah-olah sudah beku, karam macam kapal titanic. Chelsea yang banyak menyerang pada separuh masa kedua berbanding Spurs yang sudah ketandusan idea. Chelsea bermain bola sepak yang ada jiwa seni, sebab itu gol-gol yang dihasilkan semalam ada unsur art. Gol pertama Drogba power, gol free kick Lampard smart & kerja sama di bahagian tengah dengan serangan berjalan dengan baik dan menghasilkan dua lagi gol terbaik.

Satu perkara lagi, berkenaan dengan Cech terlepas dari hukuman kad merah selepas mengasari Adebayor di kotak penalti. Persoalan di sini ialah kenapa Cech tidak dibuang padang selepas membuat tindakan tersebut ? Oklah mari aku terangkan sebab apa penjaga gol kita itu tidak mendapat kad merah. Pertama kerana selepas Adebayor dijatuhkan oleh Cech itu, Gareth Bale menendang terus bola ke gawang Chelsea. Disebabkan itu pengadil tidak meniup wisel kerana mahu meneruskan permainan. Orang putih cakap give advantage to allow the game. Jika mahu Cech dibuang padang, Bale tidak seharusnya menendang bola tersebut & membiarkan sahaja Adebayor dijatuhkan. Maka dengan itu baru pengadil, Martin Atkinson menghentikan permainan buat sementara waktu & melayangkan kad merah kepada Cech. Jangan salahkan pengadil. Sila salahkan Gareth Bale yang meneruskan juga permainan ketika Adebayor dijatuhkan. Di situ kita ada satu bukti menunjukkan Cech tidak akan dibuang padang.

Diharapkan agar entri ini dapat menjawab segala kekalutan yang berlaku di antara perlawanan Chelsea menentang Spurs semalam.

KTBFFH.

Spurs tumbang, Chelsea ke perlawanan akhir Piala FA

Posted by KampungChelsea On Monday, April 16, 2012 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fans Spurs masih lagi tidak berpuas hati dengan referee yang mengesahkan gol kedua Chelsea. Ya, aku tak nafikan gol tersebut memang tidak sah kerana bola belum melepasi garisan. Okey2 fine.Tapi ikut dari segi logik akal, kalau ref batal balik gol itu, Chelsea tetap menang juga 4-1. Batal 1 gol, dan Chelsea masih ada 4 lagi gol lain yang sah. Konklusi yang aku nak hurai di sini ialah Chelsea bermain lebih baik dari Spurs. Spurs hanya mendominasi setakat 10-15 minit pertama, namun selebihnya Chelsea yang menguasai tempo permainan. Jadi jangan nak protes banyak sangat kalau pasukan anda tidak bermain bagus dari Chelsea.

Gol pertama Drogba memang superb. Satu pusingan badan sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan bekas penjaga gol The Blues, Carlo Cudicini. Gol kedua no komen. Untuk gol ketiga, adik cilik Ramires score. Lampard menyempurnakan gol ke-4 menerusi sepakan percuma jarak jauh yang menarik. Dan gol ke-5 disudahkan oleh Malouda selepas dia menerima umpanan cantik dari Mata.

Keputusan penuh Tottenham Hotspurs 1 Chelsea 5

Tahniah Chelsea kerana berjaya melaksanakan misi ke perlawanan akhir. Dua musim lepas kita sudahpun berada di sana dan musim ini lagi sekali kita menjejak ke Final Wembley untuk merebut gelaran Piala FA buat kali yang ke-7. Lawan di final sudah pasti Liverpool. Apa pun tahniah Chelsea & good job RDM.

Official : Jersi baru Chelsea untuk musim 2012-2013

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 12, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Seperti biasa, jersi baru Chelsea smart & cantik. Betul-betul fit. Jersi ini mengingatkan aku pada jersi Chelsea masa tahun 2005. Apa yang membezakan jersi musim ini dengan musim sebelumnya ialah kolarnya dan juga white strip di bahu. Aku rasa jersi baru ini lebih stylo.

Fulham 1 Chelsea 1

Posted by KampungChelsea On Tuesday, April 10, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lebih awal lagi aku menjangkakan keputusan ini seri. Kenapa ? kerana faktor pertama ialah keletihan. Baru 2 hari lepas lawan Wigan, pagi ini lawan Fulham pula, mana tak letih kan. Faktor kedua ialah badi. Lawan Fulham sebelum inipun kita seri. Lokasi Craven Cottage ni bukanlah satu destinasi yang baik untuk Chelsea. Musim lepas kalau tidak silap aku, The Blues juga seri.

