2 perkara yang perlu AVB baiki

Posted by KampungChelsea On Monday, October 31, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Siapa sangka Chelsea boleh kalah mengejut kepada Arsenal.

Memang terkejut tetapi ape boleh buat, langit tidak selalu cerah & Chelsea bukannya boleh menang setiap perlawanan. Ada masa juga, kita akan merasai kekalahan . Semalam Arsenal telah memberi pengajaran yang cukup berguna kepada warga Stamford Bridge . Lebih-lebih lagi mereka dengan kejam menghukum kealpaan di barisan pertahanan kita yang semakin lama semakin longlai. Walaupun corak pertahanan, sama2 bebal. namun Arsenal lebih pandai mencuri peluang dalam mencipta gol. Mereka sudah mula konsisten tapi kerap kali bolos. Masalah yang lebih kurang sama sahaja dengan Chelsea,

Kita perlu muhasabah diri, cari ape kekurangan di sebalik kekalahan ini. Perlukah AVB melakukan rombakan secara besar-besaran ? Bagi aku, tidak. Kita hanya kalah sahaja & masalah yang timbul tidak terlalu kritikal sangat. Ada satu atau dua faktor sahaja yang menjadi duri dalam daging kepada Chelsea. Dari segi perfomance, kita masih menunjukkan corak permainan yang menghiburkan. Rombakan itu perlu ada , tapi tidak secara besar-besaran lah. Repair apa yang patut sahaja, buang yang keruh, ambil yang jernih.


2 perkara yang perlu AVB baiki ialah :

1- Perkemas-kini kan bahagian pertahanan
- Ini faktor utama yang paling jelas memberi impak negatif kepada Chelsea. Bahagian serangan dah cun tapi defensive kureng. Kiter terlalu fokus untuk attack, attack & attack, sampai lupe nak back-up defends. Dari mula musim sehingga sekarang, kita kerap kali bocor & bolos. Kelemahan paling ketara ialah bile pihak lawan membuat set -piece, bola tanggung. Defends kita tidak boleh nak clear serangan itu. Setiap kali nak lancarkan serangan, semua defend termasuk Terry naik atas. Bile lawan buat counter-attack, mulalah nak kelam-kabut, gopoh dan sebagainya. Sampaikan ada lagi player kita yang buat back-pass. Dah tahu Terry ni jenis mudah tergelincir, ape pasal buat hantaran belakang.

2. Upgrade line-up
- Susun line-up tak betul. Tak tahu mana satu pemain yang boleh perform dalam perlawanan penting. Contoh macam Sturridge. Hancur die main lawan Arsenal semalam. Dapat bola, buang bola. Dapat peluang nak score, shooting mengarut. Target ke laut. Skill ade, lari laju tapi sayang, dribble serta penyudah mentah. Lawan kelab2 macam Bolton, Swansea, Racing Genk bolehlah die perform. Tapi lawan big team, aku syorkan die diletakkan di bench dulu. Satu lagi Bosingwa. Bosingwa tak boleh main setiap perlawanan. Sekali-sekala kena juga dropkan die di bench. Terlalu banyak kesilapan yang die buat. Aku pasti Chelsea kerap bolos disebabkan mistake yang dibuat oleh Bosingwa. Gagal nak catch-up high ball lawan. Sudah tiba masanya Ivanovic main RB balik serta kekalkan gandingan David Luiz-JT di posisi centre back. 

Itu sahajalah yang perlu kita perbaiki. Yang lain okey, bahagian serangan terbaik. Kita ada Mata, Torres, Meireles & Ramires yang boleh diharapkan. Stok tambahan yang masih bernilai ialah Mceachran & Oriol Romeu. Setakat ni aku puas hati dengan prestasi mereka berdua. Ada peningkatan dari semasa ke semasa. Sayang kalau mereka asyik banyak mengisi masa di bangku simpanan & tidak diberi pendedahan dalam perlawanan2 besar.

Chelsea 3 Arsenal 5

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 29, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5-3. Game over. Kekalahan pertama Chelsea di Stamford Bridge musim ini.

Tak sangka kan ? semuanya gara2 disebabkan kelekaan, kegopohan & kelemahan bahagian defensif Chelsea.

Kesemua gol yang kita bolos memang 100% salah defends. Gol ke-4 Arsenal aku sangat confused. Kenapa Malouda boleh buat back-pass kepada JT. JT keseorangan dan Malouda tak boleh membuat ape2 pass ke belakang. Ia sangat berisiko tinggi. Kredit untuk Mata. Walaupun kalah, die tetap perform terbaik. Mata beri satu assist kepada gol Lampard & die juga menjaringkan gol penyamaan yang sangat cantik.

Bolos dengan satu jumlah yang agak besar, kita perlukan pembaharuan. Wajib perlukan pembaharuan. Kite kena kerja lebih kuat, perbaiki lagi struktur di tembok pertahanan kerana itu merupakan masalah yang sangat kritikal kepada Chelsea. Apepun, redha sahajalah dengan ape yang berlaku hari ini. Fokus untuk next match pula. KTBFFH.

London Derby Preview : Chelsea vs Arsenal

Posted by KampungChelsea On Saturday, October 29, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tiba-tiba hari ni aku rasa tak ade mood sangat nak menulis entri panjang sampai berjela-jela. Untuk game malam ni , anggap ia perlawanan biase-biase sahaja. Arsenal, ape lah sangat. Tak mencuit syahwat langsung.

