Konspirasi demi konspirasi kita boleh lihat dalam FA & referee England ini. Kali ini dua kali clear penalti tidak diberikan kepada Chelsea. 100% handball dari player Burnley & insiden kedua jelas Costa ditolak.
Jadi di sini kita boleh faham kenapa Mourinho mengeluarkan statement ada kempen menentang Chelsea.
Berkenaan dengan insiden Matic. Ya memang wajar dia dibuang padang kerana reaksi emosional menolak Barnes. Namun Barnes juga sepatutnya dilayangkan kad merah di atas tekel kasarnya itu. Jika aku jadi jadi Matic, aku juga akan melakukan hal serupa. Terjahan Barnes tu berpotensi membunuh karier player bola sepak. Dan macam mana pengadil perlawanan, Martin Atkinson boleh terlepas pandang insiden berkenaan. Lebih memedihkan lagi tiada sebarang hukuman dibuat oleh FA terhadap Barnes.
Bayangkan kalau Costa atau mana2 player Chelsea yang melakukan tekel sedemikian, sudah pasti player kita akan di-gantung lebih dari 5 perlawanan.