Pengganti Cech

Posted by KampungChelsea On Tuesday, May 28, 2013 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sebagai peminat Chelsea, aku bersetuju jika Courtois kekal lagi bersama Atletico Madrid musim depan. Jika kembali semula ke Chelsea pun, dia hanya akan sekadar berada di bangku simpanan sahaja kerana Cech tetap menjadi pilihan utama. Jadi, Courtois boleh kekal lagi di sana untuk tempoh beberapa tahun akan datang & kembali semula bila Cech bersara.

Courtois ni boleh lah dianggap sebagai antara keeper muda terbaik di Eropah. Dia membantu Atletico meraih 3 gelaran (Europa League, Uefa Super Cup & Copa del rey). Aksinya ketika menewaskan Real Madrid dalam final Copa Del Rey sangat mengagumkan.

Bila Cech bersara (mungkin 4/5 tahun nanti), tak perlulah Chelsea bersusah payah nak pikir beli keeper baru kerana kita sudah ada Courtois !

Lukaku "Jelmaan Drogba"

Posted by KampungChelsea On Friday, May 24, 2013 2 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Perfomance Lukaku sangat impressive musim ini.  17 gol dalam 22 perlawanan (15 kali sebagai pemain gantian) boleh dianggap sebagai satu musim yang cemerlang bersama kelab pinjaman, West brom.

Lukaku juga telah spoil kan parti terakhir Alex Ferguson dengan menjaringkan hatrik ketika West brom seri 5-5 menentang MU. Luar biasa sekali kerana Lukaku masuk sebagai pemain gantian & menjaringkan 3 gol ke atas juara liga itu.

Sejarah pun tercipta. Lukaku yang baru berusia 20 tahun menjadi pemain ke-5 dalam era Barclays Premier League menjaringkan hatrik sebagai pemain gantian. Sebelumnya ada Emmanuel Adebayor, Robert Earnshaw, Ole-Gunnar Solksjaer, dan juga legend Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink.

Selain itu, Lukaku juga menjadi pemain ke-3 yang mampu meledakkan 3 gol ke atas MU di EPL selepas Dirk Kuyt & David Bentley.

Jika melihat raut wajah, bentuk badan serta gaya permainan Lukaku, kita mungkin akan teringatkan kepada seorang legenda yang dihormati ramai iaitu Drogba.
 

Antara persamaan perfomance Lukaku dengan Drogba ialah determination, kepantasan serta kekuatan fizikal. Pemain jenis macam Lukaku & Drogba ini lah yang sering menjadi "mimpi buruk" kepada pemain pertahanan pihak lawan. Cuma yang memisahkan mereka berdua hanya dari segi umur & pengalaman.

Aku tak pasti sama ada Chelsea akan loan kan lagi Lukaku musim depan. Dan aku harap perkara itu tidak akan berlaku. Melepaskan sturridge ke kelab pertengahan liga pun sudah rasa sedikit kerugian, apetah lagi mensia-siakan pemain berpotensi besar seperti Lukaku.

Kekurangan Chelsea pada musim lepas ialah ketumpulan penyudah. Torres akhir2 musim baru nak menyengat & tak pasti sama ada dia akan kekal konsisten musim depan. Ba pun kadang2 boleh jadi striker power & kadang2 juga boleh jadi worst striker.

Jadi sebab itu Chelsea perlu ambil inisiatif dengan memiliki ramai penyerang. Striker yang ramai memberikan kita banyak option. Kalau ada 4 striker macam MU, nak guna formasi 4-4-2 pun boleh. Ia juga dapat mengurangkan risiko keletihan & kecederaan. Ye lah, kalau seorang injured/suspension, masih ada 3 lagi stok tambahan. Kalau seorang lagi tak berfungsi, boleh guna yang dua lagi.

Lukaku & Ba mungkin pasangan ideal. "The Two Beast". Manakala Torres pula dengan Falcao/Lewandowski/Cavani/Schurrle.

7 tahun tanpa piala

Posted by KampungChelsea On Wednesday, May 22, 2013 6 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 "You have two teams in the final who were in the Champions League, their target at the start of the season was the Champions League, not to win the Europa League,"

 "We raised that question many times at UEFA. Is it right to reward teams basically for failure?