Chelsea mendahului 1-0 menerusi jaringan Abang Lampard. Sebelum itu, kita dihadiahkan sepakan penalti selepas Kalou dikasari oleh kapten Fulham, Danny Murphy. Super Frank seperti biasa menyudahkan penalti tersebut dengan rembatan kencang ke sudut kiri gawang lawan. Itu gol yang ke-150 beliau bersama kem kita.

Namun Fulham berjaya menyamakan kedudukan 1-1 pada lewat-lewat permainan. Dan penjaring gol penyamaan tersebut, siapa lagi kalau bukan Clint Dempsey. Boleh dikatakan dia penjaring tetap ketika menentang Chelsea. Semasa seri 1-1 di Stamford Bridge tahun lepaspun, dia juga yang score.Tandukan Dempsey terkena sedikit bontot Gary Cahill sebelum bola masuk menerjah jaring.

Secara keseluruhannya, kita beraksi kurang baik. Bukan sahaja perform kurang bagus malah kita juga tercicir mata. Ketika Spurs kalah kepada Norwich, Chelsea berpeluang besar untuk menyamakan mata dengan mereka namun seri dengan Fulham ini menyebabkan kita jatuh satu anak tangga. Newcastle yang baru sahaja menang dengan Bolton telah merampas kedudukan ke-5 kita. Maka sekarang ini Chelsea berada di tangga ke-6 dengan 57 mata. Spurs masih di tangga ke-4 dengan 59 mata, berkongsi mata dengan Newcastle yang berada di tangga ke-5.

P/S : April merupakan bulan yang perit bagi kita. Jadual padat, fixture yang sukar menanti Chelsea selepas ini. Pasukan lain tak mengapalah kerana mereka hanya fokus pada 1 kompetition sahaja, sedangkan Chelsea bersaing dalam 3 kompetitif sekaligus. UCL lagi, FA cup lagi, top 4 spot lagi. Mana tak letih beb.

Chelsea 2 Wigan 1

Posted by KampungChelsea On Sunday, April 08, 2012 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tanpa Terry, Lampard & Ashley Cole, Chelsea sememangnya bergelut untuk menang. Aku mengaku dalam perlawanan ini kita sangat bernasib baik.

Gol Ivanovic memang offside. Tapi siapa peduli ? Janji Chelsea menang. Bukan selalu badan induk pengadilan ni membuat keputusan adil terhadap Chelsea. Biasanya kita sering dilayan dengan buruk oleh puak tersebut.

Ketika Wigan berjaya menyamakan kedudukan 1-1, aku kira mungkin Chelsea akan seri kerana baki permainan akan tamat tinggal lagi 6/7 minit. Namun semangat juang pemain kita tinggi. Bermula dari cross Drogba, Torres membuat volley cantik yang kemudiannya terkena tiang dan Mata menyudahkan peluang tersebut untuk gol kemenangan Chelsea.

Sebenarnya agak sukar untuk menang dengan kelab yang berada di zon penyingkiran. Wigan menunjukkan komitmen yang tinggi ketika menentang team power seperti Chelsea. Mereka juga mahu mengelak untuk berada dalam zon relegasi. Disebabkan itu mereka beraksi lebih baik daripada kita. Kredit untuk anak buah Roberto Martinez. Mereka bertahan dengan bagus, menyerang dengan bijak dan keeper mereka juga hebat.Tapi apa boleh buat, mereka kurang bernasib baik.

Apa yang penting ialah result. Chelsea menang, wigan kalah. Dengan kemenangan ini, perebutan top 4 spot makin lama makin sengit. Jarak yang memisahkan Chelsea, Arsenal dengan Spurs tidak jauh. Kita beza dengan Spurs 3 mata dan dengan Arsenal pun hanya 2 mata sahaja. Jadi, aku tetap optimis kita akan berada di kedudukan 4 teratas liga & layak ke slot UEFA Champions League musim depan. KTBFFH.


P/S : Torres dua kali tergelincir. Banyak betul pemain kita tergelincir musim ini. Hari itu, Terry. Kemudiannya Mata. Dan yang terbaru ialah Torres.

 3 gol dalam 3 perlawanan..defender ke striker Ivanovic ni ? dahsyat gile lah !