Malas nak riak atau main psiko macam uncle chewing gum, nanti menang baru boleh aku bercerita panjang. Chelsea tetap Chelsea, tak lari punya gunung dikejar.

P/S : Jangan lupe perlawanan derby yang biase2 ini akan bermula pada pukul 7.40 malam. Siaran langsung di saluran Astro 812. Kalau yang jenis langgan HD, macam biase ke saluran 831. 

Sturridge penyelamat + Chelsea ke suku akhir CC

Posted by KampungChelsea On Thursday, October 27, 2011 0 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Yeah ! Akhirnya kita mara ke suku akhir Carling Cup(CC) selepas menewaskan Everton 2-1 di Goodison Park. Perlawanan terpaksa berlarutan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada sepanjang 90 minit permainan. Pagi tadi, Chelsea pakai jersi ke-3 (putih, kuning + hitam)

Gol kemenangan dijaringkan oleh Sturridge pada minit ke 116. Sebelum itu, Everton menyamakan kedudukan 1-1 menerusi Louis Saha. Untuk gol pertama Chelsea dijaringkan oleh Kalou pada minit ke-38.

Kite sempat memperolehi sepakan penalti pada awal separuh masa pertama selepas Mceachran dijatuhkan oleh bek lawan. Sayangnya tendangan Anelka tersasar. Jika Lampard & Drogba tiada dalam line-up, maka penalty kick seharusnya diberikan kepada Kalou. Kenapa yang jadi tukang kick ialah Anelka. Dia biasanya fail bab2 sepakan penalti.


Walaupun menang, Chelsea terpaksa membayarnya dengan harga yang mahal kerana Turnbull diperintahkan keluar padang kerana mengasari Saha di kotak penalti. Dan Chelsea lagi sekali terpaksa bermain dengan 10 orang pemain. Apepun begitu,Cech menjadi wira apabila menyelamatkan sepakan penalty Leighton Baines. Cech masuk menggantikan Lukaku berikutan kad merah Turnbull.

Pujian harus diberikan kepada barisan pemain Chelsea pagi tadi. Walaupun tanpa tonggak utama seperti kapten JT, Super Frankie, Mata , Drogba, Ramires  A.Cole & Bosingwa, kite masih mampu menunjukkan perfomance yang terbaik di tempat lawan. Kredit juga untuk AVB yang bijak mengatur formasi, strategi & line-up. Bukan senang nak menang di Goodison Park, hanya kelab2 tertentu sahaja yang mampu menang di sana dan kita salah satu di antaranya.Yang menggalas tanggungjawab ketua pasukan dalam match ini ialah Malouda. Barisan tengah menyaksikan Mceahcran & Oriol Romeu beraksi 1st starter.

Nampak gayanya badi Everton sudah hilang. Tahniah Chelsea & syabas AVB ! KTBFFH.

P/S : Game ni aku tengok secara streaming. Tapi yang sedihnya, sound ada, sekali gambar video tak keluar. Dengar secara radio sahaja beb. First time game Chelsea, aku dengar secara bunyi sahaja, video gelap gelita,kehkeh.

Minggu yang agresif

Posted by KampungChelsea On Wednesday, October 26, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Malam ni kita akan berkunjung ke markas Goodison Park untuk saingan pusingan ke-4 Carling Cup. Satu lokasi away yang sangat susah untuk ditumbangkan. Walaupun minggu lepas Chelsea berjaya mengalahkan Everton 3-1 namun kali ini cerita yang berbeza.

Selepas Everton, kita akan melayan Arsenal pula untuk pertembungan North London Derby. Lawan QPR hari ahad lepas memang dipanggil derby juga tapi Derby yang typical. Ref di-suap, player QPR banyak menipu, supporter mereka yang tidak ada semangat kesukanan, seolah-olah ia bukan satu perlawanan derby London.

Minggu agresif untuk Chelsea kan ? Fixture yang sangat mencabar.

Berkenaan dengan komen AVB ke atas Chris Foy, Chelsea telah di-charge oleh FA serta Terry dituduh mengeluarkan kata2 racist.


Ini semuanya karut semata-mata. Ada beberapa pihak cuba nak menjatuhkan Chelsea dalam masa yang singkat ini. Tuduhan yang dibuat oleh Anton Ferdinand memang tidak berasas. Seolah-olah sahaja nak cari publisiti murahan.

Heran dengan Pihak FA. AVB komen skit & cerita mengenai ape yang berlaku pun nak di-charge. Kalau player buat salah kena denda, kalau ref buat mistake, tak de plak kena suspension. So biar kata2 sahaja lah yang mampu dijadikan satu kepuasan bagi pihak kami.

Tapi yang peliknya, 3 kali Chelsea drop point disebabkan keputusan buruk dari pengadil.  Ini bukan alasan kalah tapi ini ialah kenyataan. Ia membuktikan betapa ada pihak mahu sabotaj Chelsea. Kami hanya mengharapkan keadilan sahaja dari pihak pengadil. Orang lain kalah sebab mereka perform hancur tapi Chelsea berbeza. Chelsea kalah disebabkan pengadil. Nak nilai dari segi prestasi, Chelsea still on the track, best perfomance. That why kami menyalahkan pengadil. Kalau kalah sebab perform teruk, buat ape nak stick into the ref, right ? AVB pun ada perasaan juga.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png