"Every year now, in the Europa League, you have two teams who have been not failures, but who have been [first] in the Champions League.
"The teams who go through in the Champions League to the last 16 don't have a chance after. If you go out in the last 16 [of the Champions League], you don't drop into the Europa League. If you don't qualify [from the group stage], you have a chance of winning the Europa League.

sumber : http://www.dailystar.co.uk/football/view/315343/Arsene-Wenger-blasts-Chelsea-saying-they-are-just-Champions-League-flops/


Mengikut statement di atas ini jelas menunjukkan bahawa Wenger memperlekehkan Chelsea.

Ironiknya Chelsea bukanlah pasukan pertama yang tersingkir dari Champions League & memenangi Europa League.

Daripada Wenger mengkritik sistem ini, lebih baik dia concentrate bagaimana hendak memenangi trofi untuk Arsenal. Jika Wenger fikir trofi Europa League ini mudah untuk dimenangi, apa kata musim depan dia try membawa pula pasukannya tersingkir dari UCL & beraksi di Europa League. Agak2 boleh menang tak ?  Wenger juga turut menyindir kita dengan berkata "chelsea needed a helping hand to win". Untuk pengetahuan anda, Chelsea harus melepasi 5 lawan yang kuat sebelum memenangi piala tersebut. Seperti memenangi UCL musim lepas juga, lawan yang Chelsea tewaskan bukan calang2 pasukan. Jadi itu Wenger fikir "Chelsea needed a helping hand to win it" ?

Dia patut lebih risau tentang pasukannya sendiri daripada memikir perkara yang lain.

  7 years trophyless ?
 (we also raised that question many times to you, Wenger)


Wenger juga harus terangkan kepada semua penyokong Arsenal kenapa sejak dari tahun 2005 lagi dia gagal memenangi sekurang-kurangnya satu trofi kepada pasukannya.

Satu perkara lagi, apa akan berlaku jika Arsenal memenangi trofi Europa League. adakah Wenger akan mengeluarkan statement yang sama ?

Chelsea 2 Everton 1 : Objektif tercapai

Posted by KampungChelsea On Monday, May 20, 2013 7 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Aduhai Torres. Akhir2 musim baru nak tunjuk belang. Kalau awal2 musim dia perform macam ini kan bagus. Tak adalah Chelsea nak fight untuk top 3 sahaja. Tapi aku faham, Torres ni akan perform bagus jika kita tidak meletakkan harapan yang tinggi kepadanya. Macam final Europa League lawan Benfica, aku tak expect pun yang dia akan score. Tapi benda yang kita tak expect tu lah yang dia akan tonjolkan kebolehannya.

Gol pertama dijaringkan oleh pemain terbaik Chelsea tahun ini, siapa lagi kalau bukan Juan Mata. Mata menyudahkan bola rebound selepas Tim Howard gagal menepis dengan baik rembatan Ba.

7 minit berselang, penyerang muda Everton, Steven Naismith mengikat kedudukan 1-1.

Kita terpaksa menunggu sehingga minit ke-76 untuk melihat gol kemenangan Abang Torres. Bermula dari umpanan Moses, Torres tanpa berfikir panjang terus merembat kencang menewaskan Tim Howard. Itu gol pertama Torres di EPL sejak tahun 2013. Dia menamatkan kemarau 18 perlawanan liga tanpa sebarang gol. Yang uniknya gol itulah yang membantu Chelsea meraih kemenangan & seterusnya mengekalkan kedudukan tiga teratas. Kalau perlawanan ini berkesudahan seri 1-1, alamatnya Chelsea terpaksa bermain play-off menentang Arsenal untuk decide top 3 spot.

Pujian buat pemain muda, Nathan Ake. Walaupun fizikal badan yang kecil namun gaya permainannya tenang & bersahaja. Dia juga memenangi anugerah Chelsea Young Player of the Year.


Jadi prediction aku tepat. Chelsea akhiri liga di top 3 & secara automatik beraksi di Champions League musim depan. Manakala Arsenal di kedudukan no 4 & terpaksa bermain play-off dulu sebelum layak secara sah ke liga berkenaan. Takziah buat Spurs kerana sekali lagi bermain di Europa League. Bukan nak kata yang mereka tak berhak untuk dapat slot UCL, cuma nasib tidak menyebelahi mereka. Mereka mengharapkan Arsenal kalah/seri tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kalau nak ikutkan pada 2/3 bulan lepas, Spurs sudah berada di kedudukan no 4, selesa mendahului Arsenal 5 mata di hadapan. Namun mereka kerap tercicir point, menyebabkan Arsenal bangkit dalam diam merampas balik kedudukan top 4 spot. Apa yang boleh aku katakan, musim ini Spurs tidak mengecewakan. Mereka push Chelsea & Arsenal sampai ke penghujung musim. Seperti yang aku katakan, jika beberapa bulan yang lepas Spurs lebih berhati-hati, mungkin mereka akan dapat tuntaskan objektif itu daripada Arsenal.  So, they've only themselves to blame.