UEFAlona

Posted by KampungChelsea On Saturday, April 07, 2012 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 Sekadar renungan bersama


Kenapa mereka digelar team UEFAlona ? Kenapa mereka mendapat kasih sayang penuh dari Uefa ? dan kenapa Platini begitu anti sangat dengan kelab England ?

Segala persoalan tersebut akan dijawab dalam entri yang berikutnya. Sila tunggu.

P/S : Apapun jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan di antara Chelsea menentang Wigan hari ini, jam 10 malam. Siaran langsung di saluran Astro 813. KTBFFH.

Helang tersungkur, Singa Biru teruskan kemaraan

Posted by KampungChelsea On Thursday, April 05, 2012 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Akhirnya selepas berhempas pulas selama 90 minit, The Blues secara sah layak ke separuh akhir dengan mengetepikan cabaran sengit, Benfica 2-1. Chelsea mara dengan aggregat 3-1.

Fuh, mane tak berdebar. Benfica dapat score sebijik ketika game berbaki 4/5 minit nak habis. Masa tu scoreline 1-1. Kalau mereka score sebijik lagi, konfem kita tersingkir. Tapi nasib baik ada brader Punk, Meireles. Sekali shoot terus menggegar jaring. Segala usaha Benfica sia-sia ketika Chelsea mendapat gol ke-2 itu.

Aku tak nafikan dalam perlawanan ini Chelsea bermain kurang baik. Padahal kita ada kelebihan kerana bermain 11 lawan 10 selepas pemain sayap kanan Benfica, Maxi Perreira diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua. Namun apa yang berlaku menjadi sebaliknya. Benfica lebih aggresif mengasak kubu kita. Umpama mereka yang bermain 11 dan Chelsea bermain 10 orang. Kalou, Torres, Ramires, Mata terlalu banyak mensia-siakan peluang. Mereka berempat sekurang-kurangnya boleh menjaringkan sebijik gol tapi sayang, semua sepak ke laut.

Tersentap seketika apabila Benfica berjaya menjaringkan gol penyamaan. Berpunca dari kesilapan Cech. Kalau kita tengok betul-betul memang Cech sepatutnya tepis bola yang ditanduk oleh Javi Garcia tu.


Apapun kita harus berterima kasih kepada Meireles. Gol ala2 solo dari brader Punk itu telah menghentikan segala perjuangan team Benfica untuk buat comeback. Rembatan Meireles betul-betul padu & menerjah jaring lawan. Yang bestnya gol Meireles tu membuatkan semua penyokong Benfica senyap. Iyelah dari awal sampai habis game, membising je keje diorang.

Main buruk ke, main cantik, janji menang. Tahniah Chelsea. Lawan di separuh akhir nanti bukan calang-calang pasukan. Sapa lagi kalau bukan Barcelona. Salah satu kelab yang tak perlu kita perkenalkan. Cuma harapan aku, Chelsea kena pertingkatkan lagi perfomance. Hari ini kita beraksi sedikit hambar. Untuk menang lawan Barca, kita perlu bermain lebih baik daripada apa yang kita buat hari ini. KTBFFH.

4 perubahan positif di bawah pengurusan RDM

Posted by KampungChelsea On Monday, April 02, 2012 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Keserasian
- Zaman RDM memperlihatkan kembali chemistry di antara pemain senior dengan pengurus. Berbeza di zaman AVB, kita boleh tengok, konflik sering sahaja berlaku. Pemain tidak menyukai method yang dibuat oleh pengurus serta pengurus menyusun line-up secara semberono. Dan RDM telah menghapuskan dua masalah itu dengan memperbaiki sikap & etika pemain senior Chelsea. Beliau juga mendengar isi hati yang diluahkan oleh pemain kita. Kadang-kadang jika timbulnya sesuatu masalah, pengurus juga harus mendengar pendapat pemainnya. Namun AVB gagal untuk melakukan perkara sedemikian.

2. Pemain flop diberi kesempatan
- RDM tidak pilih kasih. Setiap perlawanan, beliau menyusun line-up yang berbeza. RDM juga memberi peluang kepada pemain yang jarang diberi kesempatan di zaman AVB. Contoh seperti Mikel & Kalou. AVB terlalu mempriotiskan pemain Portugal sehingga beliau lupa, masih ada lagi pemain lain yang perlu diberi perhatian. Setiap pemain juga harus diberi layanan yang adil & saksama.

