Preview : Chelsea vs Manchester City

Posted by KampungChelsea On Sunday, December 11, 2011 5 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ibaratkan pertembungan hidup dan mati bagi Chelsea. Menang akan menghidupkan lagi title race EPL tapi jika kalah, secara tidak langsungnya peluang untuk meraih gelaran liga agak sukar. Bak kata AVB :

"The Premier League title becomes extremely difficult if we lose against Manchester City."

Penyingkiran dari pentas UCL minggu lepas membuktikan bahawa City perlu belaja lebih banyak dari Chelsea. Mereka hanya kuat dalam liga tapi tidak di Eropah. Itu satu kelemahan bagi anak buah Mancini. Kini obsesi mereka tertumpu kepada kompetitif piala liga sahaja.

Namun begitu aku tetap berpijak di bumi yang nyata dan tidak menafikan jurang perbezaan City dengan Chelsea sangat berbeza. Mereka pendahulu liga dan mempunyai peluang cerah untuk menumbangkan kita. Peratusan kemenangan 40%-60%. 60 peratus memihak kepada City dan selebihnya Chelsea. Rekod big game kem kita musim ni hancur, kalah dengan Liverpool, kalah dengan MU & kalah dengan Arsenal. Jadi disebabkan perkara tersebut aku merendah diri seketika apabila berdepan dengan top team. City sekarang ini berada dalam prestasi terbaik dan bila-bila masa sahaja mereka boleh menumbangkan kita.

Oklah seterusnya, jom fokus untuk game hari Isnin nanti.


Selain taktikal & kekuatan mental, susunan line-up juga penting. Jika kita sambil lewa dalam membuat pilihan line-up maka kita berada dalam masalah besar. AVB harus tahu mana satu pemain yang betul-betul boleh stay dalam 1st starter. Terlalu kerap membuat rotation akan melemahkan chemistry di antara pemain. Aku harap line-up di bawah ni akan menjadi official line-up untuk game dengan City nanti :


(4-3-3)
Cech
Ivanovic - David Luiz - JT - A.Cole
Ramires - Oriol Romeu - Lampard/Meireles
Sturridge - Drogba - Mata


Aku tidak kisah jika AVB terus nak dropkan Abang Lampard dengan Torres di bench. Tapi pemain seperti Oriol Romeu, Ivanovic kena perform. Mikel, Bosingwa & Malouda pula digalakkan supaya menjadi penonton sahaja di luar padang.

Jangan lupa untuk menyaksikan perlawanan epik ini pada jam 3.55 pagi. Siaran langsung di saluran Astro ESPN 812. Untuk HD pula sila tekan 832. KTBFFH. 

P/S : Saje aku post awal preview match...

Comeback dari The Bison

Posted by KampungChelsea On Friday, December 09, 2011 8 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ketika orang sibuk bercakap mengenai Oriol Romeu, Juan Mata, Sturridge, tapi mereka lupa dengan kelibat seorang pemain yang sangat brutal ini.

Michael Essien a.k.a The Bison.

Ada orang bertanya kepada aku, apa perkembangan terbaru midfielder Ghana itu ? Hmmm secara ringkas apa yang boleh aku huraikan mengenai Essien sekarang ni, die masih mengalami kecederaan (long term injury). Ura-ura mengatakan die bakal comeback pada hujung bulan ni, itu berita yang sangat bagus untuk fans Chelsea. Cume sebelum buat comeback, Essien macam biasa akan menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan skuad Reserve. Maklumlah dah berapa bulan tak sentuh padang, takkan mahu terus join 1st team kan ?

Kalau mamat ni ada, jangan nak kata Aguero, Suarez, brader power macam CR7 & Messi pun tak boleh cari makan beb. (memang aku rindu gile dengan The Bison)

Get well soon dude !

Patah tumbuh hilang berganti

Posted by KampungChelsea On Thursday, December 08, 2011 4 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 abang botak, Anelka & Alex sudah menghantar transfer request, yakni mereka berdua sudah mahu keluar dari Chelsea.

Anelka sudah mengesahkan yang die akan berhijrah ke kelab China & Alex mungkin ke Juventus. Semua itu bakal berlaku pada bulan Januari nanti.

Ape boleh buat, itu keputusan mereka. Aku tidak boleh nak protes ke ape, kerana kesian juga, musim ini mereka jarang diberi peluang bermain. Alex & Anelka banyak berjasa kepada kita. Alex, sape tak kenal dengan mamat yang mempunyai ketajaman penyudah free kick dan begitu juga dengan Anelka.

Sayonara, (selamat tinggal.).

Patah tumbuh hilang berganti. Mereka pergi , Chelsea sudah ada pengganti. Siapa ? Hazard ? Cahill ? Hulk ? Godin ? Alvaro Pereira ? Sama-sama kita tunggu dan lihat untuk transfer window yang seterusnya.

P/S : Makin berseri Europa league tahun ni dengan kehadiran adik beradik Manchester,kehkeh. Tahun depan bolehlah geng dengan Liverpool pulak ye.

Chelsea 3 Valencia 0

Posted by KampungChelsea On Wednesday, December 07, 2011 3 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Macam biasa Chelsea ke pusingan kalah mati juga.

Mengetepikan cabaran yang tak berapa sengit mana dari Valencia 3-0 pagi tadi, kem kita menjuarai kumpulan E dengan 11 mata, selepas kelab Abang Ballack, Leverkusen seri 1-1 dengan Racing Genk.

3 gol, scoreline same macam lawan Newcastle minggu lepas, penjaringnya seperti sedia kala, Abang Drogba dengan 2 gol. 1 gol lagi dari adik cilik, Ramires.