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama :

# Kekalahan terakhir Alex ferguson bersama MU ialah tewas 1-0 kepada Chelsea
# Kekalahan terakhir David Moyes bersama Everton ialah tewas 2-1 kepada Chelsea.

Kepada Rafa Benitez, aku ucapkan terima kasih di atas jasanya membawa Chelsea menjuarai trofi Europa League & juga membawa Chelsea beraksi di Champions League musim depan. Oklah daripada tak ada trofi langsung macam Arsenal & Liverpool. Itu juga satu pencapaian yang impressive dari seorang pengurus yang berstatuskan interim manager. Walaupun satu demi satu piala terlepas, dan yang menang pun ialah trofi yang kita tidak jangka iaitu Europa League tetapi ini sudah dikira sebagai satu kenangan juga. Bukan mudah bagi seseorang manager yang sebelum ini tidak diberi sokongan oleh penyokongnya sendiri untuk menguruskan sesebuah kelab. Namun Rafa sudah melaksanakan tugas sebaik mungkin. Dalam keadaaan yang pressure, beliau mampu mentuntaskan KPI yang ditetapkan oleh board club. So kredit buat Rafa.


Aku selalu berpesan, tak kira siapa yang melatih Chelsea, kita tetap kena memberi sokongan penuh kepadanya. Lupakan kisah silam, dendam tidak dapat memberi apa2 penyelesaian pun. Apa yang dikatakan oleh Rafa di Liverpool itu hanyalah satu ungkapan. Manusia tak mudah lari dari kesilapan. Kutuk mengutuk tu satu perkara biasa. Ia sudah menjadi lumrah jika manager itu hendak bermain perang psikologi dengan kelab lain. Bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Mourinho pun kerap kali mengeluarkan kata2 tidak enak terhadap pasukan lain. Itu perkara biasa. Orang cakap mind games. Tak syok kalau minat sesuatu team itu tanpa sebarang tekanan.

Jika kau orang baca entri2 blog kg chelsea sebelum ini, aku tetap memberi sokongan kepada Rafa. Cuma kritikan itu tetaplah harus dilontarkan jika beliau ada melakukan perkara2 yang tidak masuk akal.

Ini masa yang tepat untuk aku ucapkan selamat tinggal kepada Rafa. Semoga beliau berjaya di kelab yang seterusnya pula.
 
9 musim Ferreira di Stamford Bridge & musim ini merupakan musim terakhirnya bersama kita. Satu perkara yang aku puji tentang Ferreira ini ialah kesetiaannya. Dia tahu dia tak kerap main 1st starter, tapi tak ada pula nak merungut atau terfikir untuk pindah ke kelab lain. #loyalty #respect

# EPL musim 2012/2013 melabuhkan tirai. Aku tak tahu nak tulis apa lagi, so jumpa lagi di musim yang baru pula. KTBFFH.

Chelsea - European Champions & The History Maker

Posted by KampungChelsea On Friday, May 17, 2013 9 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1. Syabas Rafa & Chelsea kerana memenangi trofi Europa League. Trofi Eropah berganda untuk dua musim berturut-turut. Pencapaian ini bukanlah semudah yang disangka. Jika trofi Europa League mudah dimenangi, kenapa MU tersingkir awal kepada A. Bilbao musim lepas ? begitu juga dengan City yang kalah kepada Sporting Lisbon. Juara bertahan, Atletico Madrid turut dimalukan oleh kelab Russia, Rubin Kazan pada pusingan ke-16. Dalam apa2 jenis kompetitif sekali pun, jika sesebuah pasukan itu mara ke final & memenanginya tetap akan dianggap satu sejarah.