3. Kepelbagaian formasi
- RDM mempelbagaikan formasi. Contoh dalam sesuatu perlawanan, beliau akan guna 4-3-2-1. Perlawanan seterusnya 4-5-1. Kadand-kadang RDM juga menerapkan formasi diamond 4-4-2. Berbeza dengan AVB, AVB hanya stick dengan 1 formasi sahaja iaitu 4-3-3. Menjadi ke tak menjadi ke, itu sahaja formasi AVB.

4. Kebangkitan Nando Torres
- 5 perlawanan pertama Chelsea bersama AVB, Torres gagal menjaringkan sebarang gol. Tapi 5 perlawanan pertama Chelsea bersama RDM, Torres berjaya menjaringkan 3 gol serta menyumbang 5 assist. Bila berlakunya perkara sebegini, pastinya kita tahu yang AVB tidak pandai untuk menyelesaikan masalah ketandusan gol Torres itu.

Bukan sengaja atau saja-saja nak kutuk, tapi inilah hakikatnya. Suka atau tidak suka, zaman RDM lebih baik daripada zaman AVB. Cuba anda bayangkan jika RDM lebih awal memimpin kem Chelsea, adakah kedudukan liga Chelsea akan jadi teruk macam sekarang ini ? Tidak. 7 kemenangan dalam 8 perlawanan sebelum ini telah menunjukkan RDM mampu mengoptimumkan Chelsea ke satu tahap yang lebih membanggakan bagi seluruh warga The Blues. Sedangkan 8 perlawanan terakhir AVB bersama Chelsea, kita hanya meraih 2 kemenangan sahaja. AVB telah meninggalkan Chelsea dalam keadaan yang terbelangkai. Cuba anda bayangkan sekali lagi, jika AVB masih ada di Chelsea, adakah kita mampu untuk melangkah ke suku akhir Uefa Champions League ? Jawapannya tidak. Itu sahaja yang aku boleh ungkapkan.


P/S :6 tahun RDM menjadi pemain Chelsea. Dari tahun 1996 sehingga 2002, beliau telah menghasilkan sebanyak 119 penampilan untuk The Blues. RDM telah membantu Chelsea meraih Piala FA sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1997 & 2000. Di zaman beliau juga, Chelsea menjuarai trofi Carling Cup, Piala UEFA Cup, UEFA Super Cup dan FA Komuniti shield. Pencapaian tersebut membolehkan RDM diangkat sebagai pemain lagenda di Stamford Bridge. Beliau mempunyai sejarah yang gemilang bersama kem kita. Disebabkan itulah pemain senior kita hormat dengannya. Seseorang yang tahu selok-belok pasal kelab Chelsea. RDM masih mengiktiraf old guard sedangkan AVB terlalu meminggirkan pemain veteran kita. Itu sesuatu perkara yang tidak boleh diterima oleh kebanyakan fans Chelsea.

Aston Villa 2 Chelsea 4

Posted by KampungChelsea On Sunday, April 01, 2012 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fuh, memang thriller habis game ini.

Ketika Chelsea sedang syok mendahului 2-0, tiba-tiba Aston Villa berjaya menyamakan balik kedudukan menjadi 2-2. Apa yang mengejutkan ialah dua gol balas tersebut berlaku dalam masa hanya 3 minit. Namun kedudukan kembali berubah selepas Ivanovic menanduk masuk gol ke-3 The Blues, hasil daripada tendangan penjuru Malouda. Dan gol yang paling dinanti-nantikan oleh fans Chelsea hadir pada minit terakhir perlawanan (injury time) iaitu gol yang dijaringkan oleh Abang Torres. Keputusan akhir, Aston Villa 2 Chelsea 4.

Man of the match sudah pasti Abang Torres. Dalam perlawanan ini, Torres bukan sahaja menjaringkan gol malah dia juga turut menyumbang dua assist. Minggu lepas assist, minggu ini score. El-nino is back !

Kemenangan 4-2 ini memberi mesej penting kepada Tottenham Hotspurs betapa kita tidak akan sesekali menyerah kalah untuk perebutan top 4 spot. Sekarang ini beza 2 mata sahaja walaupun baki perlawanan tinggal lagi 7 game. Apa yang penting, Chelsea tetap akan berjuang ke titisan terakhir untuk mencapai slot ke UCL musim depan. KTBFFH !

P/S : Sebentar sahaja tadi, Arsenal kalah kepada QPR. Satu berita baik untuk seluruh warga Chelsea.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png