Puas hati dengan perfomance pemain kita. Pertahanan solid, tengah mengancam, bahagian serangan power. Ivan, JT, Ash & DL memainkan tugas yang baik, begitu juga dengan pemain-pemain yang lain. Oriol Romeu beraksi macam Makelele, controll ball bagus, dan corak pertahanannya yang kental.


Jadi, melihatkan perfomance menentang Valenca, aku sudah tidak risau lagi untuk game dengan City hujung minggu ini. Segalanya beres, ape yang penting momentum serta rentak permainan kena sentiasa up to date. KTBFFH.

P/S : Masalah line internet aku dah selesai, yeah !

Newcastle 0 Chelsea 3

Posted by KampungChelsea On Monday, December 05, 2011 1 Komen Penyokong Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kekecewaan yang dialami oleh fans Chelsea selepas tersingkir dalam saingan Piala Carling minggu lepas mungkin sedikit telah terubat selepas kem kita mencatat kemenangan bergaya 3-0 ke atas pasukan tuan rumah, Newcastle.

Paling best ialah Chelsea pasukan pertama yang menang di Stadium Sport Direct Arena. 3 gol yang terhasil dijaringkan oleh Abang Drogba, Kalou & Sturridge.

Perlawanan yang agak sengit juga aku kira kerana kedua-dua pasukan saling membalas serangan. Pujian juga kepada keeper lawan, Tim Krul yang telah menyeamatkan sepakan penalty Super Frank. Ape makan lah si Krul tu.Kalau tak ada die, mungkin Chelsea dah boleh menang sampai 10-0.


Line-up yang AVB susun minggu ini terbaik kerana beliau membariskan nama-nama seperti Ivanovic, Oriol Romeu. Harap selepas ni AVB kekalkan Ivan di RB dan Romeu di centre midfielder. Man of the Match rasanya JT. Kecekapan, corak pertahanannya yang solid menyebabkan pihak lawan gagal membolosi gawang Cech.

Macam biasa, diharapkan momentum kemenangan seperti ini akan berterusan untuk perlawanan yang seterusnya. Next match lawan Valencia, hari rabu ini. (game penting dan kita wajib menang !)

P/S : Mohon maaf sekali lagi kerana update entri lambat. Internet rumah aku mengalami masalah yang sangat teruk. Call orang TM, diorang cakap area line internet rumah aku ada gangguan. Gangguan ape aku tak tahu pasal dah hampir 2 minggu masalah ni belum settle. Nak onlinepun kena pergi kedai mamak dowh, hampeh.


 photo imagetxt-9495669.png



 photo imagetxt-70216036.png

 photo 0617889c-c804-4db4-b933-4d1a5ca82661.jpg



 photo f3b7aca67ab8108c8a410097006ec9e5.gif

 photo imagetxt-35178103.png

2 In 1 Alex analisis André Schürrle andre villas-boas Andriy Shevchenko anugerah Ashley Cole avram grant azpilicueta big london derby biografi blablabla blues legends Branislav Ivanovic bruce buck capital one cup carling cup Carling Cup Preview Carlo Ancelotti carlo ancelotti dalam kenangan Cartoon Of The Week cesc fabregas chelsea tour Chit-Chat claudio ranieri community shield Daniel Sturridge david luiz Deco Didier Drogba diego costa dokumentari eden hazard Eksklusif erland johnsen europa league ex-player FA Youth Cup Fabio Borini facebook fair play fakta fernando torres Fesyen/Style Fifa Club World Cup fixture Flash Back Florent Malouda formasi Franco Di Santo Frank Lampard Friendly Match gael etock Gael Kakuta Galeri/Foto gambar gary cahill gol Guus Hiddink hangat hangit Head To Head Hilario Hot Discussion Info Kelab info kelab luar Injury News internationaleleh interview Islam Feruz istimewa Isu Panas Jack Cork Jadual Pra-Perlawanan Jeffrey Bruma jersi Joe Cole John Obi Mikel John Terry jose mario rocha Jose Mourinho Joseph Bosingwa Josh McEachran juan cuadrado Juan Mata Juliano Belletti kedudukan liga kelakar kem U-19 kenangan terbaik kevin de bruyne kontrak news kuala lumpur lari topik line-up LiveScore loic remy luahan hati lucas piazon Luiz Felipe Scolari malaysia friendly marco van ginkel mark schwarzer marko marin match international Match Stats Matej Delac Michael Ballack Michael Essien Michael Mancienne Miroslav Stoch Nemanja Matic Nicolas Anelka no more fa cup off-topic Official oriol romeu Oscar patrick van aanholt Paulo Ferreira pendapat dr supporter pengumuman penilaian pemain perutusan hari raya Peter Kenyon Petr Cech piala dunia Piala FA player ratings post-match pra-musim Pra-Perlawanan pre-match pre-season match Preview Match Preview Match Malam Ini profile Quaresma quote rafa benitez Ramires rasmi raul meireles Ray Wilkins Ricardo Carvalho roberto di matteo Roman Abramovich romelu lukaku Ron Gourlay Ross Turnbull rumours news rumours or not ryan bertrand Salomon kalou sam hutchinson samuel eto'o Scott Sinclair selebriti senarai pemain siri SiteMap sketsa Sketsa Perlawanan Skuad England stadium stamford bridge Statistik perlawanan Steven Gerrard suka-suki Sumber Rujukan table taktikal teka-teki terhangat dari kem sebelah thibaut courtois thorgan hazard tiket tips title race tomas kalas topik Transfer News UEFA Champions League uefa super cup ulasan aku Ulasan Perlawanan Ulises Davila Undian/Vote video Video Highlights/Gol willian world cup Yossi Benayoun youngster Youtube Yuri Zhirkov

 photo imagetxt-73598864.png

 photo imagetxt-69571176.png
 photo imagetxt-3183125.png