2. Ya memang Benfica beraksi lebih baik dari Chelsea namun di penghujung permainan itulah yang menentukan segalanya. Chelsea memanfaatkan peluang tersebut sebaik mungkin. Jika hendak kata Chelsea menang nasib, tidak juga. Dalam perlawanan ini ia berlangsung secara adil & saksama. Tiada apa2 kontroversi. Kedua-dua gol Chelsea juga sah. Torres menjaringkan gol solo hasil daripada usahanya sendiri, begitu juga dengan gol kemenangan Ivanovic menerusi tandukan. Benfica pula hanya sekadar memperolehi gol melalui sepakan penalti. Jadi apa yang nasibnya ? Ini semua hasil titik peluh & kerja kuat Rafa & pemain Chelsea itu sendiri. Kalau nak ikutkan sepanjang 90 minit, percubaan yang dilakukan oleh Chelsea lebih berbahaya berbanding Benfica. Sayang percubaan jarak jauh Lampard terkena palang. Jika peluang itu berjaya diterjemahkan, mungkin Chelsea boleh finish game lebih awal. Apa yang aku nampak Benfica ini bagus dari segi teknik permainan, cuma kurang fokus di penghujung permainan. Agak malang untuk menerima nasib yang serupa ketika perlawanan menentang Porto 5 hari lepas. Mereka kalah 2-1 juga hasil daripada gol lewat pemain lawan.

3. Harus diingat, Chelsea telah beraksi sebanyak 69 perlawanan pada musim ini, lebih banyak dari kelab England yang lain. Ditambah pula jumlah skuad yang terhad & hanya boleh pakai 1 sahaja striker untuk kompetitif Europa League. Final semalam juga, Chelsea beraksi tanpa beberapa tonggak utama seperti Hazard, Terry. Moses pula belum fit 100%. Berbeza dengan Benfica, mereka serba serbi lengkap & tidak mempunyai apa2 masalah dari segi kecederaan jika nak bandingkan dengan Chelsea.  Tidak apa alasan, melainkan penyokong & pasukan mereka harus akur dengan kekalahan kepada Chelsea.

4. Untuk perlawanan semalam, 1st half Chelsea hambar namun kita perbaiki balik apa yang tak kena pada separuh masa kedua. Malam itu bukanlah prestai terbaik Chelsea. Tetapi ya lah, walaupun tidak berada dalam hot form pun Chelsea masih berjaya menewaskan pihak lawan. Sukar untuk bermain 69 game semusim & beberapa pemain yang beraksi secara kerap mesti akan mengalami keletihan. Menentang pula lawan yang kuat seperti Benfica bukanlah satu ujian mudah. Mereka mempunyai skuad yang lebih lengkap berbanding dengan Chelsea. Cuba tengok list di bench Chelsea "Turnbull, Ferreira, Ake, Benayoun, Mikel, Marin, Moses." Ini sahaja pemain gantian yang kita ada.


5. Paling kesian ialah Terry. Dia terlepas dua final eropah berturut--turut. Tahun lepas di Munich, tahun ini di Amsterdam pula.Walaupun tidak bermain, kapten marvel tetap dibenarkan untuk mengangkat trofi bersama pemain lain. Kalah menang bersama, & meraikan kejuaraan juga bersama. Kalau kau orang perasan, dua kali terry tak main final, Chelsea dua kali juara eropah. Kali terakhir dia main masa final Champions League di Moscow 2008, Chelsea tewas menerusi sepakan penalti kepada MU.

6. Agak memalukan tiada sebarang gol dari Torres dalam saingan liga sejak tahun 2013. Namun di Europa League, dia telah menjaringkan 6 gol dalam 9 perlawanan. Semalam gol Torres pun sempoi, macam dia buat kat keeper barca, Valdes musim lepas. Melepasi bek2 lawan, kemudian gelecek keeper & score.


Ivanovic yang terlepas beraksi dalam final Champions League musim lepas menjadi man of the match dengan menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan. Agak style gol kedua itu. Menerusi sepakan sudut Juan Mata, Ivanovic melompat & kemudiannya menanduk tepat ke bucu jaring lawan. Keeper Benfica hanya terpaku sahaja melihat tandukan "kereta kebal" dari Serbia itu.|

Aku confuse sama ada nak kata Ramires flop of the match kerana dia yang memenangi corner kick untuk Chelsea sebelum Ivanovic score. Azpilicueta ? hmm mungkin kerana handball nya itu yang membolehkan Benfica mendapat sepakan penalti & seterusnya menyamakan kedudukan.

Pujian buat Cahill untuk tackle last2 minit. Selepas Ivanovic score, Benfica ada melancarkan satu serangan balas. Kalau dia tak block shot Cardozo, mungkin Benfica akan mengajak kita bermain dalam extra-time.

7. Jika Mourinho sah menjadi pengurus Chelsea & Bayern Munich menjuarai Champions League, Uefa Supercup nanti pasti akan menemukan kembali Mourinho dengan Pep Guardiola. Mourinho vs Pep ? Pehhh.

CV Rafa Benitez
Valencia - Uefa cup 2004
Liverpool - Uefa Champions League & Uefa Super Cup 2005
Chelsea - Europa League 2013

8. Adakah Rafa telah mencapai KPI yang ditetapkan oleh Chelsea ? Ya. Top 4 spot & trofi Europa League adalah salah satu pencapaian yang luar biasa bagi seorang interim manager. Cuba lihat rekod half season bersama Rafa :

Win: 28
Draw:10
Lose: 9
Menang : 28
Seri : 10
Kalah : 9

Kita tetap harus memberi kredit kepada Rafa. Menang dipuji kalah dikutuk. Itu satu perkara biasa. Penyokong pasukan lain pun janganlah menyelar sangat perbuatan penyokong Chelsea. Aku lihat penyokong pasukan lain pun kalau pasukannya kalah, mereka juga menyalahkan pengurusnya sendiri. Cuma situasi di antara peminat Chelsea dengan Rafa ini sedikit berbeza. Fans Chelsea sebelum ini kondem Rafa kerana komen yang dibuat oleh Rafa ketika di Liverpool sangat menyakitkan hati. Penyokong mana yang suka kalau pasukannya dikutuk. Cuma itu kisah lama. Bagi aku, ia tak menjadi satu masalah. Bagi fans Chelsea yang lain mungkin masih terasa tapi aku tidak. Aku lebih memandang ke depan, sentiasa look forward. Apa yang berlalu biarlah berlalu. Sekarang ini Rafa telah melaksanakan misi dengan cemerlang. Aku tetap kena beri pujian.

Terdapat jugalah pro & kontra semasa pimpinan Rafa. Sebelum rafa datang, kita hanya beza 4 mata sahaja di belakang pendahulu liga. Selepas Rafa ambil alih, kita 18 mata jauh tertinggal di belakang MU. Dan piala yang sepatutnya dimenangi seperti Fifa World Cup Club gagal dituntaskan selepas terkandas kepada kelab Brazil. Corinthians. Ditambah lagi selepas pada itu, kita tersingkir di semi final Carling Cup & Piala Fa.

Apa pun aku ucapkan selamat berjaya kepada Rafa. Selepas membawa Chelsea menjuarai trofi eropah kelas kedua ini, Rafa berhak dapat job2 besar. Mungkin PSG, Real Madrid, City atau Everton, siapa tahu kan ?

9. Stability penting, namun konsistensi itu lebih penting. Tiada guna kalau menang epl musim lepas, musim yang seterusnya tak menang apa2 piala. Jika anda seorang pengurus top club, dicurahkan dengan dana yang banyak, tapi anda gagal memenangi apa2 piala dalam satu musim itu, anda berhak dipecat.

10 tahun Chelsea di bawah era Roman Abramovich :
3x juara EPL
4x Juara Piala Fa
2x Juara Carling Cup
1x Juara Champions League
                                                                 1x Juara Europa League

Liverpool : 0 trofi
Chelsea : 3 trofi

11 trofi + 9 manager dalam tempoh 10 tahun. Walaupun manager bersilih ganti, Chelsea tetap gah mengisi setiap piala di kabinet trofi. Senang cerita, ada hikmah juga di sebalik setiap pemecatan yang dibuat oleh Roman.

10. Haters mungkin akan cakap Chelsea menang Mickey Mouse Cup. Apa pun ia tetap satu piala. Tak kira menang apa jenis piala sekali pun, ia tetap satu pencapaian yang hebat. Ok lah daripada tak menang langsung.

Sekali lagi ucapan tahniah dari aku untuk Rafa & semua pemain Chelsea. Wow Chelsea memenangi dua gelaran eropah dalam masa 12 bulan.

# Chelsea are the pride of England.
First English team to win the Champions League,Super Cup and Europa League
# First English team from London to win Champions League, Super Cup & Europa League.
# We make the English teams proud.

Berita gembira buat semua penyokong Chelsea. Terkini, Lampard telah menandatangani kontrak selama setahun. Wajar ? Ya ia lebih sekadar dari wajar. Seperti yang aku katakan sebelum ini, apa yang Lampard lakukan sangat mengagumkan. Menjaringkan 203 gol sambil melepasi rekod penjaring terbanyak, Bobby Tambling ialah satu pencapaian yang fantastik.

Jadi dia berhak memperbaharui kontraknya itu bersama Chelsea.

#legends #respect


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png